Monday, January 21, 2013

Najib PM Malaysia Yg Berani Jejak Kaki Di Bumi Palestin







 Susulan daripada kunjungan Kelab Putera 1Malaysia [KP1M] bertemu Presiden Hammas Dr Ismail Haniyeh pada 11 Disember 2012, maka hari ini Perdana Menteri kita Datuk Sri Najib Tun Razak akan bertemu dengan Perdana Menteri Palestine dalam mengukir satu sejarah politik dunia....


Ismail Haniyeh memaklumkan beliau sempat menalipon Najib dan diberitahu bahawa Perdana menteri kita akan pergi bertemu beliau pada sekitar Januari 2013 sekiranya tidak ada aral melintang. Presiden Hammas itu melafazkan kesyukuran kehadrat Allah kerana mempunyai saudara islam seperti Malaysia yang sangat menyayangi rakyat dinegaranya.

Laporan penuh klik SINI



Itulah petikan yang dirakam sewaktu KP1M pergi ke bumi Gaza untuk melaksanakan Misi Khas 2nd Wave Road To Gaza. Kini Perdana Menteri Malaysia Pertama Yang BERANI menjejakkan kaki di bumi Palestin. WE WALK THE TALK. Beliau kotakan janji beliau sebagai pemimpin no1 negara. Ini jelas menunjukkan keberanian serta komitment beliau dalam merapatkan hubungan baik negara Malaysia dengan negara-negara lain setelah diburukkan oleh rejim Pakatan yang rakus kuasa sehingga lupa mempertahankan martabat dan maruah negara di mata negara-negara luar nilah TRANSFORMASI POLITIK Dibawah YAB Datuk Seri Najib Tun Razak

Ini lah perbezaan antara pendekatan Kerajaan Barisan Nasional dan Kerajaan Pakatan. Barisan Nasional menjaga nama baik dan martabat negara dipersada dunia, manakala Pakatan memburukan nama negara dipersada antarabangsa.


GAZA 22 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijangka tiba di sini hari ini akan mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia Pertama Yang  BERANI menjejakkan kaki di bumi Palestin.


Beliau yang melakukan lawatan kemanusiaan akan mengadakan pertemuan dengan anggota Kabinet dan Ahli Parlimen Hamas.

Datuk Seri Najib Razak juga akan menerima Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Al -Aqsa. Turut serta dalam lawatan itu ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor

Datuk Seri Najib Razak tiba di Gaza hari ini untuk lawatan kemanusiaan yang dilihat memperbaharui komitmen Malaysia dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin Datuk Seri Najib Razak mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama yang melawat wilayah diduduki itu .

Ianya sebahagian daripada lawatan rasminya ke Cairo Mesir termasuk ke Gaza di negara jiran Palestin Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa yang juga Pengerusi Yayasan Al-Quds turut mengiringi Najib dalam lawatan bersejarah ini Lawatan ke Gaza ini dilihat untuk memenangi sokongan masyarakat Melayu-Islam di Malaysia menjelang Pilihan Raya 2013.

Ketibaan Datuk Seri Najib Razak disambut oleh Perdana Menteri Ismail Haniyeh pada pukul 10 pagi waktu tempatan 4 pagi waktu Malaysia pada Selasa. Semalam Datuk Seri Najib Razak tiba di Cairo dengan ditemani oleh isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Datuk Seri Najib Razak akan melawat projek sekolah inisiatif Malaysia sebelum meletakkan batu asas untuk membina semula pejabat baru Ismail Haniyeh yang musnah akibat serangan udara tentera Israel pada November.

Datuk Seri Najib Razak juga akan melawat ahli Kabinet Hamas dan ahli parlimen Palestin di pejabat baru Ismail Selain itu akan turut melawat Universiti Al-Aqsa untuk memberikan ucapan mengenai pendirian Malaysia berhubung Palestin sebelum menerima Ijazah Doktor Kehormat. 

Manakala Datin Seri Rosmah Mansor akan Melawat hospital di wilayah GAZA serta bertemu dengan barisan doktor2 dan profesional Palestin untuk terus menyalurkan bantuan rakyat Palestin.

BAGI SAYA SECARA PERIBADI, WALAU PUN MALAYSIA SEBUAH NEGARA YANG KECIL TAPI YANG PASTI PEMIMPIN KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MEMPUNYAI HATI YANG BESAR BILA MEMBANTU NEGARA-NEGARA YANG MEMERLUKAN BANTUAN..INI LAH MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAH KU.


Turut bersama-sama dalam delegasi Najib adalah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor akan pulang ke Cairo lewat hari ini dan bakal bertemu dengan Presiden Mesir Mohamed Mursi 

Esok Najib akan meninggalkan Cairo dan berlepas ke Davos Switzerland untuk menghadiri Forum Ekonomi Dunia.



SYUKUR ALHAMDULILAH MALAYSIA MEMPUNYAI PERDANA MENTERI YANG BERANI JEJAKKAN KAKI KEBUMI PALESTIN. TABIK SPRING.

No comments: