Tuesday, February 1, 2011

PAS SEABAD RETORIK KER??


Salam Sahabat2,

Sejak Dahulu Kita Di War2Kan Oleh PAS Akan Laksanakan Negara Islam Dan Hulum Hudud, Tetapi Sejak Mac 2008 Laungan Itu Kita Sudah Tidak Kedengaran Oleh Pemimpin2 Besar PAS Hanya Di War2kan Oleh Penyokong2 PAS Sahaja. Kenapa Yek???

Pemimpin2 Besar PAS Diam Seribu Bahasa Tentang Negara Islam, Tahun Lalu Kita Husam Debat Bersama YB KJ Di Klantan Ttg Hukum Hudud Juga Secara Terang Beliau (Husam) Tidak Akan Laksana Hukum Hudud Kerana Katanya Tiada Dalam Persetujuan PR (PKR,DAP).


Mana Lebih Utama Bagi PAS Kini Perjuangan Asal Mereka Atau Tampok Kuasa Mereka Lebih Utama Sehingga Laungan NEGARA ISLAM DAN HUKUM HUDUD Tidak Di Laungkan Atau SEJAK DAHULU IANYA HANYA LAUNGAN RETORIK UTK KABUR MATA PENYOKONG2 NYA..

APA PENDIRIAN SEBENAR PAS???

Lihat Kenyataan Drpd Pemimpin PAS Yg Terbaru, Jelas Laungan NEGARA ISLAM HANYA MAINAN POLITIK DAN RETORIK.

'Tidak mungkin Pas tubuh negara Islam'

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad menyifatkan tidak mungkin bagi Pas untuk menubuhkan negara Islam di Malaysia.

Pada satu forum minggu lalu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat berkata, keadaan demografi Malaysia menyukarkan bagi parti itu untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

''Terdapat 60 peratus orang Islam dan 40 peratus bukan Islam. Malah, kita sendiri tidak memiliki 60 peratus sokongan daripada masyarakat Islam," katanya menjawab satu soalan daripada peserta forum berkenaan seperti dipetik dalam portal berita Free Malaysia Today bertajuk 'Ahli Parlimen Pas: Tiada Negara Islam'.

Ketika ditanya peserta mengenai negara Islam seperti Pakistan, Dzulkefly memberitahu, negara Islam hanya wujud semasa era pemerintahan Rasulullah di Madinah.

''Kita telah memasukkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama di dalam manifesto pilihan raya kita. Beberapa tahun lalu Pas 'gagal' bila berhadapan dengan individu seperti Haris Ibrahim dan Malik Imtiaz, namun hari ini kita berjaya mengatasinya," jelas beliau.

Suruhanjaya Antara Agama dicadangkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Artikel 11 yang diketuai Malik Imtiaz untuk mengutarakan masalah berkaitan agama.

Bagaimanapun, cadangan itu ditolak semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas beberapa kumpulan Islam termasuk Pas menentang penubuhannya.

Dzulkefly pada masa yang sama mengetepikan kebimbangan ke atas soal hudud dengan berkata:

''Kenapa anda perlu takut dengannya sedangkan ia hanya disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran?

Menurutnya, Pas lebih cenderung ke atas soal keadilan sebagaimana yang disebut banyak kali di dalam al-Quran dan ia diteruskan menerusi platform pakatan pembangkang.

Isu-isu seperti mengharamkan wayang kulit, memisahkan kaunter pembayaran di pasar raya untuk lelaki dan wanita sebagaimana yang dilakukan oleh Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini turut dibangkitkan peserta.

Untuk ini, pemimpin Pas tersebut memberi reaksi bahawa Islam tidak mensyaratkan ia dalam sekatan dan peraturan.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: