Thursday, July 9, 2015

Ds Ismail Sabri Jalan Kaki 3Jam Kerana Gelandangan Bersama Briged Dan SAM1M


Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat2 yang dihormati



Ini adalah kali ke 4 Program Kami Prihatin yg dilaksanakan oleh Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia bersama sukarelawan sahabat2 NGO yg sudi bersama.


Kali ini alhamdulilah syukur YB Ds Ismail Sabri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sudi bersama2 dalam Program "Kami Prihatin" Bermula seawal 11.30 malam bertempat di Jalan Raja Laut kami memberikan bantuan makanan, minuman , ubatan dan alat pembersih diri.




Kami bermula dengan bacaan doa utk mempermudahkan program kemudian berjalan drpd Jalan Raja Laut sehingga ke Jalan Masjid India disekitar lorong2 kecil untuk menyerahkan bantuan dan diakhiri di Menara Maybank jalan Pudu pada jam 2pagi.



Jutaan terima kasih pada Ds Ismail Sabri yg bersama2 berjalan kaki sejak awal hingga tamat program "Kami Prihatin".




Alhamdulilah kali ni kami menyumbangkan bantuan sebanyak lebih 700bungkus makanan dan minuman.




Ucapan jutaan terima kasih pada kehadiran sukarelawan melebihi 78orang sejak awal hingga tamat. Hanya Allah WT yang boleh membalas jasa anda.



Pada team keluarga Briged Dan SAM1M semua adalah sumber kekuatan perjalanan politik saya, semoga persahabatan kita berkekalan sehingga akhir hayat. Rapatkan saf dan perpaduan ukhwah sesama kita.






Korang terbaek, respect dan salute #WeAreFamily #Kita1Hati

No comments: