Wednesday, September 11, 2013

#Armand4Exco Umum Tanding Exco Pemuda

Salam Sahabat2 Yang Di Hormati.

KUALA LUMPUR 11hb : Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara Sdr Armand Azha Hj Abu Hanifah mengumumkan bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia dalam pemilihan parti itu bulan hadapan.

Menurut beliau, keputusan dibuat selepas mendapat maklum balas positif daripada akar umbi dan kepimpinan pemuda seluruh negeri di seluruh negara selain merupakan hasratnya sendiri sejak menjadi ahli UMNO pada 7hb Januari 1995.

"Saya datang daripada keluarga UMNO, bermula daripada datuk, bapa sehinggalah kepada saya. Apa yanf saya letakkan dalam diri saya ketika terlibat dalam politik adalah semangat keikhlasan dan senantiasa ingin berikan yang terbaik kepada rakyat dan negara" katanya kepada Utusan Malaysia disini hari ini.

Dengan keputusan itu, Armand Azha Hj Abu Hanifah akan mencabar 15 calon lain termasuk Presiden Majlis Belia Malaysia Mohamed Maliki Mohamed Rafiee, Presiden SENIMAN Rozaidi Abdul Jamil Dan Pengerusi Jawatan Kuasa Kerja Himpunan Ulamak Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahaya.

Menurut beliau,  keyakinannya bertanding dikuatkan dengan prinsip demi menegakkan keadilan serta membantu golongan yang memerlukan.

TERIMA KASIH UTUSAN MALAYSIA AQILAH.

No comments: