Thursday, January 12, 2012

JOHN MALLOT,ANWAR AND AL-GORE.?



John Mallot Sahkan Anwar Agen Yahudi !

Bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott, dalam tulisan terbarunya kepada Malaysiakini mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah anti-Yahudi, sebaliknya masih konsisten mempunyai hubungan dengan tokoh-tokoh Yahudi sejak dari menjadi Timbalan Perdana Menteri hingga sekarang.

Tulisan Mallot itu menjawab tulisan Rachel Motte, bertajuk “Anwar Ibrahim Pet’s Defender: Ambassador Mallot’s Credibility Gap” yang mendakwa Anwar adalah seorang teroris di lamannya, newledger.com.



Mallot tidak berpuas hati dengan tulisan Rachel itu dan menghubungi penulis newledger.com itu pada 12 Februari dengan memberi ugutan saman fitnah.
Menurut Mallot sekurang-kurangnya tiga point penting dalam artikel Rachel yang membolehkannya mengambil tindakan undang-undang ke atas penulis itu.

1. bahawa saya (Mallot) membela “seorang lelaki (Anwar) yang mempunyai hubungan terus dengan pertubuhan pengganas, dan lelaki itu (Anwar) adalah anti-Semitik (anti-Yahudi)
2. bahawa “laki-laki dan wanita yang berfikiran rasional mampu melihat perbezaan antara individu yang baik dan buruk, orang yang anda harus sokong, berbanding dengan individu yang anda harus jauhi,” dengan menyifatkan saya bukan individu yang berfikiran rasional (kerana menyokong Anwar).
3. bahawa saya (dengan menyokong Anwar) telah “dibutakan dengan anti-Semitik secara jelas dan turut menyokong sebuah pertubuhan yang menyokong keganasan.”



Berdasarkan tiga perkara penting di atas, Mallot membuat penegasan, beliau lebih mengenali siapa Anwar dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan Anwar Ibrahim adalah anti-Yahudi dan terlibat dengan kumpulan pengganas.

“Sebagai bekas duta besar ke Malaysia, saya mempunyai akses kepada laporan perisikan, dan saya dapat mengesahkan dengan pasti bahawa Anwar tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana organisasi pengganas."

“Selanjutnya, Anwar terus menjadi sahabat kepada bekas Naib Presiden AS, Al Gore, bekas setiausaha Pertahanan AS, William ‘Bill’ Cohen, dan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS, Paul Wolfowitz“, tegas Mallot.



Menurutnya lagi, Anwar tidak akan mempunyai sahabat di kalangan tokoh-tokoh Yahudi, jika sekiranya beliau anti -semitik, terutamanya Paul Wolfowitz yang dianggap Anwar sebagai ‘sahabat rapat’, sedangkan tokoh Yahudi itu merupakan aktivis zionisme dan menjadi arkitek perang di dunia Islam, ketika menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan AS.



“Tidak akan ada tokoh-tokoh (AS) yang mahu meneruskan hubungannya dengan Anwar jika beliau mempunyai hubungan rapat dengan pengganas.

“Selanjutnya, Anwar tidak akan dibenarkan memasuki AS, jika beliau mempunyai hubungan (dengan pengganas) itu. (Dan beliau berada di sini, minggu lepas ).

“(Sudah tentu) Paul Wolfowitz (seorang Yahudi) tidak akan menjadi teman Anwar jika Anwar adalah anti-Semitik”, tegasnya lagi.

Hujah Mallot dibenarkan memasuki AS mempunyai asas yang kukuh, kerana tokoh-tokoh Islam yang pernah disenaraihitamkan AS sebagai pengganas Islam sudah disekat melalui tapisan yang ketat di peringkat imigresen lagi.

Minggu lepas, Anwar berada di New York dan Washington untuk memberi syarahan di Asia Society, Universiti Georgetown dan New America Foundation serta mengadakan sidang media dengan CNN dan National Press Club. Klik di sini, di sini sini di sini dan di sini



Lebih menarik lagi, Paul Wolfowitz dan John Mallot turut hadir semasa Anwar berucap di New America Foundation, Washington DC. Anwar juga turut mendakwa beliau turut mengadakan mesyuarat tertutup dengan tokoh-tokoh penting pentadbiran AS dari Jabatan Negara, White House dan Majlis Keselamatan Nasional (NSC).
Rekod Hubungan Anwar – Yahudi Kekal



Sambil menolak dakwaan Anwar sebagai anti-semitik, Mallot yang masih memantau karier politik Anwar semasa beliau menjadi duta AS ke Malaysia (1995-1998), sehingga sekarang, mengesahkan hubungan Ketua Umum PKR dengan tokoh-tokoh Yahudi itu masih kekal.

Menurutnya, fakta ini turut disahkan oleh penulis terkemuka AS, Ian Buruma dari The New Yorker.com yang mendakwa ‘Anwar Ejen Yahudi’ merupakan salah satu faktor Anwar dipecat dari kabinet.



“Ketika Anwar ditendang keluar dari kabinet pada tahun 1998, Mahathir yang menuduh George Soros dan konspirasi Yahudi yang menyebabkan krisis ekonomi Asian pada tahun 1997 telah memberi taklimat kepada kabinetnya tentang hubungan Anwar dengan Yahudi dengan menyebut kawan-kawan Anwar seperti Robert (Bob) Rubin, Bill Cohen, James (Jim) Wolfensohn, Paul Wolfowitz, dan lain-lain lagi. Semuanya tokoh Yahudi, dari Amerika Syarikat.

“Kisah kedua dalam penulisan (Ian) Buruma adalah kenyataan Mahathir yang paling popular dengan mengatakan bahawa Anwar mungkin boleh menjadi “Perdana Menteri Israel Yang Baik “, kata bekas duta AS itu lagi.

IIIT Pernah Disiasat FBI
Sambil mengakui Anwar terlibat dengan IIIT (International Institute of Islamic Thought) yang berpengkalan di Virginia, AS dan badan itu pernah digeledah oleh FBI (Federal Bureau of Investigation) selepas peristiwa 11 September, namun menurut Mallot sehingga kini, badan itu tidak disenaraihitamkan oleh AS sebagai pengganas.
“Kerajaan AS pun tidak pernah memfailkan saman terhadap IIIT. Kerajaan AS (juga) tidak pernah senaraihitamkan (IIIT) sebagai pertubuhan pengganas dan kerajaan AS tidak pernah menutupnya”, tegas Mallot.

Kenyataan Mallot ini bercanggah dengan kenyataan Ben Johnson Ketua Editor, FrontPage Magazine yang menyatakan IIIT termasuk dalam senarai pemerhatian kerajaan AS, dan tokoh-tokohnya turut disiasat, manakala Ahmad Totonji pula dinamakan sebagai defenden kepada tuntutan keluarga yang mati akibat serangan 11 September.

Selain terlibat dengan IIIT, Totonji turut terlibat dalam WAMY (World Assembly Of Muslim Youth), SAAR Foundation (SAFA) dan ADAMS (All Dulles Area Muslim Society).

Pada 20 Mac 2002, melalui ‘Operasi Green Quest’, agen FBI telah mengeledah sederetan rumah yang beralamat di “Grove Street” (500 dan 555 Grove) di Herndon, Virginia) merupakan pusat lebih dari 100 organisasi Muslim dan pusat perniagaan, diketuai oleh Jamal Barzinji, sahabat akrab Totonji dan Anwar yang sama-sama menubuhkan IIIT.



“Lebih daripada 100 organisasi (perniagaan tanpa keuntungan) telah beroperasi dari dua alamat itu (500 dan 555) selama bertahun-tahun, yang paling terikat dengan Kumpulan Safa, salah satu daripada syarikat Barzinji.



“Pengerusi ADAMS adalah Ahmad Totonji, kelahiran Iraq dan warganegara Arab Saudi dan (merupakan) target utama dalam Operasi Green Quest.



“Totonji juga dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan satu trillion US Dollar yang difailkan oleh lebih 600 ahli keluarga yang mati semasa peristiwa serangan 9/11.
“Operasi Green Quest juga turut menggeledah rumah Abdul Hamid Abu Sulaiman, bekas presiden IIIT; Jamal Barzinji, Pengarah IIIT, dan Hisham Al-Talib, Pengarah IIIT”, kata Johnson.


KITA PUNYA AKAL DAN FIKIRAN KURNIAN ALLAH SWT..NILAIKAN DENGAN KEMATANGAN.
Post a Comment