Monday, January 24
Ketua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah berkata, isu melibatkan calon PAS Normala Sudirman yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu...
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan pendekatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu keengganan calon PAS bersalam dengan lelaki di Tenang.
Ketua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah (kanan) berkata, isu melibatkan Normala Sudirman yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berpunca akibat kegagalan memahami Islam.
"Macam pendekatan Tuan Guru Nik Aziz, (apabila) mereka ini tidak faham (Islam), jadi kita mesti fahamkanlah mereka," katanya.
"(Contohnya) macam isu melibatkan DAP juga, (berlaku) kerana mereka tidak faham."
Bagaimanapun, Arman Azha tetap beranggapan bahawa tindakan Chua itu salah dan menghina Islam.
"Bukan hanya minta maaf, tetapi dia juga kena memahami konteks Islam yang sebenar," katanya, senada dengan tuntutan PPMM semalam.
Ditanya sama ada pihaknya akan menganjurkan demonstrasi - tindakan yang dilihat sinonim dengan NGO Melayu itu kebelakangan ini - Arman Azha menjawab:
"Bukan semuanya kita berdemo."
Petikan Drpd MalaysiaKini.
Walaupun Akan Mendapat Desakkan Pelbagai Pihak, Tetapi Ini Prinsip Perjuangan Agama,Bangsa,Tanahair.
"Saya Rela Di Penjarakan Demi Memartabatkan Perjuangan, Tetapi Aku Tak Sunggup Perjuanganku Di Penjarakan..Resam Panglima Moden"
Berani Menegakkan Kebenaran, Kerana Benar..Wasalam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment