Monday, January 5, 2009

Kenapa Anwar Membisu atas Kekejaman Israel


Membisunya Anwar Atas Kekejaman Israel & Amerika

Israel mengganas lagi. Beratus rakyat Palestin terbunuh dan banyak lagi cedera atas tindakan pengganas Israel. Syaitan Amerika seperti biasa akan membela "Tuan" mereka itu. Obama yg dikatakan membawa harapan baru itupun tidak akan dapat berbuat apa-apa yg bertentangan dengan kepentingan Israel, kerana Presiden Amerika bukanlah orang yg paling berkuasa dinegara tersebut, tetapi pemodal-pemodal Yahudi yang berada didalam Majlis Illuminati lah yg paling berkuasa.


Setelah 2 hari peristiwa berdarah itu, saya menunggu-nunggu juga akan kenyataan kutukan rasmi terhadap Israel & Amerika daripada saudara Penasihat PKR, Anwar Ibrahim. Saya mecari-cari di dalam akhbar-akhbar utama, Harakahdaily, laman rasmi PKR, blog rasmi Anwar Ibrahim, laman Anwar Ibrahim Club, dan hasilnya, seperti jangkaan saya, TIADA ! Tepat sekali jangkaan saya, Anwar Ibrahim, sama sekali tidak akan mengeluarkan kenyataan atau membuat apa-apa tindakan untuk mengutuk Israel & Amerika Syarikat.


Saya tidak pernah sama-sekali membaca kenyataan kutukan keras Anwar Ibrahim keatas puak-puak Isreal & Amerika ini. Tidak seperti kenyataan Tun Mahathir & Presiden PAS yang amat keras kenyataannya terhadap syaitan-syaitan itu.


Kenapa ini berlaku ? Kenapa Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan kenyataan kutukan terhadap Israel & Amerika ? Tidakkah anda semua berfikir ? Jawapannya adalah kerana Anwar Ibrahim adalah ditaja oleh golongan ini, bersekongkol dgn golongan ini. Anwar Ibrahim sudah termasuk ke dalam perangkap Illuminati & Luciferian & tidak akan dapat keluar lagi. Antara pantang larang kumpulan ini adalah tidak boleh sama sekali mengeluarkan kenyataan terbuka mengutuk Israel, Amerika & geng-geng kumpulan mereka seperti IMF, Bank Dunia dan lain2 sekutu dan juga tidak boleh sama sekali membuat kenyataan terbuka menafikan penglibatan diri didalam kumpulan Illuminati dan Luciferian. Sebab itulah walaupun byk sekali tuduhan-tuduhan terhadap Anwar sbg talibarut yahudi & Illuminati, beliau sekalipun tidak pernah cuba untuk menafikannya secara terbuka !


Haritu (Selasa 30 Disember 2008) di hadapan Kedutaan Amerika, Pemuda PAS akan mengadakan perhimpunan mengutuk kekejaman Israel. Saya bukanlah ingin mempromosi perhimpunan Pemuda PAS itu, tetapi saya ingin mencabar saudara Anwar Ibrahim, sekiranya saudara ingin menafikan tuduhan saya di atas, maka saya cabar saudara supaya saudara mengetuai ahli-ahli PKR menyertai perhimpunan tersebut ! Saya cabar saudara Anwar ! Beranikah saudara ??? Jika tidak, maka benarlah segala tuduhan...


Wahai Sdr Anwar apa kata tuan mengetuai satu perhimpunan raksaksa dihadapan Duta Amerika bagi mengutuk kekejaman Israel dan Amerika yg menyokong tindakan Israel itu...Tunjukkan semangat agama Islam Sdr Anwar....


Mari Kita Bersatu Bangkit dan Bantu dari segi sokongan dan Doa buat Palestine Rakan2 ..Sekian ,Wasalam


arman azha hj abu hanifah
Post a Comment