Saturday, May 19, 2012

SAM1M JOM KE HARI BELIA NEGARA



Esok Isnin, Lusa Selasa dan pastinya Rabu ini tanggal 23 hb Mei Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya sudahpun bermula sehingga 27 Mei iaitu selama 5 hari ianya berlangsung. Program disana? Tak payah cakaplah memang banyak sampaikan setakat yang difahamkan ada 500 aktiviti dan itupun masih ada lagi pihak pihak tertentu yang berminat untuk mengadakan program disana.


Ada orang kata dimana faedahnya Himpunan Hari Jutaan Belia di Putrajaya tu? Betul juga apa yang ditanya itu kerana jika nak diikutkan untuk apa kita himpunkan belia di Putrajaya sedangkan banyak lagi tempat lain yang sesuai untuk dikumpulkan para belia ini.


Ceritanya mudah dan ianya sememangnya merupakan hasrat kerajaan sebelum membina Putrajaya lagi. Hasrat Tun Dr Mahathir sendiri yang mahukan pusat pentadbiran Kerajaan di Putrajaya dikunjungi oleh rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat dan sudah pasti kehadiran para belia dalam negara Malaysia ini akan menambah lagi kasih sayang anak muda pada negara dan berbangga dengan lambang pusat pentadbiran negara.


Justeru itu Hari Jutaan Belia yang masuk siri ke dua pada tahun ini setelah tahun lepas memberikan satu penghormatan buat para Belia dalam mengambil kesempatan melihat dan merasai apa yang ada di Putrajaya disamping aktiviti lain yang pastinya berfaedah dan mendatangkan manfaat buat semua.

SAM1M seru seluruh anak anak muda yang ada untuk turut sama memeriahkan Putrajaya lambang pentadbiran Negara dengan menyertai pelabagai aktiviti baik untuk lelaki mahupun wanita
Post a Comment