Tuesday, March 15, 2011

Program Transformasi Ekonomi Bumiputra

Salam Sahabat2 Yg Saya Hormati,

Saya Dgn Rendah Diri Ingin Menjemput

YBhg. Prof./ Dr./ Tan Sri/Dato'/Tuan/Puan

Per : JEMPUTAN KE KONVENSYEN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI BUMIPUTERA ANJURAN PERKASA

Dengan segala hormat saya ingin merujuk mengenai perkara tersebut diatas.

Untuk makluman pihak YBhg. Prof./ Dr./ Tan Sri/Dato'/Tuan/Puan,

PERKASA akan mengadakan Konvensyen tersebut diatas pada 27.3.2011

bertempat di PWTC.

Objektif Konvensyen ini adalah:

1.Membincangkan kesan negatif dan positif laporan akhir Model Baru
Ekonomi (MBE) dan Program Transformasi Ekonomi (RTE) kepada
kepentingan ekonomi Bumiputera.

2.Mengumpul berbagai input daripada berbagai agensi Kerajaan dan GLC
mengenai pembangunan ekonomi Bumiputera di dalam kerangka teras utama MBE dan Program Transformasi Ekonomi (RTE) .

3.Mengemukakan hasil konvensyen Transformasi Ekonomi Bumiputera dan
cadangan perlaksanaan dasar affirmatif dari berbagai NGO Bumiputera
kepada pihak kerajaan.

Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput YBhg. Tan Sri/Dato'
Seri/Dato'/Prof./Tuan/Puan ke Konvensyen di atas dan pengesahan
kehadiran perlu dibuat dengan mengembalikan borang yang disertakan.

Sila emailkan kepada halmiyusoff@gmail.com / drzubirharun@gmail.com
atau fakskan borang pengesahan kehadiran ini selewat-lewatnya atau
pada 20 Mac 2010 di nombor Fax : 03-4043 3087.

Sebarang keterangan boleh dimajukan kepada En Helmi; 019-3888684 (H/P)
03-40437087 (Ofis) 03-40437087 (Faks).

Di atas kehadiran YBhg. Tan
Sri/Dato' Seri/Dato'/Prof./Tuan/Puan kelak, kami dahului dengan ucapan
jutaan terima kasih. Sekian.

Yang benar,

Arman Azha Hj Abu Hanifah
KETUA WIRA PERKASA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Post a Comment