Monday, May 26, 2014

Jangan Main Politik Baling Batu Sembunyi Tangan - Pemuda

TELUK INTAN, 27 Mei - EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah kecewa dengan sikap penyokong parti pembangang khususnya yang terlibat dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan yang asyik menyalahkan dan menuduh BN dan UMNO dalam apa juga isu termasuk penyebaran risalah-risalah calon DAP yang kononnya 'berbikini' yang tersebar di masjid-masjid sekitar Parlimen Teluk Intan.

"Semua benda nak salahkan UMNO dan BN, termasuk bahan risalah kempen yang disebarkan di masjid-masjid dan surau, kita nak beritahulah kepada penyokong DAP di Teluk Intan ini, kita Pemuda UMNO masih lagi bermaruah dan menjaga kehormatan orang lain lebih-lebih lagi seorang wanita Islam macam calon dari DAP itu, walaupun dia musuh kami dalam politik, dalam pilihan raya kecil ini namun wajar bagi Pemuda UMNO menjaga aibnya sebagai wanita Muslim.

Kenapa mereka ini beria-ia nak salahkan UMNO atau menuding jari kepada UMNO ataupun BN yang mengedarkan risalah 'nakal' tersebut? Kenapa nak jadikan UMNO sebagai kambing hitam, apa salahnya mereka yang kononnya 'bersih sangat tu' tidak buangkan sahaja risalah tersebut tetapi terus menuding jari menuduh pihak UMNO dan BN yang buat," ujarnya mengulas tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mengedarkan risalah kononnya calon DAP berbikini di masjid sekitar Teluk Intan baru-baru ini.

Tambahnya, beliau turut hairan dengan sikap sesetengah pemimpin PKR yang turut menjadikan UMNO sebagai `kambing hitam' dalam soal pemilihan parti mereka dengan menuduh UMNO menjadi dalang sehingga terjadi kekecohan termasuk pergaduhan antara sesama ahli PKR dalam kempen pemilihan parti tersebut yang sedang berlansung sekarang ini.

"Jangan main politik 'baling batu sembunyi tangan'. Dalam soal pemilihan parti mereka yang penuh penipuan, rasuah, salah guna kuasa , pengundi hantu, blackout, pangkah kertas dalam bilik, perwakilan palsu, lebih kertas undi dan huru-hara, itu masalah rumahtangga politik parti mereka, kenapa nak kaitkan pula keganasan atau pergaduhan yang berlaku, kononnya didalangi dan dirancang oleh UMNO dan BN.

Yang lebih mengejutkan, nampaknya pemimpin atau calon-calon yang bertanding yang turut menjadi mangsa dalam percaturan politik dalaman PKR ini turut mendiamkan diri walaupun mengjadi mangsa, ini kerana mereka sangat takut dengan pemimpin utama parti mereka mereka  Kata pejuang keadilan dan reformasi, tapi  dalam parti sendiri pun tak berani ada hati nak tegur UMNO dan BN," tambahnya lagi.

Oleh : Mohd Faizal Mohd Salleh

1 comment:

bad said...

Terbaik....mmg PR suka menyalahkan UMNO...apa sahaja isu yg timbul mesti ada kaitan UMNO..malah kepincangan dlm parti sendiri pun dikatakan didalangi UMNO...adakah mereka sengaja ingin menguji kesabaran UMNO atau mereka benar2 ingin main dengan api...sebagai pemuda pemangkin bangsa..kita perlu sedia serta sedar dari sekarang