Shah Alam, 9 Jan - Kerajaan Negeri Selangor Dikatakan Tidak Memberi Layanan Yang Baik Terhadap Rakyat Terutamanya Golongan Muda Di Negeri Tersebut.
Menurut Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd Zohdi, Golongan Muda Hari Ini Merasakan Terpinggir Apabila Kerajaan Negeri Tidak Memberi Perhatian Sewajarnya Kerana Gagal Melaksanakan Program Yang Benar-Benar Berkesan.
"Kami Menerima Banyak Aduan Dari Anak Muda Di Selangor Malahan, Isu-Isu Yang Ditimbulkan Seperti Isu Perumahan Anak Muda, Peluang Pekerjaan Anak Muda, Program Pembangunan Belia, Peluang Perniagaan Untuk Anak Muda Langsung Tidak Dititikberatkan Dalam Dasar Kerajaan Negeri," Ujarnya Kepada Pemberita Dalam Sidang Media Di Bangunan Umno Selangor Semalam.
Lantas Yang Demikian, Beberapa Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (Ngo) Bersama Pemuda Barisan Nasional (Bn) Merancang Untuk Mengadakan Program 'Kembara Anak Muda Sayangi Selangor'.
Program Berkenaan Bertujuan Membentuk Jaringan Di Antara Pemimpin Muda Dan Anak Muda Di Selangor Bagi Merealisasikan Agenda Sayangi Selangor, Yakini Bn Berteraskan Semangat 1Malaysia.
Program Berkenaan Bertujuan Membentuk Jaringan Di Antara Pemimpin Muda Dan Anak Muda Di Selangor Bagi Merealisasikan Agenda Sayangi Selangor, Yakini Bn Berteraskan Semangat 1Malaysia.
"Melalui Program Ini, Pemimpin-Pemimpin Muda Di Selangor Berpeluang Untuk Memperjelaskan Agenda Bn Selangor Dan Peranan Anak Muda Bagi Mewujudkan Semangat Bersatu-Padu Berteraskan Kepada Kemakmuran Ekonomi, Politik Dan Kegemilangan Negara" Katanya.
Kembara Anak Muda Sayangi Selangor Ini Turut Menyediakan Maklumat Yang Konstruktif Yang Boleh Diserap Sebagai Rujukan Untuk Menambah Pengetahuan Bagi Membantu Anak Muda Di Selangor Untuk Mencipta Masa Depan Yang Lebih Gemilang. Ia (Program) Bakal Diadakan Pada Setiap Hari Jumaat, Jam 9 Malam Sehingga Pilihanraya Umum Ke 13 Akan Datang.
Dun Morib Akan Dijadikan Lokasi Pertama Program Berkenaan Iaitu Pada 11 Januari Ini Bertempat Di Pekan Banting.
Entiti yang terlibat antara lain, Serang, Patriot Selangor, Majlis Belia Selangor (MBS), Graduan Muda Selangor, Pemuda Umno Selangor, Pemuda BN Selangor Beserta Komponen Dan Puteri Umno Selangor.

No comments:
Post a Comment