Monday, September 16, 2013

#Armand4Exco Siapa Sumber Kekuatannya?

Assalamualaikum Dan Salam Aman1Msia Sahabat Yg Dihormati.

Setelah bergerak seluruh negara dan bertemu sahabat2, rakan2 para perwakilan untuk nyatakan hasrat bagi saya Menawarkan Khidmat Dan Diri Sebagai Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia Di Pemilihan UMNO 2013 dimana rata2 mendapat respon yang baik serta positif selepas saya nyatakan hasrat hati saya.

Hari ini saya teguhkan semangat,  keyakinan dan berkat doa telah ke PWTC bagi mengambil borang Pendaftaran Sebagai Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia Di Pemilihan UMNO 2013.

Ramai sahabat2 telah pergi mengambil borang seawal 14hb September sejak ianya dikeluarkan boleh ibu pejabat UMNO Malaysia.

Hari ini saya bersama keluarga saya isteri serta anak2 saya telah menemani saya ke PWTC bagi memberikan sokongan serta semangat pada saya. Isteri saya serta anak2 tercinta saya merupakan penyokong setia dan sumber kekuatan perjuangan saya  dalam UMNO sejak dahulu hingga kini didalam hidup saya.

Mereka banyak mengorbankan masa mereka demi saya dalam arus perjuangan saya..Pernah satu ketika saya tidak dapat bersama hari lahir anak saya sendiri kerana jatuh pada satu hari saya terbabit dalan program UMNO..

Mungkin ramai yang tidak tahu ramai isteri2 pejuang UMNO terpaksa korbankan masa mereka kerana suami mereka perlu mendekati dan menyumbangkan bakti pada rakyat. Isteri saya salah seorang daripadanya.

Saya terlibat lebih 14 Pilihanraya kecil dan 1 Pilihanraya Negeri Sarawak dimana terpaksa meninggalkan anak isteri selama lebih 15hari kerana amanah dan tanggungjawab pada UMNO. Bukan sekadar itu saya merupakan salah seorang penceramah pemuda UMNO Malaysia yang bergerak keseluruhan pelusuk tanah air walau pun bukan musim pemilihan kerana saya merupakan Naib Pengerusi Unit Pidato Pemuda Barisan Nasional Malaysia.

Kadang2 masa bersama keluarga amat bermakna kerana kengkangan masa kerana telah memegang amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh sahabat2 dalam UMNO.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sumber kekuatan perjuangan saya iaitu "Isteri Dan Anak2 Tercinta"

Saya sekali lagi ingin merayu dan memohon sokongan sahabat2 seperjuangan selaku perwaris perjuangan generasi baru utk berikan saya amanah dan tanggungjawab untuk saya galaskan sebagai EXCO PEMUDA UMNO Malaysia.

Post a Comment