Wednesday, November 27, 2013

Khairy Umum Portfolio Exco Pemuda UMNO, Dua Biro Baru Diperkenalkan

KUALA LUMPUR 27 Nov – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan senarai penuh barisan portfolio Exco Pemuda UMNO dan barisan pegawai serta ketua dan naib Ketua Pemuda negeri.

Menurut beliau daripada 25 biro yang diumumkan hari ini, dua biro adalah yang baru diperkenalkan iaitu Biro Perkaderan Politik dan Biro Kepenggunaan, Alam Sekitar & Kualiti Hidup serta tambahan perumahan untuk Biro Hal Ehwal Bandar, manakala Unit Media Baru kini dikenali sebagai Biro Media Baru.

“Saya lihat muka baru ini amat komited dan harapan saya tinggi. Saya bagi mereka sebulan untuk selesaikan perlantikan jawatankuasa dan untuk perlantikan tersebut, saya syaratkan dalam setiap biro mesti ada seorang daripada kalangan mahahsiswa dan seorang lagi mestilah profesional muda lingkungan 20-an sepertimana saya lantik dua profesional muda dalam AJK Pemuda"

"Dan kita akan tetapkan Key Performance Index (KPI) untuk setiap biro. Jadi setiap biro akan ada KPI jelas…pencapaian jelas setiap tahun…apakah harapan dan apakah penanda aras yang kita perlukan daripada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO yang pertama selepas proses pemilihan UMNO 2013 baru-baru ini.

Khairy seterusnya menambah pergerakan itu mempunyai dua matlamat pada kali ini iaitu menang pilihan raya umum ke-14 dan keduanya adalah proses perkaderan.

“Saya katakan ada dua matlamat..kita menang PRU-14 dan dapat sokongan yang padu daripada pengundi muda. Akan cuba dekati seramai mungkin dan keduanya proses perkaderan."

"Sebab itu kita tubuhkan biro baru iaitu Biro Perkaderan Politik yang mana pada perhimpunan agung lepas Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak telah setuju dengan cadangan kita untuk menubuhkan satu akademi kepimpinan.

“Kita namakan akademi tersebut akademi kepimpinan Kapten Hussein Onn. Ini merupakan penghormatan kepada Ketua Pemuda yang pertama, Tun Hussein Onn yang pada waktu itu beliau sebagai Kapten Hussein Onn."

“ Akademi tersebut akan jadi tempat perkaderan kita dikalangan Pemuda, mahasiswa, profesional dan kita akan kenalpasti yang kita rasa boleh dilatih, dibangunkan sebagai pemimpin masa depan parti kita,“ ujar beliau.

Berikut Senarai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Pengerusi Tetap : Datuk Zubir Zabidi

Timbalan Pengerusi Tetap : Bahrul Razha Chuprat

Penolong Setiausaha : Ybhg Dato’ Hj Mohamad Saffri Ab Aziz

Penolong Bendahari : Sdr Abdul Razak Abdul Rahman

Ketua Penerangan : Sdr Jamawi Jaafar

Biro Pemuda UMNO Malaysia:

1. Jawatankuasa Pengurusan : Sdr Khairul Azwan Harun

2. Penerangan : Sdr Jamawi Jaafar

3. Pendidikan Tinggi : Sdr Fathul Bari Mat Jahya

4. Pendidikan Politik & Pidato : Sdr Armizan Mohd Ali

5. BN & 1Malaysia : Sdr Mohd Najib Mohd Isa

6. Pendidikan Luar Negara : Sdr Onn Hafiz Ghazi

7. Keselamatan Awam Sdr Mu’ammar Ghadafi Jamal Haamaludin

8. Hal Ehwal Bandar & Perumahan : Sdr Nazir Hussein Akhtar Hussein

9. Hubungan NGO : Sdr Khairul Firdaus Khan Akhbar Khan

10. Pertanian & Asas Tani : Ybhg Dato‘ Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad

11. Keseniaan & Kebudayaan : Sdr Jefri Salim

12. Perkaderan Politik : YM Tengku Zuhri Tengku Aziz

13. Pekerja Muda : Sdr Dazma Shah Daut @ Daud

14. Tugas Khas : Sdr Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi

15. Sukan : Sdr Yusmizan Md Yunus

16. Antarabangsa : Ybhg Dato’ Mohamed Hazali Abu Hassan

17. Sosial Etika : Yb Mohd Iskandar Jaafar

18. Kesatria Pemuda : Sdr Arman Azha Abu Hanifah

19. Hal Ehwal Luar Bandar : Yb Anuar Abdul Manap

20. Pelajaran : Sdr Mohd Rafiq Naizamohideen

21. Media Baru : Sdr Ibdillah Ishak

22. Ekonomi & Pembangunan Usahawan : Sdr Azlan Abdullah

23. Agama : Sdr Azmir Yuzaimi Mohd Yunos

24. Aduan Komuniti : Sdr Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman

25. Keahlian & daftar Pemilih : Sdr Kamarol Salleh

26. Profesional Muda : Sdr Shahril Hamdan

27. Kepenggunaan, Alam Sekitar & Kualiti Hidup : Sdr Mohd Ar Rahman Husin

Setiausaha Kerja : Sdr Mohd Lassim Burhan

Senarai Ketua dan Naib Ketua Pemuda Negeri

1. Perlis Ketua Pemuda : Sdr Syed Atif Syed Abu bakar

Naib Ketua Pemuda : Sdr Khairul Anuar Ahmad

2. Kedah Ketua Pemuda : Dato‘ Shaiful Hazizy Zainol Abdin

Naib Ketua Pemuda : Yb Mahadzir Abdul Hamid

3. Pulau Pinang  Ketua Pemuda : Sdr Rafizal Abd Rahman

Naib Ketua Pemuda : Sdr  Jasmin Noordin

4. Perak Ketua Pemuda : Sdr  Hairul Anwar

Naib Ketua Pemuda : Sdr Khairul Shahril

5. Selangor Ketua Pemuda : Sdr  Zuhri Zainal

Naib Ketua Pemuda : Sdr Rizuan Mahidin

6. Wilayah Persekutuan Ketua Pemuda : Sdr Mohd Razlan

Naib Ketua Pemuda : Sdr Sdr Mohd Rafi

7. Negeri Sembilan Ketua Pemuda : Yb Sdr Khairy Jamaluddin

Naib Ketua Pemuda : Sdr Azharuddin Shujauddin

8. Melaka Ketua Pemuda : Sdr Zali Mat Yasin

Naib Ketua Pemuda : Sdr Rohaizam Bakar

9. Johor Ketua Pemuda : Sdr Hasrin Hashim

Naib Ketua Pemuda : Datuk Khairul Anwar

10. Pahang Ketua Pemuda : Sdr Shahruddin Ahmad

Naib Ketua Pemuda : Sdr Ahmad Nilhakim Abd Rahman

11. Terengganu Ketua Pemuda : Sdr Mohd Johari Abu Bakar

Naib Ketua Pemuda : Sdr Dr Najmil Faiz

12. Kelantan Ketua Pemuda : Sdr Mohammad Azam Ismail

Naib Ketua Pemuda : Sdr Eriandi Ismail

13. Sabah Ketua Pemuda : Sdr Yamani Hafez

Naib Ketua Pemuda : Sdr Shahelmey Yahya

Post a Comment