Sunday, March 11, 2012

RONNIE LIU MB SELANGOR YANG BARU, KHALID TERUS TERGAGAP





HOT NEWS !!! PERLANTIKAN AHLI MAJLIS PAKATAN HARAM DI SELANGOR JADI KACAU BILAU ??? APA CERITA NI ???




selama saya hidup dan berkecimpung rapat dalam politik semasa negara,inilah rasanya kali pertama rasanya saya dengar timbul masalah dalam soal perlantikan Ahli Majlis di negeri-negeri.Tulisan saya ini merujuk kepada perbalahan terbuka antara Ronnie Liu dan Khalid Ibrahim @ Gagap dalam soal perlantikan Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan di Selangor.



Khabarnya Ronnie Liu telah memadamkan nama 6 orang dari senarai 90 orang Ahli Majlis yang dikemukakan oleh partinya sendiri DAP tanpa mendapat ‘perkenan’ pimpinan tertinggi parti tersebut terlebih dahulu dan menggantikan dengan nama pilihannya sendiri.Betul ker Ronnie Liu ???



Bercakap soal Ronnie Liu ini,dia adalah orang yang dituduh melindungi kegiatan haram pelacuran yang berselindung di sebalik rumah-rumah urut yang semakin bersepah di Selangor sekarang ini.Tidak ada siapa dalam pentadbiran Selangor yang berani menegurnya,menyebabkan kegiatan tersebut semakin capai tahap tidak terkawal sekarang,sehinggakan nak dapat kebenaran buka panggung wayang pun lebih susah dari rumah urut.Semuanya adalah atas pengaruh kuat Ronnie Liu ke atas PBT-PBT di Selangor yang terletak dibawah bidang kuasa portfolionya.Mudahnya soal pelacuran di Selangor,sehinggakan ketua umum sebuah parti politik tidak payah bersusah payah ke luar negara melepaskan gian,dalam negara pun boleh tapi terakam pula secara tidak sengaja.



Kalau DAP pusat pun dibelakangkan Ronnie Liu,maksudnya Khalid Gagap selaku Menteri Besar pun tidak dimaklumkan jugalah mengenai perubahan ini.Walhal mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor,dia adalah orang yang paling berhak dalam soal perlantikan ahli Majlis bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.Kalau Khalid Gagap dimaklumkan,tidaklah upacara angkat sumpah ahli Majlis,Majlis Perbandaran Petaling Jaya pada Rabu dibatalkan !!!!



Sementara Ronnie Liu dilaporkan sebuah portal berita pro pembangkang mendakwa dirinya mempunyai hak dalam soal perlantikan ahli majlis berikutan portfolionya yang berkuasa ke atas pentadbiran PBT di Selangor.



Soal siapa yang berhak atau tidak itu bukan persoalan,persoalannya sekarang ialah bagaimana ‘hal yang bukan hal ’ di negeri-negeri lain ini boleh menjadi isu yang besar di Selangor ???



Baru cakap soal nak lantik ahli Majlis,bukan nak cakap soal lantik jawatan yang lebih besar dan penting lagi. Tidak hairan kenapa 3 jawatan penting dalam pentadbiran semua kerajaan negeri adalah terletak di bawah pentadbiran kerajaan persekutuan iaitu Setiausaha Negeri,Pegawai Kewangan dan Pegawai Undang-undang.Kalau diberi kepada puak-puak ini untuk menentukannya, nescaya kelam kabutlah.Seperti yang kita lihat dalam soal perlantikan ahli Majlis di Selangor inilah,kecil punya masalah pun boleh berlarutan, sebab semuanya nak tunjuk siapa yang lebih berkuasa.



Sumber Mengatakan,setiap Exco DAP di negeri Selangor adalah berkuasa mutlak ke atas portfolio masing-masing kerana ‘saham’ mereka yang besar di Dewan Undangan Negeri dan Pakatan Rakyat itu sendiri.Saya Lihat,cakap-cakap itu sudah mula menjadi kenyataan sekarang.Memang benarlah seperti yang sering diwar-warkan,kelompok ini tidak layak memimpin kerajaan negeri kerana pakatan yang dikatakan sangat kukuh itu sebenarnya sangat rapuh,serapuh dahan kayu yang sudah lumat dimakan anai-anai.Kerana itu tidak ada yang berani mendaftarkannya sebagai sebuah pertubuhan yang sah kerana tahu masing-masing tidak boleh berkongsi matlamat perjuangan yang sama dek idealogi masing-masing yang jelas berbeza.



Cuba bayangkan bagaimana puak-puak ini nanti kalau rakyat meletakkan mereka sebagai pemerintah kerajaan persekutuan ??? Baru cerita nak lantik ahli Majlis pun dah berebut-rebut macam orang sasau,nak lantik menteri Kabinet lagi lah.Agaknya itu adalah antara sebab kenapa sehingga sekarang Pakatan Haram masih tidak berani membayangkan ‘kabinet bayangan’ mereka kepada rakyat Malaysia seperti yang sering di desak Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.

Takut yang itu nanti boleh menyebabkan masing-masing berbunuhan sesama sendiri pulak gamaknya.

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment