Sunday, March 17, 2013

Wanita Ejen Transformasi Negara - Najib



PURPLE WALK DI PJ UTARA
Ratusan ribu wanita di seluruh negara telah mengambil peluang cuti hujung minggu untuk menyertai 1Million Women Purple Walk yang diadakan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada Ahad.
Di Putrajaya sahaja, lebih 400,000 wanita menyertai berbagai acara yang dianjurkan sempena dengan sambutan tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan majlis tersebut di Putrajaya manakala Menteri besar dan ketua menteri melakukan perkara yang sama di peringkat negeri masing-masing.

DATO KETUA BAHAGIAN UMNO DAN DATO DONALD LIM DI PURPLR WALK PJU


       


Turut serta menyertai sambutan tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri-menteri Kabinet; Timbalan-timbalan Menteri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Tujuan utama acara tersebut adalah untuk menunjukkan perpaduan selain komitmen Kerajaan untuk memperkasakan wanita di Malaysia dan untuk meraikan kejayaan wanita  dalam pelbagai sektor.
Najib berkata Malaysia tidak akan berjaya jika sekiranya wanita tidak menjadi sebahagian daripada arus pembangunan dan transformasi.


SAYA DAN ABG ZUL KETUA CAWANGAN UMNO DAMANSARA BARU DI PURPLE WALK

TEAM PEMUDA PJU

purple-walk-latest-1703
TERBAEK PURPLE WALK PUTRAJAYA
"Kami mahu terus memperkasa wanita dan mahu mereka menjadi sebahagian daripada arus perdana pembangunan dan transformasi," kata Najib.
Beliau turut menyarankan syarikat milik kerajaan (GLC), syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan sektor swasta melantik sekurang-kurangnya seorang wanita sebagai ahli lembaga pengarah.
Perdana Menteri berkata, langkah itu perlu diambil kerana transformasi negara tidak dapat dijayakan sekiranya wanita yang merupakan separuh daripada jumlah penduduk Malaysia tidak diarusperdanakan.

KETUA WANITA PJ UTARA

THANK YOU PM

"Saya hendak memberi panduan kepada pemimpin GLC dan GLIC supaya mereka mengangkat sekurang-kurangnya seorang wanita dalam lembaga pengarah masing-masing.
"Ini dilakukan supaya wanita yang telah dilatih untuk menjadi ahli lembaga pengarah dapat dilantik mengisi jawatan yang ada. Saya juga menyarankan pihak swasta lain supaya memberi wanita peluang yang sama," katanya.
Pada majlis yang sama, Najib juga melancarkan program “Purplelicious Mobile Café" yang merupakan projek terbaharu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu golongan ibu tunggal menjana pendapatan.
Projek perintis itu melibatkan seramai sembilan orang ibu tunggal daripada pelbagai bangsa. Hidangan yang disediakan merupakan resipi istimewa Chef Jo, juri rancangan Master Chef Malaysia yang bertindak selaku mentor kepada para peserta.
Program “Purplelicious Mobile Café” memperkenalkan konsep jualan makanan dan minuman secara bergerak dan antara hidangan istimewa adalah 'submarine sandwich, pasta dan minuman ice blended'.
Pada peringkat awal, ibu tunggal terbabit akan mengendalikan jualan menerusi dua buah trak makanan khas di lokasi terpilih di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya.
THE PLACING


No comments: