Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh
ADT (Ahli Dewan Tertinggi) SAM1M yang menunjukkan komitment yang tinggi
terutama yang hadir daripada luar Kuala Lumpur seperti Pahang, Perak, Johor,
Melaka, Kelantan, Selangor, Kedah, Trengganu, Wilayah Persekutuan,Perlis dan
Pulau Pinang.
Manakala Rakan2 ADT SAM1M Sabah Dan Sarawak Tidak dapat
hadir, tetapi mengikuti perkembangan mesyuarat ini melalui saluran sosial media
kerana SAM1M adalah NGO baru .
Paling mengharukan saya adalah pengorbanan rakan2 ADT SAM1M hadir
dengan semangat , komitment yang tinggi, dimana mereka hadir mengunakan perbelanjaan
sendiri ,kerana keikhlasan dalam diri mereka memegang amanah dan tanggungjawab
yang disandang oleh mereka. Hanya Allah SWT sahaja yang boleh membalas segala
Jasa anda semua kerana meletakkan kepentingan perjuangan anak-anak muda
dihadapan daripada kepentingan Peribadi.
Diawal penubuhan SAM1M pelbagai kritikan, cabaran, halangan,
komen, kutukan, tikam belakang, fitnah dan macam-macam lagi lah kerana tidak
yakin pada prinsip perjuangan anak muda yang dibawa oleh SAM1M. Alhamdulilah
berkat ketabahan sahabat2 ADT SAM1M yang konsisten serta percaya pada prinsip
penubuhan dalam memajukan SAM1M ,kini
boleh dikatakan hari demi hari ini jumlah keahlian sudah mencapai 30,000
pelbagai bangsa dan agama. SAM1M tidak
akan putus asa dalam menongkah arus perjuangan anak muda.
Pada mesyuarat tersebut membincangkan bagi penubuhan SAM1M
serta perlancaran diperingkat Negeri-negeri bagi terus mendekati anak muda
terutama dalam menanamkan semangat sukarelawan dalam jiwa anak muda. Pelbagai
cadangan bagi program untuk terus mendekati anak muda oleh pengerusi-pengerusi
biro SAM1M khususnya bagi tahun2013.
Pada yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang SAM1M
bole terus hubungi talian hotline
SAM1M +6011-15011981 atau boleh terus email
bagi sebarang pertanyaan suara.anakmuda@1myemail.com
2013 Seluruh ADT SAM1M sebulat suara untuk terus maju
kehadapan untuk terus memperjuangkan kepentingan Suara Anak Muda 1Malaysia.
Sekian terima kasih.
1HARAPAN,1NADI,1SUARA
Arman Azha Hj Abu Hanifah
Presiden
Suara Anak Muda
1Malaysia
1 comment:
Tahniah saya ucapkan kerana berjaya mengumpulkan anak muda untuk menentukan kesejahteraan rakyat terbela.Untuk berjaya misti ada visi yang jelas kemana kita hendak pergi. Pada saya anak muda perlu mengambil langkah supaya tidak terpinggir di negara sendiri sebab berlakunya kelalaian. Tentukan kos sara hidup tidak melambung tinggi.Zaman saya telah berlaku peningkatan harga barangan10 kali ganda. Rumah teres 2 tingkat dahulu RM 40,000 sekarang RM 400,000 ,roti sebuku dahulu 25 sen sekarang RM2.65 .
Sila tentukan apabila kita mengatakan kita akan mencapai status negara berpendapatan tinggi sila pastikan ianya wujud oleh penambahan produktiviti dan bukannya melalui penambahan satu kosong pada ringgit kita. Jika ini berlaku rumah 2 tingakat yang berharga RM 400,000 sekarang menjadi RM 4 juta,
Sekian, selamat maju jaya.
Raja Abdul Rahman Dain
Post a Comment