Friday, December 27, 2013

Tangkap Dalang Himpunan Gulingkan Kerajaan

Video sidang akhbar NGO-NGO yang membuat laporan p...

KUALA LUMPUR 27 Dis. 2013 - Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Arman Azha Abu Hanifah
bersama wakil-wakil lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia menyatakan bantahan mereka terhadap penganjuran Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember ini selepas membuat laporan polis terhadap nan Guling Kerajaan:




Penganjur perlu dipertanggungjawabkan
Oleh NURUL ANUAR MANSOR

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Penganjur Himpunan Guling Kerajaan perlu dipertanggungjawabkan dan dikenakan tindakan tegas terhadap sebarang kekacauan serta kerosakan harta benda yang berlaku jika perhimpunan haram pada 31 Disember itu tetap diteruskan.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Arman Azha Abu Hanifah berkata, selain itu, mereka juga perlu dikenakan tindakan keras berdasarkan perlembagaan sekiranya ada individu yang mengibarkan bendera selain Jalur Gemilang pada perhimpunan tersebut.





Beliau turut menyatakan, penganjur perhimpunan haram itu jelas tidak menghormati sistem demokrasi, perlembagaan, undang-undang dan hak rakyat lain dengan menghasut rakyat khususnya golongan muda untuk menyertai demonstrasi jalanan itu.

Justeru, beliau bersama lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap pihak penganjur perhimpunan haram itu di Balai Polis Damansara di sini hari ini agar tindakan tegas dapat segera diambil.


"Kami telah mengumpul bukti hasutan mereka dan telah menyerahkannya kepada pihak polis.

"Ini bukan retorik tetapi kenyataan kerana bukti-bukti tersebut jelas menunjukkan mereka melaku hasutan dan tidak menghormati perlembagaan dan undang-undang," jelas Arman Azha.






NGO yang membuat laporan polis berkenaan termasuk Persatuan Veteran Tentera Malaysia, Suara Anak Muda 1Malaysia, Majlis Jalinan Melayu Malaysia dan Briged Kesatria Mahasiswa.

Turut sama membuat laporan ialah Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara dan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan SS9A. - UTUSAN ONLINE

Himpunan Guling Kerajaan @ Utusan Live


No comments: