Thursday, March 8, 2012

SELANGOR DITABIR OLEH KANGGARU PR, ABIS PKNS


Menteri Pertanian Datuk Seri Noh Omar hari ini meminta kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat, yang kononnya telus dalam pengurusan, mendedahkan sumber kewangan yang diperolehi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Noh, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, berkata ini kerana simpanan tunai itu didapati meningkat dari RM8.3 juta pada 2008 kepada RM114 juta tahun lepas.



Beliau mempersoalkan kenyataan negeri Selangor, menerusi laporan SelangorKini terbitan hari ini, yang mendakwa kenaikan prestasi kewangan PKPS hasil kecekapan pengurusan kerajaan pembangkang itu.



Noh berkata beliau difahamkan hasil itu sebenarnya meningkat daripada penjualan tanah PKPS seluas 12,000 hektar di Sarawak kepada sebuah syarikat semasa pemerintahan BN, yang transaksi jual beli itu selesai pada 2010 dengan nilai RM97 juta.

"Adakah dengan mendapat hasil jualan tanah boleh dikatakan kerajaan Selangor sebuah kerajaan yang cekap?," katanya.

Terdahulu, beliau merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Tiram Jaya di sini :BERNAMA.

KALAU MAIN JUAL JER ASSET PKNS, NAIKKAN SEWA PENIAGA2 KECIL UTK CANTIKKAN ACCOUNT BUDAK LEPASAN SPM PUN LEH JADI BOSS..ADEIIII NI KAH URUS TABIR YANG BAIK, BARU 1TERM ABIS DIJUAL KALAU LAMA LAGI..INGAT BANGUNAN SUK SELANGOR PUN DI JUALNYA..ADEIIIII..

No comments: