KUALA LUMPUR OPS sapu Bar Council oleh Kelab Warisan Malaysia (KERIS)bersama 13 Pertubuhan Bukan Kerajaan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini menghanggatkan suasana perhimpunan secara aman ,kehanggatan ini berlaku apabila pintu masuk Kompleks Mahkamah di gegar oleh pendemo setelah pintu pagar masuk ke kompleks Mahkamah dirantai oleh PDRM.
Laungan "kami tidak boleh masuk tapi PKR
boleh pula" mula kedengaran ,setelah berulang kali berunding dengan
anggota PDRM yang berkawal tetapi kebenaran untuk masuk
kepekarangan Kompleks Mahkamah tidak juga memihak kepada peserta OPS Sapu Bar
Council.
Suasana menjadi tenang seketika bagi
menunggu keputusan rundingan dengan pihak berkuasa,setelah
keputusan tidak menyebelahi peserta OPS Sapu ,suasana dipintu masuk
Kopleks Mahkamah sekali lagi dikerumuni,kali ini suasana mula tegang apabila
pintu pagar mula digegar dengan kuat .
Kelihatan Pihak polis cemas seketika apabila peserta OPS
Sapu Bar Council mula menyuarakan ketidakpuasan terhadap pihak berkuasa
dengan Suara Yang lebih keras.
Setelah berunding selama sejam kelihatan
saudara Mohd Khairul Azam Abdul Aziz keluar dari bangunanan Mahkamah dan
bertemu dengan peserta OPS Sapu Bar Council,disini kelihatan Saudara
Mohd Khairul Azam sebak dan tidak berkata
apa-apa melainkan berpelukan dengan sebahagian peserta.
Sementara itu kedengaran suara melaungkan "Azam Kamu tidak keseorang melawan Bar Council,kami
semua datang menyokong kamu" ada juga suara melaungkan Azam hero
kami"
Jeritan-jeritan seperti bersihkan Bar Council jelas
kedengaran semasa himpunan OPS Sapu Bar Council.
Kali ini yang pastinya Bar Council tidak akan dapat tidur
malam biarpun tindakkan menyamannya dianggap seperti
Nyamok gigit gajah.Namun begitu virus
dibawa oleh nyamok mampu melumpuhkan manusia,percayalah ia akan berlaku pada
Bar Council
Himpunan aman bagi menyokong tindakan Saudara Mohd
Khairul Azam yang menyaman Bar Council akan
diadakan setiapkali kes tersebut
dibicarakan biarpun 10 atau 20 tahun.
Setelah 15 minit Saudara Mohd Khairul Azam berada bersama
peserta himpunan OPS Sapu Bar Coucil yang juga penyokongnya, pihak PDRM kelihatan
mula membenarkan 10 wakil dari peserta OPS Sapu Bar Council masuk ke Kompleks
Mahkamah bagi menyerahkan Memorandum Bantahan terhadap tindak tanduk Bar
Council selama ini.
Untuk pengetahuan ,himpunan OPS Sapu Bar Council di
sertai oleh semua kaum ,dan untuk pengetahaun juga Kaum cina turut kelihat
berada di tapak parking kereta pada seawal Jam 7:30 pagi,hal ini
disaksikan sendiri oleh penulis.
Kepada sahabat-sahabat yang turut bertungkus lumus dalam
menjayakan Himpunan OPS Sapu Bar Council yang
telah berjaya diadakan pada hari ini.diharap dapat melipat ganda lagi hebahan
terutama melalui Media Baru ,seperti FB,Blog dan lain-lain laman sosial.
No comments:
Post a Comment