Wednesday, April 18, 2012

PEKEMA BANTU RAKYAT, PAKATAN PERTIKAI KENAPA?





Salam Sahabat2 Yang Dihormati,

Menjelang PRU13 Macam2 Cubaan Untuk Menjatuhkan Kerajaan Dan Sebagainya, Terbaru Adalah Pertikaian Dlm Agihan Perniagaan Kenderaaan Import Terpakai Yang Mengunakan AP (Approval Permit).

Mereka Mengatakan Para Pemegang2 AP Adalah Kroni Dan Machai Kepada Kerajaan Hanya Untuk Mendatangkan Kemarahan Rakyat Pada Pihak Pemegang AP Dan Kerajaan. Pertikaian Ini Dibuat Semata Untuk Meraih Undi Kebencian Terhadap Kerajaan Khususnya, Sehingga Terpalit Pada Persatuan Pengimport Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA)

Kenapa Nak Dipertikaikan Hak Meniaga Bumiputra Seperti Mana Telah Termaktub Didalam Perlembagaan Negara. Kita Sebagai Rakyat Malaysia Yang Paham Akan Perlembagaan Negara Tidak Pernah Mempertikaikan Hak Mana2 Kaum, Agama Dan Bangsa.



Malah Jika Kita Nilaikan Orang2 Melayu Khususnya, Tidak Pernah Mempertikaikan Kebenaran Lesen Perniagaan Bagi Kaum2, Bangsa2 Dan Agama2 Lain Kerana Menghormati Hak Mereka.



Orang Melayu/Bumiputra Tidak Pernah Mempertikaikan Lesen Kelab Malam, Lesen Hiburan, Lesen Judi, Lesen Karaoke....Etc Dimana Ianya Di Punyai Oleh Orang Yang Bukan Islam.




Kenapa Bila Ada Perniagaan Yang Membantu Melayu/Bumiputra Di Pertikaikan. PEKEMA Juga Terlibat Dalam Pelbagai Program Kebajikan Utk Masyarakat Dinegara Kita Tanpa Mengira Kaum Dan Agama. Pekema Begitu Konsisten Dalam Program2 Kebajikan Untuk Rakyat Dinegara Kita. Program PEKEMA Termasuk Membantu Anak-Anak Yatim, Ibu Tunggal, Orang Kurang Upaya, Bersama2 Veteran2 Polis Dan Tentera, Program Bersama2 Pelajar2 Universiti, Program2 NGO2 , Program2 Belia Dan Pelbagai Lagi Yang PEKEMA Membantu Dalam Tiap Program Yang Dikatakan Kerana Ianya Menjadi Tanggungjawab PEKEMA.



PEKEMA Bukan Buat Program Setahun Sekali Macam Sesetengah Persatuan, Hanya Buat Program Pada Bulan Ramadhan Sahaja, Tetapi PEKEMA Buat Program Bersama2 Masyarakat Secara Konsisten Boleh Dikatakan Tiap2 Bulan.

Saya Mewakili SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA Teguh Bersama Dan Menyokong PEKEMA Kerana Kami Yakin PEKEMA Satu Persatuan Yang Bertanggungjawab Pada Warganegara Malaysia Tanpa Kira Kaum, Agama Dan Bangsa.

Tahniah PEKEMA.

Berikut Adalah Petikan Kenyataan Presiden PEKEMA Datuk Zainuddin Abd Rahman



Persatuan Pengimport Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) Menegaskan Cadangan Pemansuhan Permit Mengimport (AP) Kenderaan Dari Luar Negara Tidak Boleh Dilaksanakan Kerana Ia Adalah Tertakluk Di Bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Yang Mana Melibatkan Hak Keistimewaan Orang Melayu Dan Bumiputera.

Pengerusi Pekema, Datuk Zainuddin Abd Rahman Menegaskan, AP Adalah Antara Hak Keistimewaan Kepada Masyarakat Melayu Dan Bumiputera, Dan Kabinet Tidak Berkuasa Untuk Memansuhkan AP, Sebaliknya Kuasa Itu Terletak Di Bawah Bidang Kuasa Yang Di-Pertuan Agong Dan Raja-Raja Melayu.

“AP Ini Adalah Termasuk Di Dalam Permit. Sama Seperti Tanah Rezab Melayu, Biasiswa, Memegang Jawatan Dalam Kerajaan Dan Sebagainya. Permit Ini Termasuk Dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, Dan Kabinet Tidak Mempunyai Kuasa Untuk Memansuhkan AP.

“Hanya Yang Di-Pertuan Agong Dan Raja-Raja Melayu Sahaja Yang Berhak Untuk Memansuhkan AP Ini,” Katanya Yang Dihubungi The Malaysian Insider Semalam.

Justeru, Jelas Zainuddin, Cadangan Untuk Memansuhkan AP Adalah Tidak Relevan, Begitu Juga Cadangan Zon Perdagangan Bebas Asia (Afta).

“AP Adalah Antara Inti Pati Dasar Ekonomi Baru (DEB) Yang Paling Berjaya. Mungkin Ia Hanya Perlu Dipinda Supaya Sesuai Dengan Peredaran Zaman.

“Melalui Pemberian AP, Ia Melindungi Hak Keistimewaan Masyarakat Melayu Dan Bumiputera. Di Negara-Negara Barat, Mereka Turut Mempertahankan Hak Bumiputera Mereka,” Tegasnya Lagi.

Jelas Zainuddin, Kesan Langsung Pemansuhan AP Akan Menjejaskan Lebih 70,000 Pekerja Di Sektor Automobil Yang Terlibat, Dan Beliau Mengharapkan Kerajaan Mempertimbangkan Semula Cadangan Untuk Memansuhkan AP Tersebut.

“Dianggarkan Lebih 70,000 Tenaga Kerja Terlibat Dengan AP. Mereka Yang Bekerja Di Pusat Jualan Kereta, Bengkel-Bengkel Di Seluruh Negara, Dan Industri Yang Berkaitan Akan Terjejas.

“Pekema Mengharapkan Kerajaan Mempertimbangkan Semula Cadangan Untuk Memansuh AP Tersebut,” Tambahnya.

“Melalui AP, Kerajaan Tidak Mendapat Sebarang Kerugian, Sebaliknya Memperolehi Keuntungan. Sejak 2010, AP Di Bayar RM10,000 Ribu Kepada Miti (Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri), Malah Pekema Turut Menjalankan Tanggungjawab Sosial Membantu Anak-Anak Melayu.



“Kami Memberikan Biasiswa Untuk Mereka Menyambung Pengajian, Beri Bantuan Kepada Anak-Anak Yatim, Sebagai Sebahagian Daripada Tanggungjawab Sosial Kami.

“Secara Kasarnya, Setiap Bulan, Pekema Akan Memperuntukkan Lebih Seratus Ribu Ringgit Untuk Membantu Golongan Yang Memerlukan, Jadi Tidak Timbul Persoalan AP Ini Hanya Menguntungkan Sesetengah Pihak,” Tegas Zainuddin.

“Orang Yang Dengki Sahaja Yang Sibuk Hendak Mansuhkan AP,” Katanya Merujuk Kepada Sesetengah Pihak Yang Cuba Membangkitkan Perkara Itu Di Parlimen.

Sehubungan Itu, Pekema Telah Menghantar Memorandum Kepada Yang Di-Pertuan Agong Untuk Mempertimbangkan Pemansuhan AP Berkenaan.

“Kami Sudah Menghantar Memorandum Kepada Agong Minggu Lepas, Dan Sekarang Kami Masih Menunggu Jawapan Untuk Diberi Kebenaran Menghadap Baginda.

“Kami Percaya, Dalam Masa Terdekat Pekema Akan Dapat Bertemu Agong Dan Menjelaskan Perkara Sebenar,” Tambahnya Lagi.

No comments: