Wednesday, February 20, 2013

TAHNIAH AHLI DEWAN TERTINGGI SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA


Alhamdulilah Syukur 20hb Feb 2013 Mesyuarat Majlis Ahli Dewan Tertinggi Suara Anak Muda 1Malaysia Tentang Gerak Kerja Serta Hala Tuju SAM1M Untuk Terus Kehadapan Terutama Dalam Memperjuangkan kepentingan Dasar-Dasar Bagi Anak Muda berakhir dengan berjaya.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh ADT (Ahli Dewan Tertinggi) SAM1M yang menunjukkan komitment yang tinggi terutama yang hadir daripada luar Kuala Lumpur seperti Pahang, Perak, Johor, Melaka, Kelantan, Selangor, Kedah, Trengganu, Wilayah Persekutuan,Perlis dan Pulau Pinang.




Manakala Rakan2 ADT SAM1M Sabah Dan Sarawak Tidak dapat hadir, tetapi mengikuti perkembangan mesyuarat ini melalui saluran sosial media kerana SAM1M adalah NGO baru .

Paling mengharukan saya  adalah pengorbanan rakan2 ADT SAM1M hadir dengan semangat , komitment yang tinggi, dimana mereka hadir mengunakan perbelanjaan sendiri ,kerana keikhlasan dalam diri mereka memegang amanah dan tanggungjawab yang disandang oleh mereka. Hanya Allah SWT sahaja yang boleh membalas segala Jasa anda semua kerana meletakkan kepentingan perjuangan anak-anak muda dihadapan daripada kepentingan Peribadi.






Diawal penubuhan SAM1M pelbagai kritikan, cabaran, halangan, komen, kutukan, tikam belakang, fitnah dan macam-macam lagi lah kerana tidak yakin pada prinsip perjuangan anak muda yang dibawa oleh SAM1M. Alhamdulilah berkat ketabahan sahabat2 ADT SAM1M yang konsisten serta percaya pada prinsip penubuhan dalam memajukan SAM1M  ,kini boleh dikatakan hari demi hari ini jumlah keahlian sudah mencapai 30,000 pelbagai bangsa dan agama.  SAM1M tidak akan putus asa dalam menongkah arus perjuangan anak muda.








Pada mesyuarat tersebut membincangkan bagi penubuhan SAM1M serta perlancaran diperingkat Negeri-negeri bagi terus mendekati anak muda terutama dalam menanamkan semangat sukarelawan dalam jiwa anak muda. Pelbagai cadangan bagi program untuk terus mendekati anak muda oleh pengerusi-pengerusi biro SAM1M khususnya bagi tahun2013.




























Pada yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang SAM1M bole terus hubungi talian hotline 
SAM1M +6011-15011981 atau boleh terus email bagi sebarang pertanyaan suara.anakmuda@1myemail.com

2013 Seluruh ADT SAM1M sebulat suara untuk terus maju kehadapan untuk terus memperjuangkan kepentingan Suara Anak Muda 1Malaysia. Sekian terima kasih.

1HARAPAN,1NADI,1SUARA

Arman Azha Hj Abu Hanifah
Presiden
Suara Anak Muda  1Malaysia


1 comment:

raja2u said...

Tahniah saya ucapkan kerana berjaya mengumpulkan anak muda untuk menentukan kesejahteraan rakyat terbela.Untuk berjaya misti ada visi yang jelas kemana kita hendak pergi. Pada saya anak muda perlu mengambil langkah supaya tidak terpinggir di negara sendiri sebab berlakunya kelalaian. Tentukan kos sara hidup tidak melambung tinggi.Zaman saya telah berlaku peningkatan harga barangan10 kali ganda. Rumah teres 2 tingkat dahulu RM 40,000 sekarang RM 400,000 ,roti sebuku dahulu 25 sen sekarang RM2.65 .

Sila tentukan apabila kita mengatakan kita akan mencapai status negara berpendapatan tinggi sila pastikan ianya wujud oleh penambahan produktiviti dan bukannya melalui penambahan satu kosong pada ringgit kita. Jika ini berlaku rumah 2 tingakat yang berharga RM 400,000 sekarang menjadi RM 4 juta,

Sekian, selamat maju jaya.

Raja Abdul Rahman Dain