Sunday, January 13, 2013

KEMBARA ANAK MUDA SAYANGI SELANGOR BERMULA DI KUALA LANGAT



Kembara Anak muda Sayangi Selangor memulakan jelajahnya dengan menjadikan Kuala Langat destinasi pertama mereka. 

Dengan menampilkan penceramah-penceramah muda seperti Budiman Zohdi, Arman Azha, Mohd Khairul Azam, Khairul Muzammil, Ben Liew Pok Boon, Suhaila Dato Md Zin, Zainuri Dato Zakaria, Dato Dr Ching Eu Boon, Zurihan Yusop dan Kajendran Doraisamy anak-anak muda Selangor terus mengasak kepimpinan kerajaan pakatan Selangor dengan menekankan pembohongan demi pembohongan mereka di bawah pimpinan menteri besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.




Sebagai contoh Budiman yang juga ketua penyelaras program Kembara Anak Muda ini terus memberikan angka "sifar" kepada perumahan mampu milik di parlimen Kuala Langat dan ini tidak menunjukkan langsung konsep kebajikan yang dilaung-laungkan pakatan.



Manakala Zainuri, Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor terus terang mempertikaikan 'kebajikan' apakah yang mahu dibawa kerajaan pakatan apabila infrastruktur di negeri ini seperti jalanraya pun tidak mampu dijaga, berlopak sana sini dan mendatangkan bahaya kepada rakyat sendiri.



Peliknya, peruntukan kerajaan pusat kepada negeri telah diberi tetapi mengapa infrastukturnya tetap tidak dijaga dan kemana perginya wang tersebut?


Manakala Armand pula dengan lantang mengeji kerajaan pakatan yang penuh dengan janji palsu sewaktu pilihanraya umum 2008 namun haprak yang ditunaikan seperti mahu memberi bantuan kewangan kepada mahasiswa serta ibu tunggal dan berbagai lagi seperti mana di dalam Manifesto 2008 oleh rejim Pakatan.



Apa pun, kembara ini akan terus menyelusur ke pelosok negeri Selangor bagi penerangan jelas tipu daya dan kepincangan kerajaan negeri di bawah rejim pakatan. 



Syukur sambutan hangat oleh rakyat dan penduduk di Kuala Langat walaupun pada masa sama pihak Astro menanyangkan secara langsung Program Maharaja Lawak Mega 2012, tetapi masih ribuan rakyat negeri selangor hadir di program ini kerana kini sedar betapa pentingnya kebajikan mereka dijaga.



Kembara Anak Muda Sayangi Selangor Hadir Dengan "FAKTA BUKAN AUTA" , Tunggu Kehadiran kami di kawasan anda tidak lama lagi.
Post a Comment