BANGSAWAN OLEH GENERASI MUDA KINI |
Para Sahabat2 Yg Suka Akan Perjuangan Anak Muda Dlm Bidang Teater Bangsawan, Saya Ingin Memaklumkan Saya Membantu Anak2 Muda Kreativiti Ini Utk Jualan Tiket Teater Mereka Yg Bernilai rm5 Sahaja, JOM PAKAT BELI Tiket, Support Anak2 Muda Berkarya...
.
BERSAMA SENIMAN BANGSAWAN NEGARA YBHG RAHMAN B |
Rakan2 Koporat, Sahabat2 Pemimpin2 Muda, Rakan2 Media Dan Sahabat2 Yg Sayang Akan Perjuangan Anak Muda, JOM Support Teater Ini, Warisan Generasi Lama Di Adaptasi Oleh Generasi Baru...Hanya RM5 Sahaja!!!! Sila Hubungi Saya Pd Yg Nak Support Mereka!!!
Armand Support Anak Muda
JOM SUPPORT ANAK2 MUDA BERKARYA |
Bonda kepada Puteri Sahira iaitu Ratu Raja Latifah difitnah bermukah dengan Ameer Jaafar,lalu kekandanya Raja Sultan Thaqif menjatuhkan hukuman pancung kepada mereka berdua tanpa usul periksa.Fitnah yang sengaja direka oleh Putera Muda Amsyar Malik,iaitu anakanda saudara Raja Sultan Thaqif dan sepupu kepada Puteri Sahira. Putera Muda Amsyar Malik ingin memperisterikan Puteri Sahira. Akan tetapi, hasratnya telah dihalang oleh Ratu Raja Latifah yang mengetahui niat jahat anakanda saudaranya yang juga dalam masa yang sama mahu menggulingkan takhta Raja Sultan Thaqif. Ratu Raja Latifah bersumpah bahawa negara Aqaba ini akan ditimpa malapetaka.
SEMANGAT YANG TINGGI OLEH ANAK2 MUDA MEMELIHARA TEATER BANGSAWAN |
Sebaik sahaja hukuman pancung dijalankan,tiba-tiba jelmalah seekor burung garuda gergasi sakti menyerang negara Aqaba.Maka ramailah rakyat yang terkorban dan burung garuda gergasi itu telah menelan puteri Sahira hidup-hidup. Akibat kejadian itu,Raja Sultan Thaqif jatuh gering lalu mangkat.
Takhktanya diambil alih oleh Putera Muda Amsyar Malik. Apakah kesudahan cerita ini. Jangan lupa saksikan Bangsawan Sumpahan Lantara Bijaya
PERSIAPAN DAN LATIHAN OLEH ANAK2 MUDA UNTUK MEMASTIKAN TEATER BANGSAWAN TERUS RELEVAN |
BERTEMPAT :
PANGGUNG BANDARAYA DBKL, KUALA LUMPUR (BERSEBELAHAN MAHKAMAH NEGARA BERHADAPAN DATARAN MERDEKA)
TARIKH :
12/10/2012 - 14/10/2012
JUMAAT,SABTU DAN AHAD
HARGA TIKET : RM5
DISINI JUGA KELAB TEATER TEJA KUALA LUMPUR INGIN MENGUCAPKAN SETINGGI TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SYARIKAT PRASARANA NEGARA SDN BHD KERANA SUDI BEKERJASAMA DENGAN KTKL DAN JKKN. SESUNGGUHNYA PIHAK PRASARANA SANGAT MEMBANTU DALAM MENJAYAKAN TEATER BANGSAWAN "SUMPAHAN LANTARA BIJAYA " INI.
DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS. BAWA SAUDARA SEKALI YEEEE......!!!!PENGLIBATAN
TENAGA PRODUKSI :
PENGURUS PRODUKSI - ZAZELI MAJID
PENGARAH - ADIRA WAHINNUR
PEN.PENGARAH / PENULIS SKRIP - ROYDY ROKIDY
SINOGRAFER - EJAMEJAT (ejam)
PENGARAH MUZIK - FARID IZWAN
KOREOGRAFER - RAZIFF RAHMAN Dan WAN FAIZ
PENGURUS PENTAS - FATIN NUR HAFIZAH
BARISAN PELAKON :
QHAUD (AF7)
ZAZLY BAGINDA
WIDYA IRANI (ANAK WAYANG)
ACHOK (KECIK RAJA LAWAK 4)
WAN (KECIK RAJA LAWAK 4)
ROYDY ROKIDY
AROHA IBRAHIM
AMY AB
TAUFIQ HANAFI
ARD
RAZALI ABD GHANI
JUHAN JUNAIDI
BADRUL KERDIL
NAJIB MUHAMMAD
HUZAILI
SYED ATIQ AL-PREK
ZACK RADZA
ILANI KHALID
SAYA SELAKU PENGASAS SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA MENYOKONG PENUH ATAS USAHA ANAK-ANAK MUDA GENERASI BARU INI UTK MEMELIHARA PENINGGALAN GENERASI BANGSAWAN TERDAHULU UNTUK TERUS KEKAL DIMASA KINI DAN AKAN DATANG.
SAYA HARAP RAKYAT MALAYSIA AKAN TERUS BERIKAN SOKONGAN ATAS USAHA MEREKA, ANAK MUDA PEMANGKIN PERUBAHAN NEGARA.
TIADA YANG BARU JIKA TIADA YANG LAMA.....
No comments:
Post a Comment