Wednesday, March 9, 2011

PRU13 Ada Suara Anak Muda Kah?

Salam Sahabat2 Yg Di Hormati,

Soalan Yg Bermain Di Tiap Fikiran Parti2 Politik Dan Rakyat.

PRU 13 Ini Adalah Satu PRU Yg Menentukan Landskape Negara Kita, Adakah BN Akan Terus Menjadi Kerajaan Atau Adakah PR Akan Jadi Kerajaan.

Besar Gak Soalan Ni Yg Nak Di Pikirkan. Bagi Saya Nak Tanya Balik Soalan Kembali Kepada Parti2 Politik, SUDAHKAH KOTAKAN JANJI DAN MENIFESTO PRU12.

Adakah Rakyat Sudah Boleh Menilai Mana Yang Baik Dan Mana Yang Tidak. Rakyat Kali Ni Bila Nak Membuat Pilihan Haruslah Kaji, Menilai Dan Buat Keputusan Dgn Kematangan Bukan Atas Dasar Emosi Kerana Tiap Keputusan Yang Dibuat Akan Menentukan Arahtuju Negara.

Saya Mewakili Suara Anak Muda, Suara Evolusi Perubahan, Nak Tau Adakah Harapan Dan Suara Anak Muda Sebagai Perubah DASAR Negara Di Amik Peduli.

Adakah BN atau PR Akan Mengammbil Calon2 Drpd Golongan Muda Sebagai Calon Wakil Rakyat Bagi Mewakili Harapan Dan Suara Anak2 Muda Bagi Menjadi Perubah Dasar Kerajaan Bagi Mewakili Harapan Dan Suara Anak2 Muda.

Ramai Anak Muda Kini Jika Kita Kaji Menolak Nak Masuk Mana2 Parti Politik Kerana Rasakan Suara Rintihan, Degupan Dan Harapan Anak Muda Sebagai Perubah DASAR NEGARA Tidak Di Amik Peduli Kerana Ketandusan Kepimpinan Org Muda Sebagai Wakil Rakyat Berbeza Jika Kita Nilaikan Dahulu Ketika Meraih Kemerdekaan Rata2 Yg Jadi Pejuang Dan Suara Pemimpin Negara Adalah Drpd Golongan Anak Muda, Bayangkan Negara Kita MERDEKA Kerana Keberanian Dan Gerak Kerja Pemimpin2 Muda Yg Berusia Rata2 Bawah 40tahun, Kenapa Sejarah Menunjukkan Suara Anak Muda Ini Boleh Mengoncangkan Negara Sehingga Capai Kemerdekaan Negara, Tetapi Kini Suara Anak Muda Seperti Tidak Di Dengari Dan Tidak Diberikan Kepercayaan Utk Menjadi Suara Rakyat.

Kerana Itu Kita Lihat Jutaan Anak Muda Kini Tidak Bersama Parti Politik, Tetapi. Lebih Selesa Bergerak Dalam NGO2 Dan Meluahkan Rasa Dan Perasaan Melalui Media2 Sosial Seperti BLOG, FACEBOOK, TWITTER, MY SPACE...Etc.

Kini Kita Lihat Kekuatan Media2 Sosial Dan Blog Memainkan Peranan Yg Hebat Dalam Menyalurkan Maklumat. Saya 100% Menyokong Para Bloggers Yg Menyalurkan maklumat Drpd Suara Akar Umbi Dan Rasa Keikhlasan Tanpa Ada Apa2 Bayaran Tetapi Ianya Evolusi Perubahan Penyampaian Maklumat Pada Rakyat.

Saya Berdiri Teguh Dan Percaya Suara Anak Muda , Suara Keramat, Suara Perubahan Dalam Landskape Politik Negara.

Adakah Kepimpinan BN Mahupun PR Sudah Sedia Utk Menerima Dan Berani Memberikan Peluang Kepada Anak2 Muda Menjadi Pemimpin Dan Wakil Suara Anak Muda Kepada Rakyat Dalam PRU13 Nanti.

Semoga PRU13 Kebangkitan Kembali Kepimpinan Org Muda Dapat Dilihat Utk Memacu Dan Menjadi Pemangkin Perubahan Negara..Wasalam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Anonymous said...

Assalammualaikom bos....

saya setuju dgn pendapat bos tuh. kalo kita lihat keadaan sekarang, golongan pemuda yang profeisional kebanyakkannya tidak ambil peduli dgn senario politik di Malaysia mereka lebih sibuk dengan hal mereka sendiri. Mungkin Kerajaan perlu satu pendekatan baru untuk menarik anak muda yang Profeisional spt jurutera muda, jutawan muda, Eksekutif muda dan sebagainya untuk berpolitik bg mempertahankan hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan negara.