Thursday, June 23, 2011

Pemuda BN HARAPAN BARU

Tahniah Kepada Kepimpinan Pemuda BN..

Expo Perumahan Pemuda BN (HOPE) diadakan pada 29-31 Julai @ PWTC KL. Melibatkan Skim Rumah Pertamaku & Perumahan Rakyat 1 Malaysia

Ini yang kerajaan BN Lakukan bukan sekadar janji Kosong sepertimana yang Pakatan Rakyat Haram war warkan! Mohon sebarkan mengenai Expo Perumahan dari Kerajaan BN buat rakyat ini!

KUALA LUMPUR 16 Jun – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu akan memainkan peranan utama dalam isu pekerjaan dan pemilikan rumah di kalangan golongan muda.

Menurut beliau isu-isu berkenaan amat penting bagi golongan berkenaan dan ianya akan diperjuangkan oleh Pemuda BN dengan merangka program yang menjurus ke arah kepentingan dan manfaat bersama untuk kehidupan yang lebih selesa.

"Untuk tujuan itu, kita akan bawa Karnival Kerjaya Pemuda BN yang diadakan sebelum ini ke beberapa negeri, yang bermula di Kedah pada 1-3 Julai, Pahang 15-17 Julai,  Melaka dan N.Sembilan 22-24 Julai, Sabah 29-31 Julai dan Terengganu tarikhnya belum ditetapkan.

"Banyak permintaan daripada ahli kita dan generasi muda di kawasan luar bandar, kawasan wilayah utara, selatan, timur dan Sabah serta Sarawak untuk kita bawa karnival ini ke negeri lain dan ini usaha kita untuk pastikan bahawa isu pekerjaan menjadi salah satu isu yang penting yang diperjuangkan Pemuda.

"Dan pada 28 Julai nanti, kita  juga akan menganjurkan satu karnival Home Ownership Programme Expo (HOPE) di Kuala Lumpur di mana pada karnival ini kita akan promosikan skim rumah pertamaku dan rumah mampu milik berkualiti tinggi untuk generasi  muda, " katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO di sini, hari ini.

Pada sidang media itu juga, beliau turut memaklumkan dua Ketua Pemuda Negeri yang baru iaitu, Ir Shaik Hussein Mydin, Ketua Pemuda Pulau Pinang dan Hj Awang Kadin Tang sebagai Ketua Pemuda UMNO Sabah telah mengangkat sumpah hari ini.

"Perubahan ini adalah sebahagian daripada perubahan di peringkat negeri untuk perkasakan lagi persiapan pilihan raya umum akan datang," katanya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Post a Comment