Monday, November 26, 2012

SELAMAT BERSIDANG PARA PERWAKILAN YANG SAYA HORMATI




Assalamualaikum Dan Salam Aman1Msia,

Saya ingin mengucapkan selamat datang para Perwakilan UMNO seluruh negara ke PWTC bagi PERSIDANGAN AGUNG UMNO 2012.

Saya doakan semoga ALLAH SWT Berkati segala usaha , dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan yang baik pada semua.

Kita terus kehadapan dan perkukuhkan saf perjuangan kita, biarkan mainan politik kebencian mainan cicak mengkarung PAKATAN. Abaikan sahaja, kerana agenda perjuangan UMNO lebih besar dihadapan. Kita perjuangkan kepentingan rakyat sejak ditubuhkan, PAKATAN ditubuhkan untuk kepentingan individu yang berangan-angan nak jadi Perdana Menteri.

Para Perwakilan, perjuangan kita adalah perjuangan yang ikhlas dan diberkati oleh ALLAH SWT sejak DAHULU, KINI DAN SELAMANYA..


Semalam YB Khairy Jamaluddin telah berucap di Forum Antarabangsa UMNO bertajuk ‘Konflik dan Pendamaian dalam Politik Rakyat’ yang diadakan sempena Perhimpuan Agung UMNO 2012. Dimana dihadiri oleh wakil pelbagai negara dan para pelajar luar dan dalam negara.


KUALA LUMPUR, 26 Nov – Untuk menjadi pemimpin yang lebih baik, golongan pemimpin dan ahli politik perlu memahami keperluan dan kehendak generasi muda atau Generasi Y (Gen Y), kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
“Dengar luahan mereka dan dengar apa yang menjadi kemarahan mereka…dan buat sesuatu mengenainya, dan bukan hanya kata dengar apa yang kami kata dan kami akan buat sesuatu untuk anda,” katanya.

Khairy bercakap sebagai anggota panel sidang pleno pada Forum Antarabangsa UMNO bertajuk ‘Konflik dan Pendamaian dalam Politik Rakyat’ yang diadakan sempena Perhimpuan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Mengulas mengenai tajuk ‘Generasi Y dan Penglibatan dalam Politik’, beliau berkata bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli politik mesti menyesuaikan diri dengan cara baharu dalam menyebarkan mesej mereka memandangkan golongan muda masa kini telah beralih kepada media sosial seperti Twitter dan Facebook
Sementara itu, Presiden Persekutuan Kesatuan Pelajar Melayu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Muhammad Eizaaz Muhd Redzuan berkata teknologi komunikasi maklumat (ICT) mempunyai peranan dalam mempengaruhi persepsi Generasi Y terhadap pelbagai isu yang timbul terutama yang berkaitan politik.
“Ini kerana Generasi Y adalah masyarakat yang dipandu pengetahuan, terima kasih kepada adanya ICT dalam dunia tanpa sempadan,” katanya.
SELAMAT BERSIDANG PARA PERWAKILAN YANG SAYA HORMATI.

1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...



UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap BODOH?

2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...


~ BUKTI 1 ~

~ BUKTI 2 ~

~ BUKTI 3 ~

~ BUKTI 4 ~