Tuesday, December 24, 2013

BRIGED KESATRIA MUDA Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,

Maaf Lama Tak Berblog Kerana Sibuk Sikit Kebelakangan Ini..

Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi pada rakan2 pemuda para perwakilan yang telah memberikan sokongan dan kepercayaan kepada saya sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia 2013/2016.

Syukur alhamdulillah saya diberikan kepercayaan oleh YB Khairy Jamaluddin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi mengalas amanah dan tanggungjawab sebagai Pengerusi Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Dalam masa kurang 2 bulan diberikan mandat sebagai Pengerusi Briged Kesatria Muda alhamdulillah telah mengalas amanah lebih 4program..

Ketika Persidangan Agung UMNO 2013 di PWTC kita dilanda bencana banjir di negeri Pahang, Trengganu, Kelantan Dan Johor..Saya selaku pengerusi diarahkan oleh YB KJ untuk mengalas amanah OPS Banjir. Perbincangan bersama rakan2 ketua2 pemuda bahagian serta negeri dibuat pada malam bencana tersebut dimana kami menbuat keputusan dimana Ketua2 Pemuda Bahagian kawasan terlibat wajib turun ke kawasan masing2 walaupun belum habis persidangan.

Saya diamanahkan utk uruskan persiapan bantuan sebelum ke negeri2. Terima kasih pada KP, NKP dan rakan2 Exco yg sama2 membantu saya dlm persiapan akhirnya berjaya mendapat sumbangan drpd Kementerian Belia Dan Sukan,  Kedai Rakyat 1Malaysia, Giant, Mydin, Naza Group Of Companies Dan tak lupa Menteri YB Dato Hassan Malik Yg Mewakili Kementerian beliau dalam membantu persediaan OPS Banjir.

Perlancaran OPS Banjir Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Disempurnakan oleh YAB Ds Najib di PWTC selepas solat Jumaat.

OPS BANJIR Briged Kesatria Muda memberikan bantuan makanan, minuman dan keperluaan asas sebanyak 35 Pacuan 4roda Serta 4 Lori Kontena yang bernilai lebih rm600,000.00 ke negeri2 yang dilanda bencana Pahang, Trengganu, Kelantan Dan Johor.

Briged Kesatria Muda bukan hanya menghantar barangan malah terlibat dalam pembersihan kawasan serta rumah mangsa banjir. Terima kasih kepada YB KJ yang turun bersama di negeri Pahang dan Sdr Azwan @1Bro yang turun membantu di negeri Trengganu.  Tak lupa Ketua2 Pemuda UMNO Negeri yg bertungkus lumus sepanjang masa OPS Banjir serta rakan2 Exco Pemuda yang turun membantu Briged Kesatria Muda.

Saya sendiri berkampung di sana lebih 10hari bersama2 Briged Kesatria Muda negeri2.

Seterusnya Program BKM #BrigedKesatriaMuda adalah perlancaran Bantuan Banjir oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sepang seterusnya melantik Sdr Noorazli sebagai Naib Pengerusi Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Disusuli oleh Program BKM #BrigedKesatriaMuda Dimana saya diamanahkan mewakili negara ke Fifth Conference  Of Humanitarian Aid By Muslim Organisation By OIC di Istanbul Turkey.

Program BKM bersama NGO Muda  Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia yang minat dalam program bantuan kemanusiaan di Wilayah Persekutuan.

Program BKM bersama rakan2 Pemuda UMNO Negeri Selangor serta rakan2 NGO menghantar bantahan kenaikan tariff letrik dan memo cadangan kepada CEO TNB.

Program BKM bersama generasi Mat Rempit yg bersedia menjadi rakan sukarelawan #BrigedKesatriaMuda bersama Rempit United.

Program OPS Banjir di Rawang Selangor bagi membantu pemberian sumbangan makanan serta minuman dan pembersihan rumah2 mangsa..

Ini sebahagian gerak kerja BKM #BrigedKesatriaMuda dalam masa 2bulan semoga Allah SWT Berkati Dan Permudahkan Segalanya Bagi Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Agar gerak kerja ini berkekalan..Pada mana2 sahabat2 pemuda atau rakan2 diluar sana yang berminat utk bersama Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia boleh menghantar maklumat peribadi anda ke brigedkesatriamuda@gmail.com

1Nadi,1Harapan, 1Suara, 1Keamanan

Ikhlas berkhidmat
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda

3 comments:

Anonymous said...

Mat Gemuk Arman nie mempunyai kelebihan semasa banjir, tak payah pakai pelampung kerana badannya boleh apung di atas air macam BADAK AIR. Dia jadi badak air sebab terlalu banyak makan badak.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

man...aku nak join BrigedKesatriaMuda