Monday, July 23, 2012

"Kami Anak Merdeka" Rempit United

KUALA LUMPUR -Laungan "Kami Anak Merdeka" Suara Anak Muda 1Malaysia menyokong usaha Rempit United ni turut tidak melepaskan peluang melakukan kerja-kerja amal sepanjang bulan Ramadhan ini. Ni menunjukkan semangat anak merdeka yang sayangkan negara.

Suara Anak Muda 1Malaysia Bersama2 Dlm Program "Jangan Lupa DERR", Program Agihan 50,000 Bungkus Bubur Lambuk Seluruh Malaysia Oleh Rempit United Hari ini. Salah Satu Lokasi Hot Di Depan DBKL Kg Baru(Kedai Nasi Lemak Pak Hassan) Hari Ni Kul 3ptg & Temui Wazi Abd Hamid, Adi Putra ,Intan Lidyana & Sari Yanti , Kami Anak Merdeka, Kami Sayangkan Malaysia

Pertubuhan Penunggang Motorsikal Bersatu Malaysia atau Rempit United (RU) yang dianggotai oleh golongan anak-anak muda yang gila bermotorsikal ini diketuai oleh jaguh permotoran negara Wazi Abdul Hamid Evolusi perubahan untuk membantu anak2 muda rempit memahami mereka juga anak merdeka dan juga mempunyai tanggungjawap pada negara.






Wazi Abdul Hamid - Presiden Rempit United
Rempit United yang ditubuhkan bertujuan untuk memastikan golongan anak muda yang gila bermotorsikal atau 'mat rempit' tidak dihukum sewenang-wenangnya dan dipandang serong oleh masyarakat kita. Satu kampung ngan saya daripada Tambun Perak



Selain itu Rempit United turut menyediakan platform yang baru kepada golongan 'mat rempit' untuk mempamerkan bakat serta kebolehan mereka dalam bidang permotoran melalui cara yang betul. Serta memberikan peluag kedua dalam hidup mereka untuk berubah kearah hidup yang lebih positif. Kini program-program sukarelawan disertai oleh mereka serta dapat membuangkan persepsi negatif masyarakat terhadap mereka.



Melalui penganjuran program kebajikan sebegini, sedikit sebanyak dilihat dapat memperbetulkan kembali tanggapan negatif masyarakat serta membuktikan bahawa golongan anak muda yang dilabel sebagai'mat rempit' atau samseng jalanan ini juga mampu melakukan kerja-kerja amal kebajikan jika mereka diberikan peluang.







Selain Wazi Abdul Hamid dua artis popular tanahair iaitu Adi Putra dan pelakon genit Sari Yanti turut bersama memeriahkan lagi pengagihan 'Bubur Lambuk Percuma' Rempit United





Ribuan warga kota tidak lepaskan peluang untuk menikmati keenakan bubur lambuk percuma dari Rempit United serta beramah-mesra bersama dua selebriti popular ini pada 23 Julai 2012 (Isnin) di Jalan Raja Abdullah berhadapan dengan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) jam 3.00 petang.

No comments: