Wednesday, June 22, 2011

KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA PERTAMA DI PJ UTARA



SALAM SAHABAT2 YANG DIHORMATI, TERIMA KASIH KEPADA YAB DATO SERI NAJIB ATAS PERASMIAN KEDAI RAKYAT 1MALYSIA YANG PERTAMA DALAM NEGARA DI BAHAGIAN SAYA IAITU PETALING JAYA UTARA.

TERIMA KASIH KERANA NI KALI KEDUA YAB DS NAJIB BERSAMA2 DI BAHAGIAN PETALING JAYA UTARA.



PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak menyatakan bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia menyebabkan beliau terkenang ayahnya, Perdana Menteri kedua Malaysia Tun Abdul Razak Hussein.

“Konsepnya sama dengan restoran rakyat yang ayahanda saya mulakan ketika kemelesetan ekonomi di dalam tahun 1970an,” kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia di Stesen LRT Kelana Jaya.Kedai yang dijangka akan dibuka di setiap stesen LRT ini diuruskan oleh Syarikat Mydin Holdings Bhd yang diketuai pengarah urusannya, Dato Ameer Ali Mydin dengan bantuan kerajaan.

Najib di dalam ucapannya menyatakan bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia diilhamkan kerana ’1Malaysia bukan retorik malah salaman dan sinonim dengan rakyat’.

“Ia jenama barang dan perkhidmatan,” kata beliau ketika pelancaran Kedai Rakyat.
Beliau turut menyatakan bahawa barangan yang dijual di Kedai Rakyat adalah 30-40% lebih murah berbanding dengan harga produk di kedai biasa.



Selain itu Najib turut mengumumkan bahawa Kedai Rakyat membantu pertumbuhan industri kecil dan sederhana (IKS) kerana barangan diperoleh dari IKS tempatan.

1 comment:

Mohd said...

Inilah satu idea yg baik yg datang dari Najib!
Seperti Klinik Satu Malaysia, kita harap Kedai Rakyat Satu Makaysia akan dikembangkan ke merata Malaysia.
Kita ajar kaum peniaga Cina yg selama ini mencekik darah kaum Melayu!