Thursday, March 8, 2012

ISMAIL KAMUS BANTAI PARASIT, PUN SALAH UMNO KER?



Mungkin berbeza dengan Hasan Ali, Ismail Kamus dilihat sewajarnya tampil secara lebih terbuka mengkritik PAS Selangor akibat kegagalan memantapkan membawa Urus Tadbir Negeri berlandaskan Al Qur'an dan Sunnah.

Ini adalah susulan kenyataan beliau yang tidak akan memberi fokus untuk bergiat aktif dalam merebut atau bertanding apa jua portfolio Politik atas faktor kesihatan.



Maka beberapa teman rapat beliau yang juga Pimpinan2 kanan PAS yang bergiat aktid sewaktu beliau memegang jawatan ADUN Gombak Setia sebulat suara telah mendesak bekas ADUN Gombak Setia itu bertindak menegur dengan cara yang lebih 'berkesan' dan tidak hanya bercakap di belakang semata2.

Mereka menjelaskan Ismail Kamus sememangnya kesal dengan tindakan Pimpinan PAS Negeri yang tunduk dengan keputusan Kerajaan yang tidak memilih ADUN2 Parti tersebut memegang jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam.

Ia dilihat agak keterlaluan dan mengiyakan usaha Dato' Dr. Hasan Ali yang sentiasa cuba melaksanakan Enakmen Syariah walaupun dihalang dalam pelbagai bentuk yang akhirnya, gagal dilaksanakan.

"Kita (PAS) boleh bertolak ansur dengan mereka dalam semua perkara sehinggakan sanggup menangguhkan seketika perlaksanaan Hukum Hudud dan Qisas. Nak utamakan persamaan. Akan tetapi jikalau Enakmen Syariah sedia ada pun ditentang untuk dilaksanakan, ia sebagai bukti DAP sememangnya anti Dasar Islam."



Malah puak2 berhaluan kiri dalam Parti (Parasit) telah mengadakan Kempen Besar2 an mereka mengambil kesempatan memfitnah Pemimpin yang menyokong perlaksanaan Dasar Syariah sebagai AGEN UMNO bagi menaikkan rasa benci dari kalangan ahli.

"Agak BODOH jika dilabel Agen UMNO. Kerana dahulu kita menentang UMNO kerana dasar ini (Syariah). Sebaliknya hari ini kita didakwa Pro UMNO pula."

Mereka menerangkan pandangan ini sebenarnya disuarakan oleh Penceramah Bebas Ismail Kamus sendiri yang khuatir PAS akan tersasar jauh dari perjuangan jika terus menerus mengikut rentak politik Pakatan yang memisahkan Dasar Syariah dalam mengaplikasi Urus tadbir Negeri.

"Apa fungsi PAS? Yang dahulu menjadi JUARA dalam menegakkan Dasar Syariah. Kini bukan sahaja gagal, malah tidak lagi memimpin Pengurusan Portfolio Hal Ehwal Agama. Mana dakwah PAS?"



Lebih khuatir apabila dikenalpasti terdapat arahan yang mendakwa segala mengurusan dalam menjalankan Operasi Syariah mengikut Enakmen melibatkan Premis mesti diadakan Mesyuarat Khas yang turut disertai Pemimpin DAP Negeri terlebih dahulu kononnya bagi mengelak percanggahan.


"Lebih baik diberi jawatan itu kepada Teresa Kok jikalau urusan Perlaksanaan Enakmen Syariah pun mesti melibatkan Pemimpin mereka seperti TERESA KOK. Kerana sudah pasti ianya tidak akan sama sekali dapat dilaksanakan mengikut Enakmen Syariah. Telah terbukti 4 tahun pemerintahan Pakatan, tak pernah satu pun mereka setuju. INI FAKTA JELAS. Tidak pernah dalam Sejarah berlaku situasi sedemikian."



Pimpinan Kerajaan Negeri Selangor mewakili DAP seperti Ronnie Liu dan Teresa Kok merupakan antara yang menentang Tindakan Hasan Ali melaksanakan beberapa Enakmen Syariah termasuklah mengurangkan penjualan arak di kawasan Shah Alam dan membuat serbuan Pusat2 Perjudian.

Ianya turut disokong oleh Pemimpin NO. 1 Parasit PAS Selangor, Khalid Samad yang turut menyelar tindakan Hasan Ali.

#KITA LIHAT APA PULAK KOMEN PUAK2 PAS PASAL STATEMENT ISMAIL KAMUS NI, KE MACAM BIASA NI SEMUA SALAH UMNO DAN UMNO DAH BAYAR..ADEIIIII..BUKAK MATA DAN FIKIRAN UNTUK MENILAI NGAN MATANG LAR BEB..

No comments: