Thursday, November 14, 2013

Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia Bersama Pergerakan Pemuda Dan Puteri UMNO Malaysia

Salam Sahabat2 Yang Dihormati,

Alhamdulilah Syukur Sekali Lagi Negara Malaysia Menunjukkan Semangat Setiakawan Antara Negara.

Misi Bantuan Kemanusiaan Bencana Taufan Haiyan Di Filipina Oleh  Kelab Putera 1Malaysia Bermula Pada 13hb 7pagi Yang Di Ketuai Oleh YB Dato Azeez Rahim Manakala Saya Mewakili Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Sebagai Exco Pemuda Umno Malaysia Turut Disertai Oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Yg Di Wakili Oleh Pn Zahida Selaku Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia.

Pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan Ini Di Bahagikan Kepada Dua Kumpulan Dimana Pasukan Pertama Di Ketuai Oleh Dato Azeez Rahim Seramai 30org Sukarelawan Telah Berada Di Ground Zero Tacloban Sejak Semalam Dan Tidak Mempunyai Makan Dan Minum Sejak Semalam Tahniah Dato Azeez Rahim Yang Memimpin Pasukan Misi Bantuan Dengan Penuh Kesabaran Dan Kekuatan Iman. Pasukan Kedua Yang Di Sertai Oleh Saya Dan Pn Zahida Mewakili Seramai 12org Sukarelawan.

Kedua2 Pasukan Mempunyai Pasukan Doktor, Paramedik, Media Dan Sukarelawan Seramai 4 org.

Pasukan Kedua Sudah Lebih 32jam Misi Bantuan Kemanusiaan Sejak Semalam Belum Dapat Ke Ground Zero..

Kini Kami Di Mactan Cebu Army Base Camp.  Keadaan Sesak Ngan Negara2 Yang Menghantar Pasukan Bantuan. Hujan Lebat Sejak Sampai Hingga Kini..Lapangan Terbang Tacloban Tiada Elektrik , Air , Makanan Dan Kemudahan Asas.

Kami Masih Menunggu Kelulusan Utk Masuk Ke Ground Zero Tacloban Kerana Faktor Keselamatan Para Sukarelawan Kerana Di Maklumkan Keadaan Kurang Selamat Kerana Pencemaran Dan Rusuhan Di Tacloban.

Saya Dengan Perasaan Rendah Diri Ingin Memohon Sahabat2 Semua Utk Mendoakan Keselamatan Kami Para Sukarelawan.

Amanah Dan Tanggungjawab Sebagai Exco Pemuda Umno Malaysia Yang Di Berikan Mandat Oleh Para Perwakilan Pemuda Umno Seluruh Negara Harus  Di Galas .

Jutaan Terima Kasih Pada YB Dato Azeez Rahim Drpd Kelab Putera 1Malaysia Yang Sudi Menberikan Peluang Utk Kami Turut Serta Mewakili Negara Malaysia.  Walaupun Negara Kita Kecil Tetapi Kita Mempunyai Rakyat Dan Pemimpin Berjiwa Besar. 

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah Sahabat kami Mr. Armand, Pemuda UMNO kagum dgn semangat kental sahabat2 yg membawa nama Malaysia ke bumi Filipina. In sya allah, kami akan senantiasa mendoakan keselamatan sahabat di sana semua. Teruskan usama murni ini. Ikhlas daripada Sharizal Beruas, Perak