Thursday, April 5, 2012

"PTPTN" HARAPAN ATAU PEMBAZIRAN



PTPTN - Anwar Turut Terlibat Dalam Penubuhannya



Seperti yang saya katakan semalam, PTPTN ditubuhkan pada tahun 1997 semasa Anwar Ibrahim masih lagi mempunyai kuasa yang cukup besar iaitu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.



Tidak lupa juga pada waktu itu Anwar Ibrahim adalah satu-satunya insan madani kesayangan PM pada ketika itu, Tun Dr M. Sayangnya Tun M kepada Anwar hinggakan dia dilantik sebagai pemangku PM. Dalam sejarah Tun M menjadi PM, timbalannya yang paling setia dan paling lama (1986-1993) adalah Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Tetapi Tun Ghaffar tidak pernah pun dilantik sebagai pemangku PM. Begitulah sayangnya Tun Dr M kepada Anwar. Pendek kata waktu itu apa sahaja yang Anwar minta semuanya akan dapat.

Selain pernah memegang kuasa yang cukup besar, Anwar juga bekas aktivis pelajar.

Dipendekkan cerita, Anwar pernah jadi pelajar, pernah jadi Menteri Pendidikan, pernah jadi Menteri Kewangan, pernah jadi Timbalan Perdana Menteri dan pernah jadi Pemangku Perdana Menteri.

Hari ini Anwar berkata pinjaman PTPTN adalah bebanan kepada para pelajar yang meminjamnya untuk menampung pendidikan.

Soalnya, kenapa semasa dia menjadi menjadi Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan TPM dia tidak fikir atau rangka satu formula bagaimana untuk menanggung kos pendidikan tinggi tanpa pelajar perlu membayar balik ?

Tidak lupa juga kenapa Anwar turut bersetuju dengan penubuhan PTPTN dulu ? Kau ada kuasa pada waktu itu sepatutnya pada waktu itu kau fikirkan apa yang dikatakan bebanan yang akan ditanggung pelajar.



Harus diingat penubuhan PTPTN sebagai sebuah perbadanan dan pemberi pinjaman serta penentuan kadar interest, semuanya perlu melalui Kementerian Kewangan walaupun PTPTN terletak dibawah Kementerian Pengajian Tinggi. Samalah seperti NFC, walaupun ianya terletak dibawah Kementerian Pertanian tetapi Kementerian Kewangan turut berkuasa ke atasnya.

Tahukah anda berapakah kadar interest yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 1997 kepada PTPTN bagi dikenakan kepada peminjamnya ? 4 % setahun bro......

Siapa Menteri Kewangan ketika itu ? Anwar Ibrahim

Hari ini Anwar nak bercakap pasal PTPTN membebankan pelajar ? Kah...kah....kah....kah....kah.....

Kalau Anwar tak setuju dan dia tahu itu membebankan pelajar, patutnya pada masa itu dia bantah atau dia arahkan batal. Tapi pada masa itu mana Anwar ada masa nak fikirkan para pelajar atau mahasiswa. Dia hanya fikirkan bagaimana nak rembat kekayaan negara dan nak kayakan kroni-kroni seperti Rahim Ghouse, Kamarudin Jaffar , Nazree Abdullah dan ramai lagi.

Hari ini bila tiada kuasa dan nak kejar kuasa baru nak fikirkan pasal beban yang ditanggung mahasiswa. Podahhhhh chittttt......

Pada saya senang sahaja, Anwar kalau bercakap tiada satu yang betul. Dia buka mulut sahaja bohong...buka mulut sahaja bohong.....buka mulut bohong......bab janji dia memang nombor wahid. Kalau tak percayalah pergilah jumpa mana-mana pemimpin PKR yang keluar parti, mereka boleh ceritakan satu persatu temberang Anwar.



Kalaulah ditakdirkan Anwar itu seorang penjual ubat atau peniaga jualan langsung, saya rasa dah lama dia jadi bilionaire walaupun produk yang dijualnya temberang. Semuanya kerana dia cukup pandai bercakap, berjanji dan seterusnya memukau orang ramai. Orang seperti dia kalau jual ais krim di kutub utara pun akan berebut-rebut orang eskimo membelinya.

Itu hakikat yang terpaksa kita akui kerana dia pandai bercakap dan putar belit yang boleh memukau orang. Contohnya senang, Tun Dr M yang bijak pandai itu pun Anwar senang-senang boleh goreng sehingga dapat jadi TPM. Setakat kita semua ini lagi senang Anwar goreng.



Akibat terlalu kemaruk nak kejar kuasa dan nak jadi PM membuatkan Anwar sudah tidak sedar diri dan fikirannya sudah jadi tak betul, maka dia cakap dan akan janji apa sahaja yang keluar dari mulutnya.

Untuk nak menang pilihanraya kecil pun dia berbohong, apatah lagi untuk memastikan dia dapat jadi PM maka lagi besarlah pembohongannya.

Untuk memastikan dia menang pilihanraya kecil Permatang Pauh 2008, dia bohong pasal 16 September. Dia kelentong seluruh Malaysia, selepas dia menang di Permatang Pauh pada Ogos 2008 dia akan mengambil alih pemerintahan negara pada 16 September 2008.

Tidak cukup dengan itu , orang-orang dia pun dia bohong guna nama Agung, kononnya Agung sedang menunggunya untuk mengangkat sumpah di Istana Negara.

Setahun selepas itu, semasa pilihanraya kecil Permatang Pasir Ogos 2009 dia berjanji lagi. Dia kata sekiranya calon Pas, Salleh Man menang, maka Salleh akan dilantik sebagai YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang .

Tup...tup....selepas menang dan sampai masanya orang lain yang dilantik dan itu menimbulkan kemarahan orang-orang Pas. Sekarang ini baru kedengaran ura-ura Salleh akan dilantik. Itu pun setelah pilihanraya umum semakin dekat kerana Anwar bimbangkan dia tidak mendapat kerjasama penyokong-penyokong Pas untuk jentera pilihanraya kawasannya.

Dah dua janji yang dibuktikan bohong....

Yang ketiga, ini yang paling best. Kata orang kering-kering ja kena tipu....

Ini perkataan yang dilafazkan Anwar kepada penduduk Kampung Buah Pala Pulau Pinang sewaktu kempen PRU 2008.

“you percaya cakap saya…Kalau kita duduk di sini 60-70 tahun, dia tak boleh tarik (tanah) macam tu….2 minggu sudah menang mesti itu Ketua Menteri datang sini kasi selesai masalah ni..”

Berpegang kepada janji itu menjadi asas kepada penduduk Kampung Buah Pala memilih calon DAP sebagai wakil mereka dan Allah Maha Kaya nak tunjuk kepada kita siapa dia Anwar dan bagaimana sifatnya dalam menunaikan janji, maka tertubuhlah kerajaan DAP Pulau Pinang.







Yang dijanjikan 2 minggu akan selesai, apa yang terjadi kini ? Kampung Buah Pala benar-benar selesai dan kini tinggal dalam lipatan sejarah.



Kepada mana-mana mahasiswa atau ahli keluarga yang rasa terpesona dengan janji Anwar, silalah pergi cari mana-mana penduduk Kampung Buah Pala dan tanya mereka kenal tak Anwar Ibrahim ? Kalau boleh bawa kapas sikit untuk sumbat lubang telinga, takut tak tahan makian atau cacian yang begitu kuat sampai nak pecah gendang telinga dibuatnya.

(TERIMA KASIH RBF)

1 comment:

Anonymous said...

antara dana atau sumber kewangan PTPTN bagi kat pelajar adalah KWSP. berbillion tu, kalau dah mansuh, mesti kena bayar semula kan? tapi kalau la mereka nak arahkan supaya bayar semula kat KWSP. kalau tak bayar, abis oo duit KWSP aku. awal tahun tak dpt la lagi dividen 6% ke atas. silap2 jadi cam kat Kanada, EPF diorang lingkup, Nnt dah bersara nak guna duit apa kalau KWSP pun lingkup, meniaga goreng pisang pun tak boleh dah, nnt kena SITA ngan PBT tunggangan PR. Berdoa la semua agar Allah menunjukkan jalan yang benar, selamatkan Malaysia dari anasir2 jahat ini.