Wednesday, April 18, 2012

REMPIT UNITED KEARAH EVOLUSI-R



Pertubuhan Rempit Bersatu atau Rempit United (RU) yang dianggotai 200,000 ahli kelab dan persatuan permotoran tempatan berusaha membantu golongan muda bermasalah menyertai aktiviti rempit sebagai satu sukan rekreasi sekali gus mengubah persepsi sinis masyarakat terhadap mereka.

Presidennya, Wazi Abdul Hamid berkata, RU yang mendapat kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) bermatlamat menyemai semula nilai positif kepada golongan muda untuk menjauhkan Mat Rempit daripada terjebak aktiviti tidak sihat termasuk jenayah.



“Justeru, menerusi RU kami menggunakan pendekatan rakan dan berusaha menjadi pendengar kepada mereka untuk meluahkan masalah seterusnya membantu mencari penyelesaian. “Antara tindakan dilakukan termasuk mendapatkan pekerjaan dan sebagai perantara menyuarakan pandangan mereka kepada kerajaan.



“Melalui program ini juga, kami menyediakan landasan betul untuk remaja membabitkan diri dengan aktiviti rekreasi lebih produktif dan kami akan melobi kerajaan bagi membina kemudahan trek dan fasiliti untuk aktiviti rempit,” katanya pada sidang media sempena pelancaran Rempit United, di sini, semalam.

Hadir sama, penerbit filem, David Teo, pelakon, Adi Putra serta pelumba veteran, M Meganathan dan Sharun Nizam Tamin.

Program turut mendapat kerjasama selebriti lain termasuk Intan Ladyana dan Sari Yanti serta pelakon aksi wanita, Ilia Iryani manakala Metrowealth International Group pula akan menerbitkan drama dokumentari mengenai isu itu.



Saya rasa ini satu gerakan yang baik bagi memperbetulkan persepsi negatif terhadap anak muda yang minat dalam permotoran, daripada kita terus COP mereka sebagai sampah masyarakat dan biarkan mereka sahaja tanpa bantuan atau bimbingan, adalah lebih baik kita dekati mereka dan cari jalan penyelesaian bagi mereka.



Kita harus paham denyutan nadi dan harapan mereka, mereka juga warganegara Malaysia, mereka juga punya hak sebagai rakyat negara ini.

Saya mewakili SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA akan berdiri teguh dan menyokong Program REMPIT UNITED ini sebagai satu langkah TRANSFORMASI Evolusi Anak2 Muda Yang Minat Permotoran.



ANAK MUDA PERLUKAN BIMBINGAN MORAL YANG POSITIF UNTUK MENJADIKAN MEREKA MODAL INSAN BERGUNA UNTUK KITA KEARAH NEGARA MAJU, JANGAN KITA TOLAK ATAU SENANTIASA MEMBERIKAN ANGGAPAN NEGATIF TERHADAP MEREKA, BUAT KATA ORANG LAMA2 "JANGAN KERANA NILA SETITIK, ROSAK SEBELANGER"

EVOLUSI ANAK MUDA 1 MALAYSIA, REMPIT UNITED KEARAH EVOLUSI R

No comments: