Wednesday, October 12, 2011

Ya Allah Kau Selamatkan Rakyat Msia Di Indonesia




LAPORAN DEMONSTRASI DI LUAR KEDUTAAN BESAR MALAYSIA JAKARTA ATAS ISU PERSEMPADANAN NEGARA





Education Malaysia Indonesia ingin memaklumkan bahawa pada 12 Oktober 2011 bermula jam 1300 hrs (WIB) telah berlaku demonstrasi besar-besaran di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta. Demonstrasi ini dipercayai disebabkan oleh isu pertindihan pemilikan tanah di sempadan Malaysia-Indonesia di Sarawak. Isu ini mula mendapat liputan besar-besaran di media massa Indonesia sejak minggu lalu dan mula memuncak pada hari ini.



Pelajar-pelajar Malaysia di seluruh Indonesia telah diingatkan untuk sentiasa berwaspada ketika berada di luar rumah bagi mengelakkan mereka terheret sama dalam kancah pertikaian isu ini. Terdapat aduan daripada pelajar yang sedang menjalankan ko-asisten (praktikal) di Hospital diprovokasi oleh para doktor dan jururawat. Manakala, aduan juga diterima dimana pelajar diprovokasi oleh pensyarah dan teman kuliah Indonesia.



Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini, EM Indonesia telah meminta semua pelajar Malaysia supaya tidak menjawab atau memberi sebarang respon kepada rakyat Indonesia yang cuba membuat provokasi kepada mereka. Mereka juga diminta berada dalam kumpulan jika berada di luar rumah, mengelak dikenali melalui identiti berpakaian ketika menghadiri kuliah atau berada di luar rumah dan perlu berada di rumah sebelum menjelang tengah malam.



Selaras dengan keadaan ini, EM Indonesia telah meminta semua mahasiswa Malaysia di Indonesia mengaktifkan SOP bagi menghadapi situasi ini dan pemantauan 24 jam dibuat oleh EM Indonesia dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

SAYA MEWAKILI GERAKAN SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA BANTAH TINDAKAN PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN BERSEDIA UNTUK TURUN PADANG MENJADI SUKARELAWAN BAGI KESELAMATAN ANAK2 MUDA MALAYSIA DI INDONESIA. YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH ANAK2 MALAYSIA DI INDONESIA..

Sekian dimaklumkan terima kasih.

2 comments:

arab said...

salam bro...mohon link kan blog aku
www.hurairahady.blogspot.com. thanks bro. selamat berjuang di alam maya.

Unknown said...

OK BRO