Sunday, February 5, 2012

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor "Wanita Alaf Baru Abad ke 21"





Salam sahabat-sahabat yang saya hormati.

Tak habis-habis pihak PR berterusan menyerang keluarga YAB Dato Seri Mohd Najib bin Abdul Razak. Tapi ucapan tahniah pada pihak mereka bila mereka berterusan menyerang kepimpinan Beliau ianya jelas menunjukkan YAB Dato Seri Mohd Najib bin Abdul Razak konsisten dalam gerak kerja pada rakyat Malaysia. Bila serang pemimpin no 1 negara tidak ditembusi, pihak mereka menyerang keluarga beliau pula.

Kini kita lihat, serangan yang bertubi-tubi dan tak masuk akal pada isteri YAB Dato Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, iaitu Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ialah isteri Perdana Menteri Malaysia ke-6 Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak. Beliau dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 1951.



Dalam masyarakat traditional, peranan kaum wanita adalah terhad kepada peranan pembantu (supporting role) kepada kaum lelaki sepertimana Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang bertungkus lumus membantu YAB DS Najib. Ini dapat dilihat daripada jenis-jenis tugas yang mereka lakukan, umpamanya peranan mereka dalam pekerjaan sawah adalah untuk membantu suami mereka seperti menyemai, mengubah dan menuai. Dalam membangunkan keluarga masing-masing, wanita zaman traditional menjalankan tugas seperti mencucuk atap, membela ayam itik dan lain-lain sebagai membantu peranan lelaki yang lebih besar dan pokok dalam kehidupan keluarga dan masyarakat keseluruhannya.



Hari ini para isteri moden mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap kebajikan suami berbeza dengan masa dahulu. Mereka tidak lagi memegang peranan hanya sebagai tukang masak dan pengasuh kanak-kanak sahaja, malah mereka harus pada waktu yang sama menjadi penyambut tetamu yang baik, setiausaha yang cekap, pengarah yang tegas dan menteri yang berkalibar dan sebagainya.Datin Paduka Seri Rosmah Mansor "Wanita Alaf Baru Abad ke 21", wanita hari ini telah mempunyai imej dan tanggugjawab sosial yang berbeza sesuai dengan kehendak dan perubahan zaman.

Imej-imej dan tanggungjawab sosial seperti yang dibawa oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ini akan membawa kepada perubahan di mana peranan kaum isteri ini dilihat adalah amat besar dalam terus memberi sumbangan dalam pembangunan negara. Dalam pada itu juga, seperti yang disuarakan oleh pemimpin peringkat nasional tentang krisis institusi keluarga di kebanyakkan negara dapat dikategorikan sebagai serius. Kesan dan implikasi terhadap krisis ini akan memberikan kerugian jangka panjang kepada negara terutamanya terhadap penghasilan golongan intelektual dan berkebolehan.





Wanita hari ini kian bergerak maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kemahiran pekerjaan kepimpinan dan sebagainya. Keadaan wanita boleh dibanggakan berbanding lebih lima puluh tahun dahulu. Kita harus membetulkan tanggapan masyarakat hari ini yang meletakkan wanita sebagai pihak kedua dalam pembangunan. Ini adalah kerana tuntutan untuk memperkemaskan generasi dan ummah yang akan datang tidak lagi hanya dibebani pada bahu lelaki tetapi sebaliknya memerlukan sokongan dan dokongan wanita. Apabila kita mengatakan wanita itu amat penting dalam masyarakat dan negara ia boleh ditafsirkan sebagai melengkapi antara satu sama lain.

Memang kita akui wanita sendiri kadangkala tidak dapat melakukan sesuatu kerja sepertimana lelaki namun dalam sesetengah keadaan golongan lelaki juga tidak boleh melakukan sesuatu kerja yang boleh dilakukan oleh wanita khususnya gerak kerja seperti Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Justeru itu kita harus ingat bahawa tanggapan ini harus dibuat secara positif dan rational. Kita tidak harus meletak wanita sebagai golongan lemah kerana mereka juga berkemampuan dan berkredibiliti. Wanita sebagai isteri, ibu dan tidak kurang juga sebagai pemimpin.



Maka wanita harus mengubah paradigma untuk melihat bahawa mereka juga mampu bersama-sama setaraf dengan lelaki dalam semua keadaan. Dalam Islam ketokohan saidatina Khadijah sebagai tokoh korporat dan ahli perniagaan yang berjaya menjadi inspirasi wanita dan lelaki. Tidak kurang juga ketokohan Aisyah sebagai seorang ilmuan dan pakar rujuk kepada sahabat dan keluarga baginda rasul telah membuktikan bahawa Islam meletakkan wanita pada tempat yang tinggi.

Lihat sahaja gerak kerja beliau yang aktif dalam persatuan yang membantu rakyat.

-Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti)
-Penaung Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia
-Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia
-Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
-Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (PENCINTA)
-Persatuan Thalasemia Malaysia
-Pengerusi Jawatankuasa Kerja Permata Negara.



Pada pihak PR cukup-cukup lah menanam politik kebencian ni, jika nak bandingkan gerak kerja Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dan Datin Wan Azizah, ibarat langit dan bumi jauhnya, tapi jelas kita lihat kematangan pihak Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang tidak buat begitu, tetapi lebih fokus dan konsisten berterusan membantu YAB Dato Seri Mohd Najib bin Abdul Razak untuk membantu rakyat secara konsisten.

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor "Wanita Alaf Baru Abad ke 21".
Post a Comment