Tuesday, December 24, 2013

Dato Azeez Di Bantai Kerana Buat Kebajikan

KUALA LUMPUR – Dimaklumkan tersebar di media sosial kononnya Lembaga Tagung Haji telah menyalahgunakan wang pelabur dan penyimpan Tabung Haji dengan memberi sumbangan kepada Kelab Putra 1 Malaysia yang di pengerusikan oleh YB Datuk Azeez Rahim yang kebetulan juga adalah pengerusi Tabung Haji.

Dikatakan sumbangan yang agak besar kepada Kelab Putera 1Malaysia itu juga telah menyebabkan ramai penyimpan dan pelabur menzahirkan rasa tidak puas hati kerana membuat sumbangan yang besar kepada Kelab Putra 1Malasyia bukanlah satu pelaburan yang dapat membantu meningkatkan pendapatan penyimpan, tetapi tajaan yang merupakan wang hangus.

Ini adalah merupakan satu lagi siri fitnah terbaru yang di mainkan di media sosial saperti FaceBook dan Blog dalam cubaan untuk memburuk buruk kredibeliti Pengerusi Lembaga Tabung Haji yang baru di lantik ia itu YB Datuk Azeez Rahim ( Ahli Parlimen Baling) yang juga adalah Pengerusi Kelab Putra 1Malaysia.

Sebenarnya, jika pun perkara itu benar berlaku ianya tidak menjadi kesalahan Tabung Haji memberi sumbangan kepada KP1M dalam kontek membuat kebajikan, kerana wang yang di serahkan adalah bertujuan untuk membantu mangsa banjir yang berlaku baru baru ini yang melanda tiga negeri di Pantai Timur Semenanjung, tetapi sayangnya perkara sumbangan tajaan dari Tabung Haji kepada KP1M ini tidak berlaku.

Jika di katakan sumbangan ini tidak memberi apa apa keuntungan kepada pelabur dan penyimpan maka tindakan Tabung Haji memberi sumbangan wang sagu hati ‘Kematian’ kepada keluarga jemaah yang meninggal dunia semasa mengerjakan Haji di tanah Suci Makkah setiap kali musim haji juga ada satu pembaziran kerana tiada pulangan dari pemberian tersebut.

Mungkin mereka kurang maklum ataupun tidak tahu bahawa kebanyakan badan korperat besar apatah lagi Tabung Haji memang mempunyai peruntukkan baget ‘ Sumbangan tajaan’ atau ‘Sponsorship’ yang bertujuan untuk di gunakan sebagai sumbangan kepada badan badan sukarelawan atau individu yang memerlukan mengikut kesesuaian. Saperti sumbangan bencana, tajaan Rumah Kebajikan,Malahan sumbangan Khairat Kematian juga di kira sebagai ‘Sumbangan Tajaan’.

Sudah pastilah sebelum sesuatu baget ‘Tajaan’ di sediakan, pulangan kepada penyimpan dan pelabur telah di ambil kira dahulu dan keuntungan syarikat yang selebihnya selepas agihan keuntungan kepada pelaburan di tetapkan sedikit darinya untuk tujuan ‘penajaan’ yang mana tindakkan tersebut kebiasaannya akan memberi kesan kepada menaikkan imej badan koperat tersebut melalui sumbangan ataupun penajaan.

Perkara sebenar yang berlaku adalah tiada penajaan kepada KP1M saperti yang di sebut dan di mainkan didalam media sosial ketika ini, apa yang berlaku ialah segala sumbangan kepada mangsa banjir yang di ‘uruskan’ oleh KP1M adalah sumbangan dari orang ramai serta beberapa syarikat persendirian milik individu yang bersimpati dengan nasib penduduk di beberapa buah negeri yang dilanda banjir teruk baru baru ini.

Tabung Haji hanya menyumbangkan sekitar 10 ribu ringit sahaja didalam bentuk barangan saperti kain telekong,sejada, kain batik, kain pelikat dan tudung wanita sahaja dan KP1M menguruskan pemberian tersebut sebagai sukarelawan yang membantu mangsa banjir.

Apa yang di lihat sebenarnya adalah cubaan menjatuhkan nama baik Datuk Azeez Rahim semata mata, yang sejak menjadi pengerusi TH ramai yang merasa tidak selesa dan senang dengan pencapaian beliau yang di lihat lebih ‘mesra’ kepada bakal bakal haji yang membuat tabungan mereka dengan Lembaga Tabung Haji.

Kepada pemain pemain di media sosial hentikanlah segala mainan fitnah kerana kita tahu tiada kebaikkannya dengan bermain fitnah ini, malahan akan mendatangkan keburukan kepada diri kita sendiri nanti.


TERIMA KASIH : Obi One Terbaek...

No comments: