Tuesday, August 20, 2013

Pemilihan UMNO Meriah Betul?


Assalamualikum dan Salam Aman1Msia,

Musim Pemilihan UMNO Kini Boleh Di Katakan Rancak Di Seluruh Negara. Baik Daripada Pemilihan Pimpinan Peringkat Cawangan, Bahagian Sehinggalah Keperingkat Nasional,Meriah Betul Nampaknya. Alhamdulilah Ini Menunjukkan Subur Demokrasi Terutama Pemilihan Kali Ini Lebih Ramai Perwakilan Untuk Memilih Pemimpin Dan Yang Nak Menawarkan Diri Kini Tidak Lagi Perlu Pencalonan Hanya Perlu Berdaftar Sahaja..Ini Menunjukan Keberanian UMNO Untuk Transformasi Parti Kearah Masa Hadapan.



Alhamdulilah Syukur, YB KJ Telah Menawarkan Diri Sebagai Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia Sekali Lagi Untuk Mempertahankan Jawatan Yang Di Sandang Oleh Beliau.


Manakala Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Yang Telah Menawarkan Diri Adalah Sdr Lokman Nor Adam Exco Pemuda UMNO Malaysia, Sdr Azwan A.K.A WanBro Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Sdr Jamawi Jaafar Exco Pemuda UMNO Malaysia, Sdr Iruan Exco Pemuda UMNO Malaysia Yang Telah Menawarkan Diri.




Manakala 3 Calon Ini Juga Dikatakan Akan Menawarkan Diri Sebagai Calon Naib Ketua Pemuda Sahabat Saya Sdr Razlan Ketua Pemuda UMNO Sputeh , Sdr Ir Shaikh Ketua Pemuda Pulau Pinang Dan Sdr Nazir Exco Pemuda UMNO Malaysia.


Dan Dikhabarkan Lebih 130 orang Telah Menawarkan Diri Sebagai Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia Yang Mempunyai 20 Kerusi Yang Perlu Di Isikan. Wah Betul Punya Meriah Pemilihan Kali ini.



Ramai Yang Bila Jadi Calon Mengeluarkan Manifesto Dan Misi Jika Di Berikan Mandat. Bagi Saya Itu Bagus Dan Terbaek. Cuma Persoalan Saya Serta Beberapa Rakan2 Perwakilan Akar Umbi, Bagaimana Pulak Gerak Kerja Walaupun Sebelum Musim Pemilihan..Kenapa Tidak Nyatakan Gerak Kerja Sebelum Ini Bagi Menunjukkan Komitment Pada UMNO Walaupun Sebelum Musim Pemilihan. Gerak Kerja Sebelum Menjadi Penanda Aras Komitment Pada Parti Walaupun Sebelum Musim Pemilihan. Selepas Itu Baru Ceritakan Tentang Misi dan Manifesto. Saya Akan Sokong Rakan2 Yang Buat Kerja Dalam Parti Berdasarkan KPI Dan Komitment Berdasarkan Sebelum Musim Pemilihan. Apa2 Pun Teruskan Demi Perjuangan Alif Baa Taa..




Apa-apa Pun Turun Berkempen Secara Sihat Anggap Lah Ini Pemilihan Adik Beradik, Janganlah Turun Berkempen Memperkenalkan Diri Dengan  Mengaibkan Kawan2, Mengutuk Kawan, Fitnah Kawan2, Cah Keting Kawan2...Tapi Berkempen Mengunakan Kekuatan Diri Dan Penanda Aras Serta Manifesto. 












Saya Dengan Penuh Rasa Rendah Diri Memohon Restu Dan Rayuan Pada Sahabat2 Seluruh Malaysia Dimana Saya Menawarkan Diri Dan Khidmat Saya Sebagai Calon Pemuda UMNO Malaysia Pada Pemilihan Kali Ini. Saya Juga Mendoakan Kejayaan Kepada Seluruh Sahabat2 Yang Telah Menawarkan Diri Mereka Pada Pemilihan Kali Ini..Mohon Sokongan 


#VoteArmand4Exco
#Team Pisang
#KuPisangBukanEpalOren

No comments: