Monday, July 2, 2012

Datuk Dr. Ahmad Zaid Hamidi, MB PERAK?





Temubual Agenda Daily bersama Datuk Dr. Ahmad Zaid Hamidi


Naib Presiden UMNO Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menolak spekulasi bahawa beliau baka lbalik ke Perak bagi menggalas jawatan Menteri Besar yang baru selepas PRU ke13.

Dengan erti kata lain, beliau yang pada masa ini ahli parlimen Bagan Datoh dikatakan bakal bertanding di DUN Rungkup, kini diwakili Datuk Shaarani Mohamed, bagi membolehkan dia menggantikan Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir.



Dalam satu pertemuan eksklusif di kediaman bapanya di Bagan Datoh Ahad lalu, Zahid membayangkan keselesaan berkhidmat di peringkat pusat sebagai seorang menteri lebih-lebih lagi beliau ialah naib presiden UMNO.

Beliau bagaimanapun menyatakan bahawa beliau gembira serta berpuas hati dengan prestasi Dr.Zambry sebagai MB Perak sejak dilantik memegang jawatan itu awal 2009 sebaik BN kembali berkuasa di Perak.



Zahid pada masa sama juga mengakui bahawa Dr. Zambry adalah anak didiknya (dalam politik) maka dengan itu tidak ada sebab beliau mendokongnya dulu dan sekarang beralih sokongan.

Petikan interbiu Dr. Ahmad Zahid dengan wakil Agenda Daily Yusof Harun disiarkan secara ‘verbatim' seperti berikut:






Soalan: Are you ready to come back as MB Perak? (apakah DS bersedia untuk balik sebagai MB Perak?)

DS Zahid: Not at all. (Tidak sama sekali)

Soalan: Why? (mengapa?)

DS Zahid: I am a federal material. (Saya adalah kepunyaan pusat)

Soalan: Apakah Dr.Zambry right choice for Perak (sebagai MB).

DS Zahid:So far yes. (Setakat ini Ya)

Soalan: Are you happy dengan prestasi kerjanya.?

DS Zahid: Very happy.(Sangat Gembira)

Soalan: Komen pasal Dr.Zambry?

DS Zahid: Dia anak didik saya, kenapa harus saya tidak menyokong/mendokong langkah selanjutnya.

Soalan:Datuk setuju kalau Dr. Zambry dikekalkan sebagai MB Perak selepas PRU ke13?

DS Zahid: Itu kehendak pucuk pimpinan, itu kehendak rakan-rakan dalam kepimpinan di Perak.

Soalan: Bolehkah BN mengekalkan kuasa di Perak dalam PRU ke13 kelak?

DS Zahid: Boleh.

Soalan: Sebab atau berasaskan?

DS Zahid: Berasaskan kepada sokongan yang diperolehi terutama orang-orang Melayu mula kembalimenyokong BN/UMNO dengan jumlah yang meyakinkan, dikalangan orang-orang Indiapun sama dan sejak setahun yang lalu sokongan mereka terhadap BN pun semakin bertambah. Cuma dikalangan orang-orangCina saja. Kita tidak boleh mengambil kira apa yang berlaku dikalangan masyarakat Cina itu untuk menghukum Zambry.

Soalan: Setengah meramalkan BN Perak khususnya UMNO boleh mendapat (paling minima) 34 kerusi?


DS Zahid: Saya serahkan . . .ini ramalan tidak boleh kita jadikan sandaran. Tapi usaha harus diteruskan . . .

Soalan: Kalau mengikut “polling” Merdeka Center, pengaruh PM Dato Seri Najib Razak, dikalangan masyarakat Cina merosot dari sebelumnya iaitu dari lebih 56 peratus kepada 37 peratus, jatuh 19 peratus? Boleh komen.

DS Zahid: Saya tak yakin rating yang dibuat tu iaitu 56 peratus dicapai . . .tidak timbul merosotnya pengaruh PM dikalangan orang-orang Cina. Yang pentingnya kita bukan mengadakan presidential election (pilihanraya presiden), populariti PM memang merupakan factor penarik tetapi kita ni parliamentary election, ertinya parti politik yang bertanding,calon-calon yang bertanding adalah sama penting dengan populariti PM.

Oleh yang demikian kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada populariti PM,bergantung jugak kepada kerja-kerja peringkat bawahan, diperingkat peti undi,diperingkat kepimpinan bahagian dan juga parti-parti komponen.

Soalan: Boleh saya ulang soalan di atas diawal tadi, apakah Datuk ada cita-cita nak balik ke Peraksebagai Menteri Besar dalam PRU ke13 kelak?

DS . Zahid: Saya tak pernah katapun saya lebih kuat daripada sesiapapun dalam perkara ini. Oleh kerana kepimpinan memberi kepercayaan kepada Zambry (DS Dr.), dan saya salah seorang yang bertanggungjawab meletakan Zambry mengapa harus ada orang lain yang menggantikan Zambry.

Dan keyakinanrakyat keseluruhannya kepada Zambry pula cukup kuat.A



Soalan: Dr.Zambry berdepan dengan kritikan serta juga mangsa fitnah pembangkang, boleh DS ulas hal ini.

DS Zahid: Itu sesuatu yang lazim sebab kalau kita tengok sejarah politik Malaysia pun, apabila dalam tahun 1969, ketika Parti Gerakan, Parti Buruh dan Parti Sosialis bergabung, kita lihat sama trend yang dilakukan tapi kerja-kerja kerajaan ketika itu untuk mendekati rakyat terus berjalan seperti yang dilakukan DatoSeri Najib. Akhirnya jelas bahawa parti pembangkang itu tertolak . ..usaha memanglah dilakukan mereka kerana mereka telah merasai darah, jadi darah ini adalah kuasa. Bila darah telah dirasai ianya suatu nikmat maka mereka nak cari darah lainlah. Dalam perkara ini sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, mereka akan mengusahakan hal itu tapikita yang berada didalam kerajaan ataupun kumpulan establishment, bukan hanya mempertahankan malah kena bekerja lebih kuat lagi bagi menentukan kedudukan kita tidak tergugat.

Soalan: Saya ulang lagi, maknanya kalau boleh difahami Datuk lebih suka dan selesa di KL sebagai menteri, bukan di Ipoh sebagai Menteri Besar?

DS Zahid: Saya naib presiden, lainlah kalau saya macam Tan Sri Wan Mokhtar dulu yang menjadi Naib Presiden semasa menjadi Menteri Besar Terengganu.

Saya sudah naib presiden di pusat buat apa saya nak turun ke bawah ke peringkat negeri pula.

Itu pendapat peribadi….pendirian saya dari dulu macam itu.

Soalan: Boleh DS komen tentang dasar baru Amerika Syarikat melibatkan penempatan armada lautnya di rantau sebelah sini yang menimbulkan kebimbangan umum?

DS Zahid: Pengumumanmengenai strategi baru Jabatan Pertahanan Amerika telah dinyatakan oleh Setiausaha Pertahanan Leon Panetta sewaktu diadakan Dialog Shangrila di Singapura minggu yang lalu. Ini kerana angkatan armada tentera laut Amerika telah mula menempatkan angkatan tenteranya di Darwin,Australia dan mereka telah juga mendapat persetujuan untuk kapal-kapal seperti armada laut di baik pulih kapal-kapal itudi Singapura.

Ini ada berikutan daripada kepentingan AS di rantau Asia Pasifik ini yang mahu dipertingkatkan.Pada pendapat Malaysia, perkara ini berlaku disebabkan peningkatan kekuatanangkatan PLA atau People Liberation Army daripada China terutama dalam angkatanlaut yang akan lebih diperkukuhkan apabilla terdapat tuntutan bertindih di lautcina selatan.

Kita tidak mahu persaingan kuasa-kuasa besar ini akan menjejaskan kestabilan dan keamanan di rantauAsean. Kita telah mencadangkan agar diadakan hubungan pelbagai hala antara iaitu negara-negara Asean dan lapan negara-negara lain dan apa yang diperbincangkan bagi mengelakkan konflik diantara negara-negara berkuasa besarini akan diadakan latihan bersama iaitu HADR (humanitarian and disaster relief) apabila pada tahun hadapan mengadakan dengan lapan negara lain, akan ada join exercise, HADR diantara negara-negara asean dengan AS,juga dengan China serta negara-negara plus yang lain.

Keadaan ini perlu bagi mewujudkan rasa saling kepercayaan antara negara-negara terlibat bagi mengelakkan konflik berlaku dan apabila latihan bersama ini dilakukan mudah-mudahan pegawai-pegawai tinggi angkatan tentera laut AS, China dan negara-negara Asean, dapatmenjalinkan hubungan peribadi dan yang baik bagi mengelak sebarang konflik.

Yang keduanya, Asean melalui menteri-menteri pertahanan juga bersetuju untuk diadakan latihan bersama military medicine atau perubatan ketenteraan. Ini juga melibatkan negara-negara Asean dan Asia Pasifik yang turut terlibat.

Semoga kedua-dua latihan ini akan dapat mengelakkan sebarang konflik dan tidak menjadikan rantau lautan China selatan ini sebagai satu kawasan yang menjadi rebutan.

Suatu petanda yang cukup baik apabila telah ada pertemuan dengan setiausaha pertahanan Filipina dengan menteri pertahanan nasional China di Phnom Penh dua minggu yang lalu dan mereka telah bersetuju diadakan satu code of conduct iaitu persetujuan untuk tidak cabar mencabar di kawasan-kawasan yang mengalami tuntutan bertindih.

Kita di negara-negara Asean mengharapkan agar situasi ini dapat diperkekalkan,dipertahankan dan mana-mana kawasan yang timbul konflik agar dapat dielakkandari berlaku sebarang malapetaka.

Malaysia berpendirian rantau Asean harus menjadi rantau yang bebas dan berkecuali daripada campur tangan kuasa-kuasa besar dankita mahu jika ada simpanan hidro karbon di dasar laut China selatan, ianya hendaklah dikongsi bersama dengan negara-negara yang menuntut.

Dengan mewujudkan SPY (special purpose vehicle) iaitu sebuah organisasi yang dianggotai bersama negara-negara yang menuntut, kalaupun tidak lebih dari dua negara, agar kedua-dua negara itu dapat membuat explorasi reserve hidro karbon di kawasan berkenaan.

Apa yang dilakukan antara Malaysia dengan Brunei dan Thailand dan Vietnam yang mana Petronas berkongsi konsesi kawasan-kawasan berkenaan akhirnya memberi keuntungan kepada semua pihak yang menuntut.

Oleh itu berdekatan mewujudkan kawasan aman, berdekata nuntuk mewujudkan kawasan bersama dan berdekatan untuk berkongsi simpanan minyakdan gas di dasar laut, laut china selatan.

No comments: