Wednesday, March 26, 2014

Briged Kesatria Tabik Hormat Hishammuddin


Saya ingin mengucapkan tahniah pada YB Ds Hishammuddin pemimpin negara yang saya hormati sejak dahulu hingga kini. Pelbagai cabaran, halangan, kritikan dan tekanan terhadap beliau sepanjang perjalanan politik beliau. .

Namun beliau tabah mengharunginya tanpa putus-asa terhadapa segala cabaran yang diberikan oleh Allah SWT dalam dunia politik nya.

Sekali Lagi tahniah pada manusia yang bermana DS Hishammuddin yang begitu tenang, fokus dan bertungkus - lumus secara konsisten dalam isu penyelesian #MH370 serta menjawab soalan-soalan media baik dalam negara mahupun luar negara kerana amanah dan tanggungjawab yang digalaskan oleh beliau.

Briged Kesatria Muda akan terus bersama individu bernama DS  Hishammuddin yang tabah ngan ujian Allah SWT.

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda

Tuesday, March 18, 2014

MH370 : Kita Harus Sepakat Tolak Spekulasi Negatif


Sumbangan Air Mineral Oleh Briged Kesatria Muda Kerjasama Sdr Rafizal Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang Bagi Majlis Doa Selamat MH370 Anjuran Pertubuhan Pengusaha Kiosk Melayu Hulu Langat. Sama2 Kita Doakan Yang Terbaek Buat MH370








Sama2 kita doakan yang terbaek buat MH370. .Jgn lah kita kecilkan hati mana2 pihak baik pihak keluarga penumpang, para petugas , Co-Pilot , Pilot dan semua yang bertungkus lumus membantu Search dan Rescue Operation MH370. .Jgn kita politikkan isu ini, ini isu keselamatan MH370 terutama rakyat Malaysia yang didalam pesawat tersebut..Jgn kita buat spekulasi2 yg menguris hati keluarga mereka..Briged Kesatria Muda Mendoakan Keselamatan Bagi Penumpang Pesawat MH370

Friday, March 14, 2014

Raja Bomoh Mai Jumpa Saya Dulu!!!!

Info@KesatriaMuda

Saya mewakili Briged Kesatria Muda (BKM) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin menyatakan pendirian BKM berdiri teguh dihadapan YB Khairy Jamaluddin yang dicabar oleh Raja Bomoh hendak menampar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan BKM tidak akan benar walau sehelai rambut pun di usik .  BKM merasakan kenyataan beliau Kebudak2kan , tidak matang dan hanya hendak meraih publisiti murahan selepas  tindakan  beliau yg memalukan rakyat Malaysia  dalam isu MH370 di KLIA tempohari yang dilihat tidak menghormati perasaan keluarga mangsa malah seluruh rakyat Malaysia.

BKM ingin mencadangkan pada Raja Bomoh untuk mengambil rawatan sakit otak ke hospital psikiatri yang berdekatan bagi dengan kadar segara bagi rawatan sakit otak pihak Raja Bomoh yang BKM sedia bayarkan pemeriksaan beliau.

BKM ingin menyatakan pada pihak beliau, YB Khairy Jamaluddin mewakili ratusan ribu anak muda yang akan berdiri teguh dibelakang beliau dan kami tidak gentar menghadapi mana2 pihak yang cuba menjatuhkan martabat Ketua Pemuda kami.

Arman Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda

Tuesday, March 11, 2014

Persembahan 'War Cry' Briged Kesatria Pemuda UMNO

)




)




)


KAJANG, 11 Mac – Persembahan ‘War Cry’ Briged Kesatria Pemuda UMNO mencuri tumpuan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang berlangsung di Kompleks Sukan Bangi, pagi tadi. 



Persembahan penuh bersemangat itu mengiringi calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun yang menyerahkan kertas penamaan pada jam 9.07 pagi.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar, Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin serta pimpinan BN lain serta penyokong parti turut memberikan semangat dan kelihatan teruja dengan persembahan tersebut.

pemimpin-pemuda-bn-khairy-penamaan-calon-kajang-kompleks-sukan-mpkj-selangor

Suasana meriah persembahan ‘War Cry’ Pemuda itu turut memberikan ransangan kepada penyokong BN yang lain untuk sama-sama melaungkan kata-kata semangat sementara menunggu pengumuman rasmi daripada SPR calon yang layak bertanding. 




 Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal ketika ditemui melahirkan keyakinan BN akan sudah pasti akan melakukan kempen yang terbaik sepanjang tempoh berkempen yang bermula hari ini.

“Walaupun kita dikatakan ‘underdog’ kita yakin dan insyaallah akan memberikan cabaran serta saingan yang terbaik untuk berdepan parti lawan.

“Kita punya cara, kita punya kempen sama sahaja walaupun berlaku pertukaran calon oleh pihak lawan. Cara dan kaedah tentunya untuk menang. Tidak ada perubahan,” katanya. 




Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Liew Tiong Lai turut melontarkan keyakinan serta berharap pengundi di Kajang meletakkan tahap ‘standard ‘demokrasi yang lebih tinggi dan tidak lagi dipermainkan oleh Anwar Ibrahim.

“PRK ini disengajakan oleh PKR dan oleh itu pengundi di Kajang perlu menolak sikap sedemikian. Bila dah diberikan kepercayaan sebelum ini ditinggalkan, kali ini datang lagi dengan pelbagai alasan. 




 “Apapun PKR telah melakukan kesilapan besar apabila dengan sengaja mengadakan pilihan raya kecil. Saya rasa rakyat tidak boleh diperbodohkan dan kita harap pilihan raya kecil ini menjadi penentu bahawa mana-mana parti yang sengaja mahu kosongkan kerusi perlu hadapi padahnya.

“Kita juga yakin sokongan pengundi Cina akan bertambah dan kerjasama daripada semua pihak menambahkan lagi keyakinan kita untuk berdepan PRK ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata BN masuk dalam mana-mana pilihan raya kecil bukan untuk kalah. 




 “Untuk itu kita akan berusaha sebaik muungkin dan penerangan khususnya akan melipatgandakan usaha serta tidak gentar siapa pun calon yang diketengahkan oleh pihak lawan.

“Pilihan raya kecil ini bukannya sebab simpati atas isu keluarga…kita masuk untuk memberikan pilihan kepada rakyat. Wan Azizah tidak sama dengan Chew Mei Fun yang mempunyai kekuatan pusat diperingkat untuk membantu penduduk Kajang.




 “Mei Fun juga boleh jadi jambatan kepada BN…kerajaan pusat…Nak jadi ADUN bukan atas sebab simpati apa yang suami dah lakukan,” katanya.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PKR. 




Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman mengumumkan bahawa Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon BN manakala Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili parti itu. 



 Pengumuman itu dibuat pada 10.10 pagi ini selepas proses penamaan calon tamat di pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.

Chew, 50, yang merupakan bekas timbalan menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat pada 2009 menyerahkan kertas penamaan pada jam 9.07 pagi, manakala Wan Azizah, 61, berbuat demikian pada 9.10 pagi.

PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh, daripada PKR pada 27 Jan. -MediaUMNO

Monday, March 3, 2014

Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO





Briged Kesatria Muda ditubuhkan atas satu rasa amanah dan tanggungjawab untuk menjadikan anak muda sebagai pemangkin perubahan negara yang menekan semangat partiotik.
Briged Kesatria Muda atau nama singkatannya KESATRIA adalah generasi penerus bangsa, dengan semangat jiwa yang membara, anak muda selalu menuntut perubahan yang dianggotai oleh yang mempunyai semangat patriotik terhadap negara. Hal itu dapat membuat negara menjadi lebih baik atau lebih buruk. Anak muda punya kemampuan untuk menciptakan sejarah. Anak muda punya jiwa besar dalam terwujudnya idealisme anak muda. Anak muda berani .



Teras  Kesatria Muda
—1) Hal Sukarelawan
—2) Hal Misi Kemanusiaan
—3) Hal Gerak Gempur
—4) Hal Jentera Bermotor
—5) Hal OPS Pemuda
 Ini Adalah 5 Teras Utama KESATRIA




Lalu setelah 57 tahun Malaysia merdeka. Krisis reformasi yang melanda negara ini, menjadi awal sebuah negara dengan kekayaan alam yang melimpahi. Dari awal 1998, sejak era baru mulai terlihat niat-niat busuk yang meracuni jiwa anak muda untuk membencikan sejarah negara, nak menukarkan sejarah negara kerana agenda peribadi. Di sini KESATRIA akan memainkan peranan bagi menanamkan jiwa cintakan negara tercinta.




Kesukarelawan adalah suatu nilai dan amalan yang murni. Malahan, dalam hal-hal dan keadaan-keadaan tertentu, kesukarelawan dianggap suci. Kerana itulah, setiap yang terlibat dalam kerja-kerja dan program-program kesukarelawan,sama ada secara individu ataupun secara berkumpulan, sama ada secara sistematik ataupun tidak, dan sama ada sumbangannya itu adalah besar ataupun kecil, ia dianggap sebagai kerja dan program yang terpuji.

Kesukarelawan juga adalah satu daripada nilai yang disanjung tinggi yang telah memungkinkan manusia terus hidup secara bermasyarakat dan berkongsi erti keberkawanan dan kemanusiaan dalam maksudnya yang sebenar, dari dahulu hingga sekarang, dan diyakini akan sampai bila-bilapun




KESATRIA akan mendidik anak-anak muda mempunyai semangat sukarelawan di kalangan anak-anak muda, belia, adalah insan-insan berbudi, yang sebahagiannya tidak dikenali, kerana tidak diberi atau tidak mencari publisiti, yang telah menaburkan dan meninggalkan kesan abadi yang tidak terhitung banyaknya di tengah-tengah kehidupan manusia, sama ada sebagai pengongsian manfaat dan nikmat, perintis perkhidmatan, penggerak kesedaran, penyambung suara rakyat dan sebagainya.

—KESATRIA ini bergerak mendekati akar umbi secara terus untuk mencari dan membawa ahli-ahli pemuda dalam semangat setiakawan dan menanamkan semangat berani dalam menghadapi pakatan pembangkang di peringakat akar umbi dikenali jentera Gerak Gempur KESATRIA PATRIOT



KESATRIA  akan ketengahkan pemimpin-pemimpin muda dan komuniti dalam kawasan untuk jadikan mereka sebagai ikon masyarakat yang membawa semangat sukarelawan berani

—KESATRIA menyediakan lapangan yang luas bagi mereka mahu bangkit membela kebenaran, keadilan dan apa jua teras perjuangan yang mendasari kesarwajagatan agama, bangsa dan negara. Sekian lama anak muda tidak diberikan pentas untuk  memberikan khidmat ,bercakap dan bersuara dari ruang yang mampu mengubah dogma dan paradigma rakyat.


Soalnya, apakah hari ini ruang yang sejarah asalnya ikhlas, bersih dan sihat dalam membela dan menegakkan hak rakyat telah digendangkan oleh pemalu yang benar-benar jujur berjuang kerana bangsa dan negara? Sudah tiba masanya, KESATRIA sebagai Gerakan Pemuda  UMNO yang gah ke hadapan mempromosikan budaya yang sihat dan positif.
—
Sudah berkumandang suara muda mahukan anak-anak muda kembali berani bersuara. Suara anak-anak muda ini lazimnya segar, bertenaga, sarat dengan idea, futuris, ikhlas dan berani. Justeru, potensi dan bakat yang dimiliki oleh golongan ini perlu diserlahkan dan digilap agar pesona sebenar orator politik  negara



Tulen mampu membajai semangat juang anak bangsa yang lain. Namun, kemahiran retorik dan bersuara ini perlu diterapkan dengan prinsip, kaedah dan pengamalan yang betul supaya pengaruh yang wujud dari ruang ucapan itu mampu membawa keadilan yang sebenar.Memberi keyakinan kepada anak muda supaya berani melontarkan pandangan dan pendapat mereka berhubung sesuatu isu




Strategi

KESATRIA akan digerakan bermula diperingkat Nasional,
Negeri  dan Bahagian. KESATRIA juga akan mendekati
sahabat-sahabat NGO dengan membina rangkaian KESATRIA yang efektif.
Mengenal pasti AHLI-AHLI PEMUDA atau ATAS PAGAR yang mempunyai
minat dalam gerak kerja KESATRIA. Pihak KESATRIA akan mengemaskini
data data Jentera sukarelawan bagi persiapan menghadapi PRU14.

KESATRIA akan menbahagikan skop gerak kerja bagi menghadapi PRU14.

1.BRIGED KESATRIA MUDA SUKARELAWAN MUDA
2.BRIGED KESATRIA MUDA GERAK GEMPUR PATRIOT
3.BRIGERD KESATRIA MUDA BERMOTOR
4.BRIGED KESATRIA MUDA MAHASISWA
5.BRIGED KESATRIA MUDA BELIA
6.BRIGED KESATRIA MUDA MAYA





“Tiap-tiap seorang daripada kamu adalah pemimpin, Justeru kamu bertanggungjawab terhadap mereka yang diletakkan dibawah kamu. Ketua negara adalah bertanggungjawab dari hal rakyatnya. Ketua keluarga adalah pemimpin kepada keluarganya dah akan ditanya hal kepimpinannya, wanita adalah pemimpin dirumah suaminya dan ia bertanggungjawab dari segala perkara yang diletak dibawah jagaannya…. Tiap-tiap seorang daripada kamu adalah pemimpin. Justeru itu kamu adalah bertanggungjawab terhadap mereka yang diletak dibawah pimpinan kamu”
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Pada yang berminat untuk berikan khidmat sukarelawan dan barisan hadapan Pemuda UMNO sila hantarkan butiran peribadi anda kepada Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Di :
brigedkesatriamuda@gmail.com
Laman rasmi  Facebook :
Briged Kesatria Muda 
Instagram :
brigedkesatriamuda









BRIGED KESATRIA MUDA 
PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
SEDIA BERKHIDMAT

Thursday, February 13, 2014

BANTUAN 1000 KELUARGA OLEH KESATRIA MUDA

Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,

Setelah Dimaklumkan Sepang Dah Lebih 6hari Ke 7hari Gangguan Bekalan Air Kerana Masalah Logi Pembersihan Di Kawasan Tersebut Akibat Pencemaran Sungai..

Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Mengambil Inisiatif Turun Berikan Sumbangan 1000 Kotak Mineral Water Bagi 1000 Keluarga Di Sepang.

Penyerahan Bantuan Mineral Water Dan Tong Air Oleh Briged Kesatria Muda Pemuda UMNO Malaysia Bagi Meringankan Rakyat Sepang Di Pusat Khidmat ADUN Dengkil.

Penyerahan Bantuan Kepada Pemuda UMNO Bahagian Sepang Yg Diwakili Oleh Sdr Norazli Ketua Pemuda Sepang Merangkap Naib Pengerusi Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

#1Nadi1Harapan1SuaraBKM

Arman Azha Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda

Tuesday, February 4, 2014

9 Jeneral Perang Terhebat Sejarah Islam

Sebelum Mula sama2 kita sedekahkan Al Fatihah buat para pejuang islam yg telah kembali ke rahmatullah. ..

1. Khalid Bin WalidKhalid ibn al-Walid (584 - 642) Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa ArRasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-pangli­­ma perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang kariernya.

2. Muhammad Al-Fatih ( Mehmed II ) Sultan Mehmed II atau juga dikenal sebagai Muhammad Al-Fatih  juga dikenal sebagai el-Fatih, "Sang Penakluk". Kejaya­­annya dalam menaklukkan Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Ia merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

3. Salahuddin Ayyubi ( Saladin ) Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din (1138 - 4 Mac 1193) Adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Iraq sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristen karena kepemimpinan, kekuatan tentera, dan sifatnya yang satria dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentara salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud

4. Abu Ubaidah bin al-Jarrah. Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara yang paling awal memeluk agama Islam. Ia ikut berhijrah ke Habasyah (saat ini Ethiopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Ia mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, beliau merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang melawan kerajaan Rom. Beliau meninggal disebabkan oleh wabak penyakit.

5.Sa'ad bin Abi Waqqas. Sa`ad bin Abī Waqqās merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah satu sahabat penting Muhammad. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis  saat memimpin pasukan Islam melawan tentara Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.

6. Tariq Bin Ziyad. Tariq bin Ziyad, dikenal dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata), adalah seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M

7. Syurahbil bin Hasanah (583-639) Adalah sahabat Muhammad saw. Dia merupakan salah satu komander terbaik dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Dia merupakan salah satu komander lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak.

8. Abdullah bin Aamir. Abdullah bin Aamir adalah gabenor Busrha (647–656) dan merupakan jeneral tentera yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan. Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.

9. Amru Bin Ash. Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menetang Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslim namun masuk Islam bersama Khalid bin Walid. Enam bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah SAW menakluk Mekah dalam peristiwa Fathul Mekkah.

Ia adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang.Beliau adalah panglima perang yang menaklukan Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi. Ia kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir. Panglima Amru mengerahkan tentera agar menjujung Al Quran dihujung tombak, ia menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan.


Marilah kita sama2 sedekahkan Al Fatihah buat para pejuang islam ini..Semoga roh perjuangan mereka akan terus meresapi dalam diri kita utk terus angkatkan perjuangan islam terus bagi masa hadapan generasi akan datang..


Cabaran baru dalam zaman moden utk kita sama2 memartabatkan perjuangan islam..


Allahuakbar...Allahuakbar. ..Allahuakbar. .

Saturday, February 1, 2014

Ds Najib PM Prihatin Dan Pemuda UMNO Msia

Salam Sahabat2 Yang Di Hormati.

Baru2 ini negara kita dikejutkan dengan isu pasangan Malaysia yang dipenjarakan di Sweden.

Dikala keluarga itu menerlukan bantuan bagi pembelaan terutama 4 orang anak mereka yang ditempatkan bersama keluarga angkat bukan islam.

Pihak kerajaan Malaysia bertungkus lumus membantu menyelesaikan isu ini.

Syukur alhamdulilah keperihatinan YAB PM Najib Razak dalam isu ni wajar dipuji kerana beliau menggunakan cara diplomasi yang berhemah dan tenang untuk memastikan kanak kanak ini di bawa pulang ke Malaysia dengan selamat.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah pada Sdr Sheikh Nafiq Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Biro Pengaduan Awam Dan Dato Khairul Naib Ketua Pemuda UMNO Johor mewakili NGO Sukaguam yang turut berada disana membantu isu ini bagi dapat pembelaan..

Tahniah Kerajaan Barisan Nasional Dibawah Kepimpinan YAB Ds @najib_razak Dan Pemuda UMNO Malaysia Di Bawah Kepimpinan YB @khairykj.

WE WALK THE TALK.