Wednesday, July 29, 2015

Nyah JUDI HARAM, kami bersama Ds Zahid



Assalamualaikum sahabat2 yang dihormati, 

Tertarik saya dalam menyatakan persetujuan pendirian saya dalam membanteras judi haram yang di bangkitkan oleh Ds Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri baru2 ini.

Saya mewakili Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan NGO Suara Anak Muda 1Malaysia ingin menyatakan kami akan bersama membantu dalam gerakan membanteras judi haram sebagai pemantau serta menyalurkan maklumat2 daripada anak2 muda kepada pihak berkuasa.

Judi haram merupakan salah satu virus perosak yg tidak sihat yg bukan hanya boleh merosakkan imej negara malah juga boleh merosakan institusi keluarga dalam negara.

Briged dan SAM1M ingin menawarkan khidmat kami sebagai mata dan telinga bagi membenteras judi haram.

Kami juga mohon pada warganegara Malaysia yang prihatin dalam membenteras "Virus Perosak Negara" untuk bersama2 membantu pihak berkuasa.

Siapa lagi kalau bukan kita. Kita cintakan negara dan selaku anak mereka harus berganding tangan dalam usaha "NYAH JUDI HARAM"

Semoga Allah SWT berkati dan permudahkan segalanya serta bukakan pintu pertolongan seluas2nya dalam usaha murni ini.

Semoga persahabatan kita berkekalkan insyallah #Kita1Hati


Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda Malaysia

No comments: