Monday, March 12, 2012

RONNIE LIU MB SELANGOR YANG BARU, TAK BENAR KUBUR ISLAM DI SHAH ALAM





RONNIE LIU TAK BENARKAN KEWUJUDAN KUBUR ORANG ISLAM DI SHAH ALAM... UNTUK CINA TAK APA!!!

Kalangan pecacai Pakatan mahupun mereka yang sudah mula malu nak mengaku mereka sebenarnya adalah pecacai Pakatan, masih lagi menaruh harapan, fantasi mereka yang Pakatan Rakyat di Selangor benar-benar telus dan bersih sebagaimana yang seringkali dilaung-laungkan dalam setiap ceramah dan kempen.



Bagaimanapun, ianya tidak sepertimana yang difantasi atau diangan-angankan. Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat merupakan sebuah Kerajaan Pelakon dan Sandiwara yang sangat hebat.

Kes dua status tanah perkuburan yang sama sekali berbeza melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam sekaligus memperlihatkan betapa double-standard nya Pakatan Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor.

Portal SEL13.COM mendedahkan tentang dua bidang tanah perkuburan iaitu Tanah Perkuburan Islam Kota Kemuning yang telah ditentang dan dihalang oleh 147 orang bukan Islam yang hanya berkeluasan 5.5 hektar berbanding Tanah Perkuburan Komersil Cina di Seksyen U14 berkeluasan 49 ekar yang dibangunkan secara haram melanggar undang-undang.



Kalau betul telus dan bersih, mengapa tanah perkuburan Islam yang telah diwartakan, tidak dibenar guna dan boleh pula dibawa ke mahkamah? Bagaimana dengan jenazah-jenazah yang telah dikebumikan di situ? Adakah Ronnie Liu akan mengarahkan jenazah-jenazah tersebut dikorek semula untuk ditempatkan di tanah perkuburan lain atau semuanya akan dibuang ke dalam sungai dan laut sepertimana yang dilakukan oleh SEORANG AHLI DAP terhadap jenazah jutawan kosmetik, DATUK SOSILAWATI LAWIYA?



Kalau betul telus dan bersih, mengapa Tanah Perkuburan Komersil Cina yang berstatus haram dibiarkan dan keengganan serta besarnya kepala syarikat berkenaan yang enggan membayar premium tanah, tidak diambil sebarang tindakan? Mengapa tiada seorang pun PECACAI PAKATAN yang sangat sensitif berhubung dengan sebarang tindakan UMNO-BN, bersuara dalam hal ini?



Rakyat, penduduk dan pengundi di Selangor perlu tahu hal ini. Rakyat, penduduk dan pengundi di Selangor perlu sedar, bagaimana layanan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada orang Islam, sehinggakan tanah perkuburan untuk orang Islam pun mereka sendiri tentang dan cuba halang, sedangkan tanah perkuburan komersil, biarpun berstatus haram, mereka sokong!!! ( TERIMA KASIH FLYING KICK)
Post a Comment