Saturday, May 24, 2014

"ASTRO" Piala Thomas Utk Rakyat Malaysia

Info@KesatriaMuda

Serahkan Hak Penyiaran Perlawanan Akhir Piala Thomas Kepada RTM demi rakyat Malaysia.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin merayu serta menggesa Astro untuk mempertimbangkan agar berkongsi hak penyiaran Pertandingan Akhir Piala Thomas kepada RTM agar seluruh rakyat dapat sama-sama memberikan sokongan padu kepada pemain badminton negara.

Memandangkan kali terakhir Malaysia berjaya mengorak langkah ke pertandingan akhir Piala Thomas adalah pada 12 tahun yang lalu, maka perlawanan kali ini merupakan sesuatu yang dinantikan-nantikan semua rakyat dari seluruh pelusuk negara.

Bagi rakyat yang tidak mampu dan ingin memberikan sokongan kepada pemain negara di India, mereka boleh berbuat demikian menerusi saluran TV awam tanpa bayaran.

Perlawanan ini adalah peristiwa besar yang mungkin bakal mengukir sejarah buat Malaysia yang telah 22 tahun mengidam untuk menjulang Piala Thomas sekali lagi.

Justeru itu, kami menyokong usul Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin agar Astro  berkongsi hak penyiaran Perlawanan Akhir Piala Thomas kepada RTM.

Sebagai sebuah syarikat gergasi tanah air adalah wajar Astro menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat dengan berkongsi hak penyiaran Pertandingan Akhir Piala Thomas kepada RTM.

Usaha murni ini pasti akan melonjakkan nama Astro sebagai organisasi yang prihatin dan bukan hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Atas semangat kesukanan dan cinta kepada rakyat Malaysia mungkin ini adalah hadiah terbaik yang boleh Astro berikan buat rakyat Malaysia.

Daripada,
Arman Azha Hj Abu Hanifah
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

No comments: