Wednesday, October 12, 2011

AWIE JOIN UMNO PASAL UMNO "COOL"



Penyanyi legenda rock tanah air yang juga merupakan pelakon popular di pawagam mahupun teater, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie bersama beberapa artis terkemuka yang lain dijadual akan menyerahkan borang keahlian sebagai Pemuda UMNO petang esok.

Majlis penyerahan borang keahlian tersebut akan disempurnakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin esok, khamis pada jam 4.30 petang.



Majlis tersebut akan diadakan di Pejabat Pemuda, Menara Datuk Onn.

Media sebelum ini pernah melaporkan Datuk AC Mizal dan isterinya Datin Emylia Rosnaida menyertai UMNO Perak.

Juga di fahamkan pengarah filem, Mamat Khalid turut dilaporkan media akan menyertai UMNO Bahagian Gopeng.

Syabas Pemuda Umno!

No comments: