Thursday, November 3, 2011

PERTANDINGAN PIDATO POLITIK PIALA PERDANA MENTERI








PERTANDINGAN PIDATO POLITIK PIALA PERDANA MENTERI 2011 PEMUDA BARISAN NASIONAL
PENGENALAN

JOHAN : RM 5,000 BERSERTA PIALA IRINGAN
NAIB JOHAN : RM 3,000 BERSERTA PIALA IRINGAN
KETIGA : RM 1,000 BERSERTA PIALA IRINGAN
10 FINALIS : RM 500 BERSERTA PIALA IRINGAN

PERTANDINGAN PIDATO POLITIK PIALA PERDANA MENTERI 2011 PEMUDA BARISAN NASIONAL
PENGENALAN



Politik menyediakan lapangan yang luas bagi mereka mahu bangkit membela kebenaran, keadilan dan apa jua teras perjuangan yang mendasari kesarwajagatan agama, bangsa dan negara. Sekian lama politik telah menyediakan pentas untuk ahlinya bercakap dan bersuara dari ruang yang mampu mengubah dogma dan paradigma rakyat. Soalnya, apakah hari ini ruang politik yang sejarah asalnya ikhlas, bersih dan sihat dalam membela dan menegakkan hak rakyat telah digendangkan oleh pemalu yang benar-benar jujur berjuang kerana bangsa dan negara? Sudah tiba masanya, Barisan Nasional sebagai parti yang gah ke hadapan mempromosikan budaya pidato yang sihat dan positif.



Di negara-negara luar, sudah berkumandang suara mahukan anak-anak muda kembali ke pentas pidato. Suara anak-anak muda ini lazimnya segar, bertenaga, sarat dengan idea, futuris, ikhlas dan berani. Justeru, Pemuda dan Puteri Barisan Nasional sebagai antara sayap penting UMNO sudah selayaknya diberi peluang untuk berdiri di setiap pelusuk pentas politik negara. Potensi dan bakat yang dimiliki oleh golongan ini perlu diserlahkan dan digilap agar pesona sebenar orator politik tulen mampu membajai semangat juang anak bangsa yang lain. Namun, kemahiran retorik dan berpidato ini perlu diterapkan dengan prinsip, kaedah dan pengamalan yang betul supaya pengaruh yang wujud dari ruang ucapan itu mampu membawa keadilan yang sebenar.



Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri 2011 ini adalah satu inisiatif daripada Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Malaysia untuk melahirkan Pemidato Lelaki dan Wanita Muda yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai Penceramah Muda Barisan Nasional. Pertandingan ini dianjurkan bagi membolehkan semua anak muda yang mempunyai bakat berpidato berpeluang menyumbang secara terus kepada parti samada mereka mempunyai jawatan atau tidak di peringkat bahagian. Pertandingan ini juga diharapkan dapat memastikan bahawa pelapis kepimpinan Pemuda dan Puteri terdiri daripada mereka-mereka yang mampu berucap dengan baik sekaligus menjadi jurubicara parti.



Objektif Program.

Mencungkil bakat baru sebagai Pemidato Muda BN.
Melahirkan Pemidato Muda yang mantap dalam penguasaan isu semasa.
Memberi keyakinan kepada anak muda supaya berani melontarkan pandangan dan pendapat mereka berhubung sesuatu isu.



Tentatif Program.

Pertandingan akhir peringkat kebangsaan akan berlangsung pada 28 hingga 29 November di Dewan Tun Abdul Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (Seberang Sungai). Saringan akan diadakan dari 12 hingga 26 November di 5 Zon iaitu :

- Zon Tengah 13hb November 2011 di Hotel UITM, Shah Alam
- Zon Pantai Timur 18hb November 2011 di Dewan Menteri Besar Pahang, Kuantan
- Zon Utara 19 November 2011 di Vistana Hotel, Pulau Pinang
- Zon Selatan 25 November 2011 di Puteri Pan Johor Baharu
- Zon Sabah / Sarawak 26hb November di Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah

Peserta.

Pertandingan ini dibuka kepada ahli-ahli Pergerakan Pemuda dan Puteri BN negeri-negeri di Malaysia serta anak muda berbilang bangsa yang berusia bawah 40 tahun yang melepasi saringan awal.
Setiap pemenang tempat Pertama hingga Kelima di peringkat Zon akan bertarung di peringkat kebangsaan.



Format Pertandingan

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian di peringkat akhir. Setiap peserta akan bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut. Tema pertandingan pidato ini ialah “SUARA GENERASI 1 MALAYSIA”

Bahagian Pertama

Pemidato akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah disediakan terlebih dahulu.

Bahagian Kedua

Pemidato akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan atas skop bebas yang akan dikemukakan oleh Hakim (Bahagian Kedua Untuk Peserta Akhir Sahaja). Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai pertandingan pidato bahagian pertama

Syarat-syarat Berpidato

Pemidato diberi masa 7 minit untuk menyampaikan pidato mereka.

Loceng akan dibunyikan sekali, satu minit sebelum tamat, dan dua kali bila tamat.

Sebarang penyampaian selepas loceng penamat dibunyikan tidak dipertimbangkan untuk pemberian markah.

Pemidato yang membaca nota atau teks semasa berpidato akan dipotong markah persembahan.

Kritikan terhadap isu-isu yang sensitif berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang sama sekali.

Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang.

Pengerusi Pertandingan berhak menegur pemidato-pemidato yang melanggar peraturan-peraturan di atas.

Pemilihan Tajuk.

Bahagian A.

Pemidato hendaklah memilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini :

TAJUK PIDATO
PERTANDINGAN PIDATO POLITIK
PIALA PERDANA MENTERI

1. Muafakat Bangsa, Negara Terbela
2. Budaya Bangsa Malaysia, Mekanisme Perpaduan
3. Petunjuk Prestasi Utama Teras Kecemerlangan Kepimpinan Negara
4. Sejauh mana GTP, PTP Dan ETP dirasai rakyat?
5. Hak Asasi Manusia Teras Keharmonian Sejagat
6. Penghayatan Rukunegara Penentu Kecemerlangan Malaysia
7. 1 Malaysia Kunci Kesejahteraan Negara.
8. Budget 2012 – Siapa Yang Tidak Realistik?
9. Perlembagaan : Pusaka yang Perlu dijaga
10. Budaya Memfitnah, Trend Politik Masa kini?
11. Beza Berpolitik Untuk Kukuh Agama Dengan Guna Agama Untuk Kukuhkan
Politik
12. Hak Asasi Manusia Teras Keharmonian Sejagat
13. Perang: “Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu”
14. Hudud – Di antara Tuntutan Syarak Dan Modal Politik
15. Anak Muda Kini Hanya Berfikir Soal Ekonomi Diri?
16. FELDA – Pengusaha Ladang Terbaik Atau Pengusaha Yang Muflis?
17. Warisan Seni dan Budaya, Tunjang Kecemerlangan Sejagat
18. Adakah Dunia Tanpa Semapadan Pemacu Kegemilangan?
19. Mampukah Malaysia Mencapai Taraf Negara Maju?
20. Kecemerlangan Pendidikan Perlu Dikongsi Bersama
21. ISA – Antara Menjaga Keamanaan Dan Hak Asasi Individu
22. Perubahan Demi Kebaikan Dan Perubahan Demi Kuasa, Apa bezanya?
23. Perpaduan UMNO-PAS, Apa faedahnya?
24. Keadilan Ekonomi, Teras Keamanan Negara
25. Kepimpinan Berintegriti, Bangsa Bermaruah
26. Komunis - Pejuang atau Petualang?
27. Wajarkah Demonstrasi Menjadi Tunjang Demokrasi?
28. Kebejatan Moral Pemimpin Mempengaruhi Rakyat
29. Antara Mendapat Segulung Ijazah dan Berpolitik di Universiti, mampukah
ia seiring?
30. Sebarang Tajuk Yang Peserta Pilih Dan Diluluskan Penganjur

Peraturan Pemarkahan

i) Isi ( 35 markah )

Pemidato akan diadili dari segi pengutaraan 3 isi yang bernas, data-data dan bahan-bahan yang tepat serta logik termasuk penghuraiannya.

ii) Bahasa ( 25 markah )

Pemidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku ( struktur dan sebutan ), gaya bahasa yang berkesan, dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

iii) Gaya ( 25 markah )

Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, meyakinkan, menunjukkan gaya yang menarik dan persembahan susunan isi yang tertib. Pemidato akan dipotong 5 markah maksimum jika isi pidatonya mengandungi kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti politik, agama, bangsa, kebudayaan dan peribadi, serta menunjukkan perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan.

iv) Adab (10 markah)
Adab ini akan dinilai berdasarkan kepada kesopanan pemidato.

*Bonus (5 markah), bergantung kepada hakim.

SALAH SATU CONTOH PIDATO DI VIDEO DIBAWAH.




Pembahagian Markah Pidato Bahagian B (Untuk Peringkat Kebangsaan)

i) Isi (40 markah)
ii) Huraian isi (30 markah)
iii) Contoh (30 markah)

*Pemidato juga akan dinilai dari aspek kelancaran berhujah dan kebernasan idea yang disampaikan.



INGIN MENCUBA?


HANYA SMS NAMA PENUH, NO HP, NO IC DAN ALAMAT PENUH KE :


1. LOKMAN ADAM
HP 0123320000
BB PIN 280BF393
TWITTER @LokmanAdam
FB Lokman Adam II


2. MOHD FITRI

HP 0122306304
BB PIN 2173944D
TWITTER @Mohamad_Fitri
FB Mohamad Fitri


3. ARMAN AZHA

HP 0122277266
BB PIN 2700149D
TWITTER @Armand_PJU
FB Armand Azha

4. ZAIDEL BAHARUDDIN
HP 0192220145
BB PIN 2312BF05
TWITTER @Sinatra_Z
FB Sinatra_Z
Post a Comment