Monday, June 30, 2014

Francis Yeoh Lupa Belajar Sejarah YTL!!!




Kumpulan perniagaan Melayu, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mendakwa YTL Corp Bhd (YTL) yang mendapat kekayaan daripada projek kerajaan tidak menyalurkannya secara seimbang kepada rakyat.

Ketua pegawai eksekutifnya Mohd Nizam Mahshar berkata, sumbangan YTL sangat kecil kepada negara berbanding keuntungan berbilion ringgit yang mereka perolehi.


"Dalam laporan 2013, YTL Corp mencatatkan pendapatan berjumlah hampir RM20 bilion dengan keuntungan selepas cukai sebanyak RM1.8 bilion. Ekuiti yang diagihkan kepada pemilik syarikat induk pula RM13.3 bilion. 

 "Jadi apa yang rakyat dan Bumiputera peroleh daripada YTL daripada segi ekuiti bernilai lebih RM13 bilion ini," kata Nizam pada sidang media di ibu pejabat mereka di Bangsar, Kuala Lumpur, hari ini.


 Nizam berkata, kenyataan Pengarah Urusan YTL Tan Sri Dr Francis Yeoh mengenai "kapitalisma kroni" tidak masuk akal ketika mereka juga mendapat projek secara rundingan terus.




 "Bagi MTEM, kami meminta Yeoh untuk membuktikan dia dan syarikatnya tidak bersalah.



"Kemukakan juga bukti mereka bukan kroni," katanya.

Nizam berkata, Yeoh juga perlu sedar diri kerana kekayaan yang mereka perolehi datang daripada pembayar cukai yang diberikan oleh kerajaan.

"YTL harus sedar segala keuntungan dan kekayaan yang dikaut lebih daripada 13 projek kerajaan datang daripada dompet pembayar cukai dengan niat untuk berkongsi kekayaan itu bersama rakyat," katanya.

Nizam berkata, jurang pendapatan antara tiga kaum utama juga berpunca daripada sikap membolot YTL sendiri.

"Yeoh dan YTL perlu cermin diri sendiri, apa yang mereka lakukan untuk menangani jurang pendapatan di kalangan rakyat Malaysia," katanya.\


Nizam juga mempertikaikan keistimewaan yang diperoleh oleh YTL berbanding Bumiputera yang masih bergelut dalam perniagaan serta terpaksa meminjam untuk berniaga.

"Bagaimana sebuah syarikat seperti YTL boleh menerima kontrak berbilion ringgit sementara bersepah syarikat Bumiputera kecil dan sederhana perit untuk mendapat kelulusan pinjaman," katanya.

Yeoh dalam majlis Bual Bicara Global Siri Malaysia kali ke-7 baru-baru ini dilaporkan berkata, tidak wujud isu kroni dengan Tun Dr Mahathir Mohamad (perdana menteri ketika itu) sehingga membolehkannya hidup mewah dengan memperoleh projek TNB, sedangkan hakikatnya peranan itu dimainkan syarikatnya yang ternyata lebih inovatif dalam melaksanakan projek diberi kerajaan.



Yeoh dalam majlis itu berkata, Malaysia perlu bebas daripada halangan seperti kapitalisme kroni dan isu perkauman atau retorik agama jika mahu terus bersaing dan masyhur di peringkat global.

Susulan kenyataan itu, banyak pihak, khususnya Pemuda Umno, mengecamnya.

Malah, semalam, YTL Power International Bhd memutuskan untuk menarik diri daripada projek kontroversi janakuasa Track 4A di Johor.

Keputusan tersebut dikatakan berkait dengan kenyataan awal Yeoh sebelum ini.


Bagaimanapun, YTL berkata, langkah itu bertujuan mengelak kesangsian terhadap komitmen ketelusan dan urus tadbir Putrajaya.

Ini masih belum cukup, YTL harus dipertanggungjawapkan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh diri beliau sendiri.

Hello Tan Sri Francis, Jangan Ingat U Diam Kita Lupa Statement Awak


2 comments:

Anonymous said...

hakikatnya Cina dan India mendapat tongkat "gergasi" daripada kerajaan dengan kemudahan runding terus. YTL , ANANDA , Robert Kuok , Kumpulan Genting dan segala bagai tidak akan sampai ke tahap Billionaire kalau bukan di sebabkan Projek dan dasar kerajaan.

YTL Tak Payahlah nak sombong sangat .Sambil melayu mendapat sisa sisa dan tongkat kerdil kamu di beri kemudahan dgn sokongan Politik untuk laluan mudah.

Sapa sapa pun boleh kaya kalau diberi peluang sama...

Anonymous said...

Yang aku lihat Pencuri Besar cam UMNO menolong Pencuri2 Kecil supaya dapat pulangan yg lumayan ke dalam kocek Bangsawan2 Melayu yg Malas dan Bodoh.