Thursday, June 19, 2014

Pemuda UMNO Msia Di USA

Alhamdulillah kami panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah swt yang telah memberi kekuatan kepada kami dalam meneruskan perjuangan kami ini. Sepanjang lawatan kami ke New York City & Philadelphia kami telah menemui beberapa kumpulan anak muda yang darahnya mengalir darah UMNO.

Perjuangan adalah satu pelaksanaan kata-kata. Lawatan kami ke Amerika Syarikat ini diketuai Naib Ketua Pemuda Sdr Khairul Azwan. Sepanjang berada di NYC kami mengunjungi Kelab UMNO East Coast. Kami turut dapat meluangkan masa bertanya khabar dan dalam misi menyelami jiwa mereka.

Para pelajar KULN East Coast telah membawa kami ke Restoran Rasa iaitu sebuah restoran yang dimiliki orang Malaysia. Mereka Inilah pewaris perjuangan.

Di Philadelphia, satu sejarah telah tercipta dengan penubuhan Kelab UMNO Luar Negara Philadelphia. Sdr Khairul Azwan telah mewakili Datuk Seri Shabery Cheek menyerahkan surat penubuhan kepada Pengerusi Penaja KULN Philadelphia dalam satu majlis santai.

Tubuhnya KULN Philadelphia oleh 65 pelajar Drexel University, Temple University dan juga Upenn. Sudah pasti semangat setiakawan mereka dalam menuntut perubahan dalam parti menjadi sebab KULN Philadelphia ini ditubuhkan.

Inilah Pemuda yang akan mewarisi Perjuangan UMNO, ini bukti Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia masih relevan dalam kalangan pelajar-pelajar di Amerika Syarikat. Mereka meletakkan nilai kesetiakawan sebagai satu asas perjuangan mereka.

Selepas ini, kami akan sambung perjalanan ke Washington DC untuk berjumpa Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat iaitu Datuk Awang Adek Hussin untuk merangka satu rancangan/program akan datang di Amerika Syarikat.

Ini merupakan pertama kalinya program sebegini dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah kepimpinan progresif YB Khairy Jamaluddin dalam mendekati para pelajar yang berada di luar negara.

Doakan kami di sini agar diberikan kekuatan dalam menongkah arus perjuangan survival bangsa tercinta ini.

Saya Armand Azha Hj Abu Hanifah Kearah Gerakan Pemuda Dinamik.

#DynamicsPemuda #1Nadi1Harapan1SuaraPemuda

No comments: