PENTING...!! Penjelasan Kenapa Penjilat Penjilat TEGAR Fahaman DAP Panas Dan Benci Filem TANDA PUTERA
Dalam filem ini diceritakan bagaimana biadapnya ahli ahli DAP mengusir kaum melayu dengan penyapu untuk keluar dari bumi Kuala Lumpur. Perkataan yang kasar keluar dari mulut orang cina menyebut “Melayu Pergi Mati..!” jelas dapat disaksikan dalam filem ini. Begitulah juga adegan kaum cina menanggalkan seluar untuk menayangkan punggungnya kepada melayu.
Tolong perhatikan diatas sekali [lihat anak panah warna putih] pada poster asal filem TANDA PUTERA. Poster itu sebenarnya adalah poster asal filem ini… TETAPI, tagline itu “terpaksa” dipadamkan kerana “nasihat” daripada pihak pihak tertentu agar pengundi DAP tidak tersinggung, maka terpaksalah "disorok" fakta sebenar..!!
Lebih membara dan membakar darah kaum melayu apabila dalam filem ini turut juga ditayangkan adegan Lim Kit Siang bertindak kencing bendera negeri Selangor …!
Filem Tanda Putera ini juga menceritakan bagaimana dua pemimpin utama negara iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail hampir berkorban nyawa demi memastikan keamanan dan keharmonian yang kita warisi dan ambil mudah pada hari ini.
Setelah hidup dalam keharmonian buat sekian lama di negara yang tercinta ini, tanpa pergolakan atau bencana besar seperti yang menimpa mereka yang kurang bernasib baik di luar negara, agak mudah kita terlupa pada hadiah yang tidak ternilai daripada kedua-dua pemimpin ini. …
Jadi, walau apa pun yang kita lakukan, peliharalah dan pastikan kita tidak kehilangan warisan yang tidak ternilai ini.
Cerita ini berdasarkan peristiwa sebenar dan dokumen sejarah serta yang ada di internet. Beberapa watak, antaranya watak pelajar universiti dan pensyarah, adalah watak cereka bagi kesan dramatik untuk menggerakkan perjalanan cerita.
SINOPSIS
TANDA PUTERA mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail, yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan mereka bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga…!
Apabila mengetahui penyakitnya sudah bertambah teruk dan diberitahu doktor dia hanya ada 2 tahun lagi, Tun Razak bersyukur bahawa Tun Dr Ismail, orang yang dipercayainya yang terkenal jujur dan berintegriti, akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara.
Tun Razak juga yakin Tun Dr Ismail akan mengotakan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi pemergian Tun Dr Ismail yang tidak disangka-sangka kerana serangan sakit jantung merupakan satu kejutan besar buat Tun Razak dan hampir memudaratkan lagi kesihatannya.
Beliau mula mengejar masa untuk melaksanakan berbagai-bagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan negara walau pun sentiasa diancam aktiviti Komunis dan Radikal yang mensasarkan Pegawai Polis Tertinggi Negara….!
Tun Razak mengambil langkah berani - membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walau dia dikecam kuasa barat dan negara sekutu tertentu. Lawatannya ke China yang sangat berjaya dan menerima sambutan yang begitu meriah dan bermakna daripada Ketua Pemimpin China itu membuatkan anasir subversif dan Komunis membalas dendam.
Mereka membunuh Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Perak dengan kejam….! Ditembak dari jarak dekat.
Cubaan membunuh DSP Kulasingam gagal. Beliau terselamat walau pun ditembak 18 das....! IGP baru, Hanif Omar, berjanji tidak akan berhenti mencari mereka yang bertanggung jawab sehingga tertangkap.
Polisi Tun Razak mula berkesan dan membawa rakyat miskin keluar daripada perangkap kemiskinan tegar. Beliau menjadi simbol harapan dan menanam semangat baru dalam diri ramai anak anak muda.
Tun Razak cuba melawan penyakitnya…., dan didorong keinginan untuk pulang ke tanahair! Walaupun doktor tidak membenarkannya.
Namun perjuangannya berakhir di sebuah klinik di London apabila menghembuskan nafasnya yang terakhir, tanpa disedari rakyat Malaysia yang dikasihinya.
Kepada mereka yang berpeluang menghadiri Pra Tonton Filem TANDA PUTERA pada 18 Julai yang lalu, hampir keseluruhan mereka memberikan komen yang serupa “...generasi muda melayu akan lebih faham perjuangan tokoh pemimpin pemimpin yang terdahulu dan akan mengenali wajah sebenar dan hati budi jahat pemimpin DAP yang terbukti Chauvanist…!!
Dalam filem ini penonton akan mendapat peluang keemasan mengenali lebih dekat karektor Tun Dr Ismail. Seorang pemimpin yang sangat tegas dan berani. Kebijaksanaan beliau banyak membantu Tun Razak menangani cara membendung keganasan pihak Komunis yang terlalu menggila membuat hura hara mengkucar-kacirkan keamanan negara.
Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan isteri, Allahyarhamah Toh Puan Hajjah Norashikin Mohd Seth.
Kini gerombolan penjiat penjilat tegar DAP sudah mula panas dengan kehadiran filem ini yang akan menemui penonton di pawagam tidak lama lagi..! Mereka sudah mula menyerang facebook TANDA PUTERA dengan pelbagai kata kata nista dan cacian….
Beberapa rakan bloggers yang berpeluang hadir ke Pra Tonton filem TANDA PUTERA ini sependapat bahawa, sekiranya anak anak melayu yang selesai menonton filem menarik ini TETAPI tidak timbul perasaan marah terhadap kebiadapan DAP dan TIDAK lahir perasaan sedih menyaksikan betapa besarnya pengorbanan Tun Razak dan Tun Dr Ismail, mereka bukanlah berasal dari darah melayu dan tidak ada langsung semangat Nasionalisme…!
Buat anda yang ingin memberikan sokongan kepada filem ini, sila ke facebook TANDA PUTERA
No comments:
Post a Comment