Monday, September 12, 2011

16hb Sept Hari Malaysia, Hasil Selepas 31hb Ogos Hari Kemerdekaan Malaysia.



Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,

Saya Anak Merdeka, Saya Anak Malaysia, Laungan Yang Singkat Tapi Maksud Yang Besar. Tanpa Kemerdekaan Tidak Mungkin Kita Akan Melangkah Kearah Evolusi Negara Kita, Kini Evolusi Kematangan Negara Kita Telah Langkah 1 Lagi Langkah Evolusi Kehadapan Iaitu Sambutan Hari Malaysia.



Di Mana Sikap Penerimaan Iaitu Menerima Bahawa Kita Berbilang Kaum, Menerima Keunikan Kaum-Kaum Lain,Saling Menghormati Antara Satu Sama Lain Dan Bukan Hanya Sekadar Bertoleransi Adalah Matlamat Kita Untuk Menuju Status Negara Maju Mengikut Acuan Kita Sendiri,Dalam Acuan Intipati Gagasan 1Malaysia Dalam Mencorak Budaya Masyarakat Malaysia Ysng Mempunyai Kepelbagaian Tanpa Rasa Malu Pada Asal Usul Budayanya Sendiri.



Gagasan 1Malaysia Dan Perpaduan Kaum Dapat Dilihat Dengan Jelas Di Kedai-Kedai Mamak Di Mana Rakyat Malaysia Yang Terdiri Daripada Kaum Melayu, Cina dan India Boleh Duduk Bersama Menikmati Makanan Dan Jika Keadaan Itu Boleh Diterapkan Di Tempat-Tempat Lain, Maka Tidak Mustahil Apa Yang Disasarkan Selama Ini Akan Tercapai.





Kita Rakyat Malaysia, Harus Bangga Menjadi Warganegara Malaysia Dimana Ianya Sebuah Negara Yang Unik Yang Hidup Dgn Aman, Damai Dan Muhibbah Kearah Perpaduan Negara, Walaupun Pelbagai Cabaran Dan Cubaan Untuk Meruntuhkan Perpaduan Rakyat Malaysia, Kini Rakyat Malaysia Telah Matang Dan Menolak Perpecahan Dan Perbalahan Sesama Sendiri Mengunakan Kekerasan Tetapi Berubah Mengunakan Rundingan Untuk Penyelesaian Masalah, Tahniah Pada Kerajaan Malaysia Yang Telah Berkembang Dan Lebih Matang Dan Terbuka Dalam Segi Pemerintahan Negara, Jangan Hanya Bertanya Apa Yang Negara Dah Bagi Pada Kita, Tetapi Tanya Apa Yang Telah Kita Berikan Pada Negara Ni..



Tahniah Malaysia, Negaraku Tanah Tumpah Darahku.
Tanpa Kemerdekaan Tidak Akan Ada Hari Malaysia..

HARI MALAYSIA ADALAH HARI PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA, LAUNGAN 1MALAYSIA ADALAH NADI DAN DEGUPAN JANTUNG TIAP RAKYAT MALAYSIA...



ARMAN AZHA SAYA ANAK MERDEKA, SAYA ANAK MALAYSIA

No comments: