Friday, August 10, 2012

YB Datuk Saifuddin Abdullah Dan YB Khairy MERDEKA PROGRAM NEGARA




SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan sambutan Hari Kemerdekaan sebagai program negara bukan program politik.



Mesej itu dipanjangkan (ReTweet) oleh Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin serta lebih 40 orang pengikut Saifuddin, yang mempunyai pendirian yang sama. Dilaporkan semalam lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan Himpunan Janji Bersih pada malam sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka.



 Saifuddin membidas penganjuran ini kerana akan mengganggu kelancaran sambutan Hari Kemerdekaan. Beliau juga melahirkan rasa kecewa kewajaran penganjur memilih tarikh dan tempat yang sudah dipersiapkan untuk sambutan Hari Kemerdekaan keesokan paginya.



 “Saya menyeru kepada mereka supaya janganlah buat perhimpunan itu pada malam tersebut di situ (Dataran Merdeka), namun saya tidak kata boleh dibuat di tempat lain,” katanya.

*Jadi pada Pak Samad sudah2 lar buat kerja2 yang merapu ni. Pak Samad harus ingat yang Pak Samad asalnya warganegara Singapura kini Malaysia..Apa Pak Samad dah lupa ker sajak2 tentang keperitan kehidupan di sana dan nikmat kehidupan di Malaysia..

31hb Ogos Hari Kemerdekaan Negara Malaysia. Jgnlah Rosakkan Nya, Merdeka Milik Rakyat Malaysia Bukan Hak Milik Pakatan Rakyat.

Majoriti Rakyat Bersama2 Dalam Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 55 Kerana Kami Anak Merdeka, Kami Anak Malaysia.

JOM KIBARKAN JALUR GEMILANG.

No comments: