Wednesday, December 17, 2008

MB selangor ni duk cari kesalahan org jer



TIDAK pernah rasanya ada mana-mana Menteri Besar sebelum ini dalam ucapan taat setia dan menjunjung kasih sempena Keputeraan Sultan Selangor, ‘berpolitik’ dalam ucapannya apatah lagi bermegah-megah kononnya, mereka adalah pemimpin terbaik.


Namun, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menteri besar kerajaan campuran di Selangor memecah tradisi ini dengan ucapan meninggi diri serta menyindir kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah terbukti berjasa kepada rakyat sejak negara merdeka.


Selain kritikan kononnya kerajaan Selangor terdahulu gagal mengurus tadbir negeri, beliau menjanjikan hasil kutipan pasir berpuluh juta ringgit oleh Kumpulan Semesta di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).


Pada pembentangan Bajet 2009 lalu, Khalid berkata kerajaan menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd sebagai syarikat kerajaan negeri yang memberi penumpuan kepada aktiviti perniagaan pasir pada tahun ini dan dijangka mampu membawa pulangan bernilai RM150 juta pada tahun hadapan berbanding dengan kutipan royalti bernilai RM20 juta pada tahun 2007.


Beliau juga memaklumkan kerajaan Selangor tidak mengiktiraf 366 ketua kampong dilantik JKKP kerajaan Pusat, memberi inisiatif RM3,500 kepada warga emas serta memperolehi pelaburan lebih RM5 bilion.
Sebelum inipun sudah berulang kali Khalid menyatakan perkara tersebut dengan bangganya padahal kerajaan BN Selangor sebelum ini sudahpun mengujudkan Tabung Jasamu bagi membantu warga emas.
Konsepnya ditiru kerajaan pimpinan Khalid dan lebih malang lagi, warga emas yang baru menetap setahun di Selangor juga layak menerima bantuan tersebut.


Pelaburan lebih RM5 billion melalui syarikat Q-Cell sebenarnya sudah diperolehi kerajaan Selangor sebelum pilihan raya umum Mac lalu tetapi Khalid dengan bangganya mengaku itu usaha kerajaan sekarang.
Maka sesiapa yang tahu cerita sebenarnya disebalik apa yang Khalid sudah buat selama 10 bulan mentadbir Selangor akan mendapati ‘indah khabar dari rupa’ atau ‘lembu punya susu, sapi dapat nama,’.
Sebab itulah dalam titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Khalid serta anggota Exco supaya menjalankan tugas mereka dengan baik, membuat sesuatu keputusan dengan bijak dan bertanggungjawab, supaya tidak menyusahkan rakyat.


“Ahli-ahli Exco dan wakil rakyat hendaklah sentiasa turun padang, mendampingi rakyat untuk mendengar rintihan-rintihan mereka dan dengan secepat mungkin mengambil tindakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi mereka.


“Beta khuatir jika rakyat tidak berpuas hati dalam apa jua perkara di dalam negeri Selangor ini maka akan timbul tunjuk perasaan dan berlaku kacau-bilau yang akan merosakkan ketenteraman negeri dan juga menyusahkan rakyat jelata,” titahnya.


Sebenarnya Khalid kena ambil pengajaran daripada titah baginda pada majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat bersempena sambutan ulang tahun keputeraan yang ke-63 baginda di Padang Mahkota, Istana Alam Shah, Khamis lalu.


Khalid terlupa banyak lagi janji-janji dalam manifesto pilihan raya umum lalu belum ditunaikan tetapi peliknya kenapa tidak memaklumkannya dalam ucapan beliau di istana baru-baru ini.
Mencari kesalahan atau menyalahkan orang lain memang satu kerja mudah.


Saya juga gagap dan bodoh tetapi tidak tergamak saya menyalah emak dan ayah kerana kegagapan dan kebodohan saya itu kerana sejak lahir dan hingga mampu berdikari, merekalah yang mencari rezeki membesar dan membiayai sekolah saya.


Dalam tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Hulu Klang, Khalid juga menyalahkan kerajaan dan Menteri Besar terdahulu tanpa beliau sedari bahawa kerajaan Selangor yang ditadbirnya gagal meneneruskan pemantauan program kajian terhadap projek-projek di lereng bukit.


Janganlah kelak rakyat Selangor mengenang Khalid sebagai Menteri Besar yang suka menyalahkan orang lain bagi menutup kelemahan sendri malah dikalangan Exconya pula lebih popular dengan tindakan menyaman daripada mengutamakan khidmat kepada rakyat yang telah memilih mereka.


Pikir-pikir kan lar rakan2


arman azha hj abu hanifah

No comments: